Jom Click!

Tuesday, August 27, 2013

OMG!!!

Malam tadi tidur awal. Si kecik asyik merengek. Pujuk-pujuk nak tidurkan dia last-last aku tertidur sekali. Pukul 2.30am terjaga sebab dia merengek lagi. Lepas nyusukan dia bangan dan buat la apa yang patut. Sidai baju yang aku masukkn dalam washing machine lepas balik keje tadi. Siap-siapkan keperluan si kecik untuk ke rumah babysitter dia dan keperluan kakak dia untuk ke sekolah. Nasib baik si kakak dah pandai ikut jadual sendiri jadi kurang sikit kerja aku kan? lalalala...

Bukak Facebook. Bukak Blog. Bukak YouTube. Tamak kan? Tiga-tiga sekali bukak. Macam biasa, aku bukak Facebook untuk tengok apa aktiviti kawan-kawan aku. Nak tengok siapa pulak si comel loteh Murnita jumpa pulak hari ni... dia tu badan je kecik tapi aktif bukan main. hahaha...

Tapi yang aku nampak Raha and the gang buat pesta buah-buahan. Wahhhh bukan main eh korang. Meriah!!! Meleleh air liur aku tengok durian yang begitu menyelerakan. Aku nampak Fadzidah kat situ, Lama tak jumpa dia. Nor Eliana pon ada, Ntah dia kenal aku ke tak eh. Tak lupa jugak mak buyong kite, si Sue. Lagi sorang yg kecik-kecik tu aku lupa pulak nama dia. Time nak tulis kay sini boleh pulak hilang nama dia dari memori. Hehehe.. jangan marah ye fren... Cuma yang sorang pakai tudung tu aku memang tak kenal. Kawan kite jugak ke eh? 

Meriah eh korang... sorry aku curi gambar korang sekeping ni ye...

Oooo jurukameranya Colin eh... kesian ko eh Colin. 1 pon gambo ko takde... 31st Aug ni In Sha Allah kite jumpa ye Colin. Time tu ko sure glemer kan. Pakai baju lip-lap-lip-lap. Nanti ambik la gambar banyak-banyak ok.

Panjang pulak aku bercakap pasal kawan-kawan aku ni. Yang sebenarnya ada benda lain yang aku nak cakap. Rasa terkejut dan happy sangat. Tak sangka makcik aku upload gambar aku masa kecik. Saya suka... saya suka...

Semasa baru menjejakkan kaki ke Singapura dari Indonesia

Makcik aku cakap gambar ni di ambik masa aku baru saja sampai di Singapura. Aku ni kan asal dari Bawean a.k.a Boyan, Indonesia. Dan berhijrah ke Malaysia. Tapi Dari Indonesia aku ke Singapura dulu sebab mak aku cakap time tu kiteorang takde sedara mara rapat kat Malaysia. Nenek dan atuk sedara aku ramai di Singapura. Jadi kami ke Singapura dulu sebelum mengambil keputusan untuk menetap di Malaysia

Makcik aku bawak kami jalan-jalan. Aku dah tak ingat tempat ni

Terima kasih pada makcik aku, Mariyani kerana mengupload gambar-gambar ni. Aku tau banyak gambar-gambar aku kat rumah dia dulu. 



** Terasa diri ini comel... Lalalala




Kembali Bekerja


Fuh!!! Habis jugak masa cuti bersalin aku. Mungkin orang lain nak lagi cuti panjang-panjang. Tapi aku pulak tak sabar-sabar nak naik keje. Stress aku duduk rumah lama-lama. Biar la aku buat keje kat kilang tu dari duduk rumah.

Sebenarnya duduk rumah lagi penat. Nama je 'duduk rumah' tapi aku nak duduk pon 'malammm sket'. Ada je benda nak buat. Macam tak pernah habis kerja kat rumah ni. Tak berhenti-henti aku buat keje, yang herannya.. tak pernah kemas-kemas pon rumah aku... asyik berkecahhhh je.... hahahaha...

Memang aku salute la surirumah sepenuh masa yang tahan duduk rumah kan. Aku baru 2 bulan duduk rumah dah mengeluh macam apa.

Cuma pagi tadi masa nak tinggal di kecik tu kat rumah babysitter agak risau jugak la. Sebab dia memang selalu 'menolak' bila aku kasi susu dalam botol. Puting kosong pon dia tak nak. Tak tau la mana silapnya. Berbanding dengan kakak dia dulu, ok je kasi susu botol atau puting kosong.

Tak pe la dik, biar la adik buat bonda risau time adik kecik ni. Jangan buat bonda risau bila adik dah besar nanti ye. Bukan senang nak jaga anak perempuan kan. Aku ada 2 orang pulak tu. Semoga aku tabah.



