Jom Click!

Wednesday, April 24, 2013

Resepi : Ayam Masak Penang

Salam,

Hari ni aku nk share satu masakan dengan korang. Aku panggil masakan ni sebagai Ayam Masak Penang. Resepi ni aku dapat dari bapak aku. Bila aku tanya dia betul ke nama masakan ni Masak Penang, dia kata ntah... sebab kawan dia orang Penang yang ajar, katanya. Hahahaha...Aku ada jugak secing-secing kat Google resepi Masak Penang, memang ada. Tapi ada org panggil Masak Hitam ala Penang laaa, Masak Hitam laaa dan sebagainya. Kirakan betul la kot apa yang bapak aku namakan masakan ni. Wink! Wink!

Apa-apa pon ini versi bapak aku la. Mungkin agak berlainan sket ngan apa yang aku dapat dari Google tu. Biasa la, lain orang lain caranya kan.

Mari sama-sama kite tengok... Jom!!!


Bahan-bahan
Rempah tumis (kayu manis, bunga cengkeh, buah pelaga, bunga lawang)
Daun kari (tiada dalam gambar)

2 sudu makan rempah sup
3 sudu makan rempah kari

Campurkan dengan air. Gaul untuk jadikan paste

1 biji bawang besar - kisar
2 biji bawang putih - kisar
1 inchi halia - kisar
2 biji kentang - potong dadu
Karot - potong finger
5 sudu makan kicap manis
Garam, aji dan gula secukup rasa - jangan banyak sangat sebab dh letak kicap
3 sudu makan minyak masak utk menumis
Oh lupa bahan utamanya... Ayam.. aku nak masak sket je... dalam 3-4 ketul je

Cara Masak
1. Panaskan minyak dan tumis rempah tulis dan daun kari hingga naik wangi
2. Masukkan bahan kisar. Masak hingga naik minyak

3. Masukkan rempah paste.
Masak hingga naik minyak

4. Masukkan kentang dan sedikit air. Masak hingga kentang empuk.
5. Masukkan ayam dan karot.
6. Tambahkan air.
7. Bila dah mendidih, masukkan kicap, garam, aji dan gula.
** Warna akan menjadi hitam kerana kicap. Kalau agak2 warna tak cantik (kurang hitam) boleh tambahkan kicap

Biarkan hingga mendidih dan semua bahan sebati

Ini hasilnya.
Seperti biasa aku masukkan dalam bekas untuk bekalan aku ke tempat keje.
Hari ni aku tak makan dengan nasi. Aku cecah ngan roti je.. memang terangkat!!!


** Daging Masak Penang pon sedap




No comments:

Post a Comment