Jom Click!

Tuesday, August 8, 2017

Jengok

Salam

Lama rasanya aku tak mencatat sesuatu di sini
Lama.  Sangat lama.
Aku bukan menyepi kerana tiada apa-apa aktiviti, malah aku terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti sehingga tak sempat untuk menjengok blog aku ni

Nanti aku akan update apa yang aku lakukan buat masa ni ye.


Tunggu

Sunday, May 15, 2016

JDT Muncul Juara Piala FA 2016

Assalamualaikum,

Lama sungguh aku tak bersiaran. Tiba-tiba malam ni bukak lappy ni dan bukak la blog aku dah berhabuk ni, hahahah.... Sebenarnya aku baru balik delivery order dari customer ni. Ye... malam-malam ni baru hantar tempahan. Macam ni la kalau cari makan, kan? #bukansenangnaksenang

Sebelum aku keluar hantar tempahan customer tadi, sebenarnya mengadap TV. Malam ni Final Piala FA 2016. JDT melawan PKNS. Dan JDT telah muncul sebagai JUARA!!!! Walaupon aku bukan la follow sangat pasal bola ni, tapi aku semangat la jugak sebab JDT menang




Gol telah di jaringkan hasil tendangan penalti oleh kapten pasukan JDT iaitu Safiq Rahim di awal-awal permainan setelah PKNS telah mendapat 1 gol pendahuluan juga hasil tendangan penalti oleh  Gabriel Miguel Guerra. Gol kedua JDT pula telah di jaringkan oleh penyerang JDT iaitu Jogre Peyrera Diaz. Tiada serangan balas dari PKNS dan alhamdulilahhhhhh ini menjadikan JDT sebagai JUARA!!!!




* Pertama kali aku bercakap pasal bola. huhuhu

  

Tuesday, January 19, 2016

GM Diet

Salam,

Dah terlalu lama aku tak posting di sini. Senyap terus. Bagai hilang di telan bumi, kan? Astaghfirullah.... aku masih ada... Alhamdulillah... masih di beri kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini. Mungkin agak busy dengan aktiviti aku yang ntah apa2 tu menyebabkan aku macam lupa untuk berceloteh di sini.

Hari ni aku nak kongsi sesuatu... ha haaaa... munculku bukan muncul kosong. Tetapi muncul ku membawa buah tangan.

Ok kat sini aku nak cerita sikit. Oleh kerana berat badan aku dah mencapai tahap merisaukan (risau sebab berat sangat bawak badan... tak larat nak turun naik tangga) jadi aku pon ingat nak diet sikit la. Dapat turun 3-4kg pon dah cukup manis la kan.

Aku terjumpa satu jenis amalan diet ni. Nama dia GM Diet. Mungkin agak asing di kalangan kita sebab aku pon tak pernah dengar. Kite hanya perlu mengamalkan diet ni selama 7 hari saja. Alaaaa 7 hari je? Halussss laaaaa....
GM Diet

Haaa.. ni la dia amalan pemakanan GM Diet. Nampak senang kan? Haaaa... honestly, 1st day je aku dah failed. Bayangkan sehari suntuk hanya boleh makan buah-buahan saja. Pukul 3 petang aku dah gigil. Mata dah berbintang-bintang. Tak boleh tahan. Jadi aku surrender. Makan mihun goreng sepinggan. 

Sambung hari ke dua, makan buah-buahan dan sayur saja. Yang ni ok sikit. sebab sayur kan kite boleh masak ikut suka kita. Seeloknya makan la sayur rebus atau masak bening saje.

Hari-hari berikutnya aku berjaya menahan diri dan ikut jadual pemakanan yang di tetapkan. Alhamdulillah setelah selesai 7 hari tu, berat badan aku turun la jugak walaupon sikit. tettttttttt!!!! tak perlu di sebutkan di sini turun berapa ye sebab aku belum puas hati dengan penurunan tu. hahahaha.... 

Hari ke-8 boleh makan mcm biasa. Cuma kalau boleh kekalkan lah makan makanan yang sihat, kurangkan pengambilan gula dan garam serta minyak. Kemudian boleh la mula kan balik setelah 3 minggu. Amalkan sebulan sekali pon jadi.

Mungkin kite berfikiran 'Puasa kan lebih baik'.... memang lebih baik kita berpuasa untuk menjaga perut. Cuma waktu berbuka tu cuba la kawal nafsu. Dannnnn bab tu la aku selalu faillllllllllll... Adoiiiii...


Note : Time kite berdiet ni la macam2 makanan sedap lalu depan mata.






Wednesday, May 6, 2015

Program Pembangunan Keusahawanan Belia Wilayah Iskandar Malaysia


Assalamualikum

13 Mac 2015 lalu aku menghadiri sesi preview yang pertama untuk Program Dropcash di EDC, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor. Nampaknya program ni mendapat sambutan dari belia Johor.

Program Dropcash ni adalah sebuah program di bawah EDC yang di sponsor sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Johor. Haiiiii untung la belia-belia Johor ni. 100% di sponsor oleh kerajaan negeri. Seramai 1000 orang peserta akan di pilih untuk saringan pertama ni, termasuk la aku..... hihihihi.... untung laaaa... Lepas ni ada saringan untuk peringkat kedua, ketiga dan seterusnya.