Saturday, August 24, 2013

Friday, August 23, 2013

Khasiat Kurma Yang Mungkin Tidak Kite Ketahui


Gambar Hiasan

Subhanallah...banyaknya khasiat kurma. Kalau tau macam ni punya banyak khasiat kurma, pasti ramai orang akan makan kurma macam makan nasi. Tapi malangnya ramai antara kite yang tak suka makan kurma dengan alasan manis sangat lah, tak suka la, tak minat lah dan sebagainya. Dan ada juga yang makan kurma pada bulan Ramadhan sahaja sedangkan Rasulullah bersabda :

Sebuah rumah tanpa kurma seperti tidak mempunyai makanan


Gambar Hiasan


Berikut ialah khasiat buah kurma yang jarang diperkatakan :

  • Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia,
  • Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab, nescaya penduduk Jazirah Arab akan di serang pelbagai penyakit yang tidak di ketahui hujung pangkalnya kecuali Allah.
  • Tahukah anda orang yang makan kurma setiap hari tidak akan di dekati jin.
  • Tahukah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
  • Tahukah anda bahawa makanan dan ubat yang paling penting bagi angkasawan adalah kurma?
  • Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sihat dari kaviar?
  • Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
  • Tahukah anda bila kurma di rebus dan di minum seperti teh maka ia akan menggembirakan hati yang sedih?
  • Tahukah anda bahawa kurma bahri di anggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf.
  • Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori setara dengan 315 kalori yang terkandung di dalam setiap 100 gram madu?
  • Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
  • Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang di gunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi yang berani dan tidak takut akan kematian?
  • Tahukah anda bahawa terdapat sejenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya?
  • Tahukah anda ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?
  • Tahukah anda bahawa kurma mengandungi protien tumbuhan yang bagus dan mudah di cerna?
  • Tahukah anda bahawa kurma mengandungi sejumlah vitamin seperti Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, biotin, riboflavin, dan lainnya?
  • Tahukah anda bahawa kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada mengandungi zat besi dalam kadar yang tinggi?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandungi antiseptik dan antirematik?
  • Percayakah anda bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit?
  • Tahukah anda bahawa kurma dapat melindungi usus besar dari kanser?
  • Tahukah anda bahawa kurma adalah penggekang nafsu makan?
  • Tahukah anda bahawa jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ajwah Madinah, razizi, dan rabiáh?
  • Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapat tubuh yang ideal adalah Hulwah Haíl kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori?
  • Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi dari potasium dan besi adalah rabiah Madinah?
  • Percayakah anda bahawa kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi ketegangan saraf yang di akibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampau?
  • Percayakah anda bahawa kurma adalah makanan yang mudah di cerna tidak memberatkan tubuh?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat bagi orang yang berpuasa?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan dan mencegah konstipasi?
  • Tahukah anda bahawa kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal?
  • Tahukah anda bahawa kurma dapat membersihkan hati dari racun dan meredakan pergolakan saraf?
  • Tahukah anda bahawa kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan hamil dan menormalkannya ketika prakelahiran?
  • Tahukah anda bahawa kurma basah dapat membersihkan usus besar (kolon) sehingga bermanfaat untuk membantu dan memudahkan proses melahirkan?
  • Tahukah anda bahawa kurma di namakan dengan manjam (tambang) kerana mengandungi unsur mineral seperyi fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur dan klorin?
  • Tahukah anda bahawa kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin, 2.1% protein, 18% lemak, 73% gula 3% serat?
  • Percayakah anda bahawa kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging?
  • Percayakah anda bahawa kandungan nutrisi 1 kg kurma mentah setara dengan 3 kg makanan lain?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat memelihara kelembaban dan kecerahan mata serta menajamkn pandangan pada malam hari?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat memelihara kelembaban usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi?
  • Percayakah anda bahawa kurma membekalkan tubuh dengan zat besi yang di perlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir?
  • Percayakah anda bahawa kurma menyuplai tubuh dengan panas dan vitamin yang membantu pertumbuhan dan menguatkan saraf?
  • Percayakah anda bahawa kurma membantu menenangkan fikiran dan jiwa sehingga di sarankan kepada orang yang berpenyakit saraf dan panas baran?
  • Percayakah anda bahawa memakan kurma sebelum bersarapan dapat membunuh cacing?
  • Percayakah anda bahawa kurma di anggap sebagai makan terbaik di gurun sahara kerana tidak rosak walaupon di simpan dalam jangka masa yang lama?
  • Percayakah anda bahawa kurma memainkan peranan yang baik dalam membersihkan zat-zat beracun yang di hasilkan oleh proses asimilasi bahan makanan dalam tubuh?
  • Percayakah anda bahawa di antasa penduduk Sahara dan Oasis tidak menghidap kanser kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan asas?
  • Percayakah anda bahawa garam-garam alkali yang ada di dalam kurma berfungsi untuk membetulkan kemasaman darah yang di akibatkan oleh pengambilan makanan-makanan berlemak yang melampaui batas?
  • Tahukah anda bahawa kurma tidak mengandungi zat-zat yang dapat menghalango penyerapan zat besi?
  • Tahukah anda bahawa kurma juga dapat meningkatkan daya serap dalam tubuh, khususnya pada kanak-kanak?
  • Percayakah anda bahawa jenis zat-zat gula dalam kurma dapat di serap dengan cepat sehingga dapat terus sampai ke darah sel-sel tubuh?
  • Percayakah anda bahawa kadar serat dalam kurma pada fase ruthab sekitar 2% dan meningkat hingga 4% pada kurma yang di simpan?
  • Percayakah anda bahawa kurma mengandungi fosfor dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar fosfor dalam apricot, pir, strawberry dan anggur dan dalam setiap 100 gram kurma terdapat 40 miligram fosfor?

Gambar Hiasan


Di riwayatkan daripada Abdullah Bin Jaafar katanya :

Aku melihat Rasulullah Sallallah alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak


Di ceritakan oleh Jumaah Bin Abdullah yang di sampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir Bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan  Rasulullah Sallallah alaihi Wasallam bersabda :

Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal dari kejutan syaitan dan sihir pada hari itu








Lewat Sebulan


Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si
isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang,
period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita
kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk
tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga
ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana
terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai
TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya.
ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak
boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB
tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT,
semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
"APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat
sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,
nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar
dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia
pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg
berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun
memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak
heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat
sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan
keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan
perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus
naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik
punya....... ...."

Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai
apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA"




Tuesday, August 20, 2013

Resepi : Masak Lemak Kacang Hijau Dan Pegaga (Boyanese Style)

Salam Semua...

Tekak ni teringin pulak nak makan sayur masak lemak. Tiba-tiba teringat pulak satu resepi yang aku mintak kat makcik aku. Resepi dah lama mintak sebab masa mengandung aritu macam teringin nak makan. Nasib baik la anak aku lahir air liur dia tak leleh hehehe.. itu maknanya aku tak kempunan nak makan masak lemak ni la kan hehehe

Ok... bercakap pasal resepi ni, aku tak tau la kan orang melayu atau orang Malaysia ni ada tak makan masakan ni. Sebab aku tak pernah nampak pulak kat mana-mana kedai makan yang pernah aku pergi. Masakan ni simple je. Masak lemak kacang hijau dengan pegaga. Korang pernah makan? Kalau belum, jom tengok resepi ni dan boleh la cuba nanti.... kacang je.....


Bahan-bahan

Kacang hijau
Daun Pegaga

Bahan kisar

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
Lengkuas
Lada Sula
Lada Merah
Kunyit

Santan
Gula merah
Garam
Aji
Stok Ayam Knorr

Cara masak

1. Rebus kacang hijau hingga empuk
2. Masukkan bahan kisar. 
3. Bila bahan kisar dah masak masukkan garam, aji, gula merah dan stok ayam Knorr secukup rasa.
4. Masukkan santan.
5. Masukkan daun pegaga yang telah di hiris. Matikan api apabila air meruap sekali. Maknanya daun pegaga tu jangan la masak lama-lama. Kang nanti hilang pulak rasa dia kan.

Siap dah.. Jom makan!!!

My lunch today. Masak lemak kacang hijau dengan pegaga, ayam masak kurma, tempe goreng dan sambal kicap. Hmm... ambik gambar ni time lunch tadi, ni dah after dinner baru la sempat nak upload kat blog ni...


** Hati-hati.. jangan makan banyak sangat. Kang badan naik kang!!! <---- pesanan untuk diri sendiri





Saturday, August 3, 2013

Novel : My Precious Iris - Melur Jelita



Hari ni aku nk share satu novel yang aku baru habis baca. Actually, novel ni adalah kesinambungan dari sebuah novel lain iaitu I Love You, Stupid! tapi malangnya aku belum baca novel tu cuma aku baca sebahagiannya dari Penulisan2u. So kirakan aku ni langkah bendol la... muehehehe...

Baiklah, tanpa membuang masa meh kite baca apa sinopsis novel ni...






Sinopsis Novel :

Dengan hati ikhlas yang sentiasa mengingati Allah, langit runtuh pun aku tak takut!

KIsah kehidupan yang penuh warna. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang. Manusia adalah apa yang mahu dipercayai dan apa yang dipercayainya. Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus di genggamannya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris?

"Kaya raya sampai langit ketujuh sekali pun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua orang jutawan nombor satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri, Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boy-friend awak tu! Sebatang jarum pun tak boleh di bawa mati" - FIRMAN

"I ada tiga cadangan nama baby. Cullan-Gaelic meaning spirit of God and handsome, Gavin-Welsh, a fierce and strong warrior. They're unique and yet go perfectly with her Irish lat name. Tapi yang paling memukau nama Aidan dan Iris itu sendiri. Apa saja mengenai Iris sentiasa mengingati I ketika di Dublin, Ireland." - AIDAN

"You tak ada apa-apa perasaan kat I sebab you dah ada orang lain. Macam I tak kenal dengan rupa perempuan macam you. Tak puas dengan seorang lelaki..." - HARIS

Aku diberi gelaran my precious... Sejak awal pertemuan kami...Dia cuba menyedarkan aku dengan cara halus...Aku sangat berharga sebagai seorang gadis maka aku harus menjaga perhargaan itu. - IRIS


Sinopsis Aku :

Jeles tengok kasih sayang Firman pada Iris. Nak tau? Boleh la beli. Memang tak rugi beli novel ni. Banyak beri kite pengajaran, tentang kehidupan, tentang agama. Rama-rama dalam perut pun ikut beraksi.


** Tengah cari Novel I Love You, Stupid!