Batch pertama telah berlangsung pada 4 & 5hb Mei 2015 di Hotel Selesa, Johor Bahru dengan bimbingan dan tunjuk ajar dari tenaga pengajar yang di ketuai oleh Tuan Noor Shahidan. Seramai 100 orang peserta telah di ajar bagaimana menggunakan satu sistem yang mereka cipta, Bigmark.com.my. Perniagaan secara online ini memberi peluang kepada kami menguruskan sendiri laman web kami. Menggunakan daya kreativiti kami menarik pelanggan membeli barangan yang di jual di situ. Tak perlu modal, tak perlu tempat menyimpan barang, sama seperti sistem Dropship.





Para peserta Batch Pertama Dropcash bergambar bersama tenaga pengajar


Selama 2 hari mengikuti kursus ini, banyak ilmu yang aku pelajari. Cara mengurus sistem, cara menggunakan Facebook, how to create Facebook Fan Page (walaupon aku dah siap sedia ada, ini untuk information korang saje ye), dan macam-macam lagi la.

Dan yang paling aku tak boleh handle, bab makan.... 2 jam sekali makan kot aku rasa. hahahaha... memang asyik melantak je la.... so sapa-sapa yang suka makan, memang korang akan suka la hihihihi. 

Ok... kepada peserta Dropcash batch pertama... good luck to you guys. Jumpa anda di hari penyampaikan sijil nanti ya.



* Sangat seronok belajar dan mengenali rakan-rakan usahawan baru



Monday, March 16, 2015

Perasmian Joydec

Hi semua!!!


Macam aku cakap dalam posting sebelum ni, aku agak busy pada hujung minggu lepas... Pada hari Sabtu lepas, aku menghadiri perasmian Joydec yang di rasmiakan oleh Menteri Besar Johor, Dato' Mohammad Khaled Bin Nordin di Kompleks Belia dan Sukan, Larkin, Johor Bahru, Johor.



Kedatangan MB yang berbasikal di iringi sebuah kelab berbasikal (sorry, aku lupa nama kelab tu apa) tepat pukul 9pagi. Kayuhan basikal tersebut bermula dia pejabat UMNO Taman Suria, singgah dia Flat Larkin dan berakhir di Kompleks Belia Dan Sukan



Kami, ahli Persatuan Belia Saudagar Selatan seramai lebih kurang 30 orang untuk memberi sokongan atas usaha kerajaan memajukan para belia. Berbangga dengan mengenakan t-shirt persatuan, aku dan kawan-kawan pagi-pagi telah berkumpul di situ bagi memenuhi undangan dari Dato' Zulkurnain Kamisan, Exco Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan Dan Warisan, Keusahawanan Johor.




Kami bergambar di tempok perasmian yang telah di tandatangani oleh MB. Ceria masing-masing wajah kawan-kawan aku ni. 



Team kami berpeluang bergambar dengan VVIP yang hadir. Terima Dato' - Dato' kerana sudi bergambar bersama kami.
















Menimba Ilmu untuk masa depan

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Di harapkan semua berada dalam keadaan sihat. Hari ni nak cerita sikit. Hujung minggu lepas sangat2 la aku busy (kononnnnn hahahaha). Semakin tua ni rasanya semakin aku busy. Dulu masa muda-muda tak de pulak aku busy macam ni. Mungkin baru sekarang tuhan nampakkan aku laluan. Atau mungkin dulu tuhan dh tunjukkan aku laluan cuma aku tak ambik peduli. Terasa rugi pulak.

Jumaat lepas, 13hb Mac 2015 untuk kali kedia aku attend untuk kelas baking. Hihihih... Excited jugak sebab dapat belajar dengan seorang Chef yang popular, iaitu Chef Zubaidah. Korang mesti kenal dia kan?

Kat bawah ni antara biskut yang di ajar... sedappppp.... whatsapp aku di 019-7431595 untuk order ye wink! wink!

 

 









Wednesday, March 11, 2015

Spoon Cookies

Assalamualaikum


Syukur kehadrat Allah Subhanallah Taala atas limpah kurnianya turun hujan hari ni... Sejuknya hingga ke tulang sum-sum. Dah la aku ni jenis tak tahan sejuk... grrrrrrrrr

Hari ni aku nak bercerita pasal pernigaan kecil-kecilan yang aku buat sekarang.

Alhamdulillah...sejak di daftarkan pada Nov'14, Anjelite Enterprise telah menunjukkan perkembangan. Walaupon bukan la perkembangan drastik tapi secara peribadi aku amat bersyukur dengan apa yang aku capai sekarang. Masih panjang perjalanan, masih merangkak-rangkak, minta di pimpin. Terima kasih kerana ada yang sudi membimbing dan memberi tunjuk ajar. 



Tak sangka ye, hanya dari seorang sepupu yang paksa aku buatkan cookies untuk dia sampai aku boleh jadikan cookies tu punca perniagaan aku. Padahal cookies tu adalah febret Hencik Suami aku sejak dulu. Bukan tak pernah dia cadangkan aku untuk menjual cookies tu nak-nak masa Raya. But i just ignore him. Hihihi.. sorry Hencik Suami.




Sekarang setelah beberapa bulan menjalani perniagaan ni, dengan hasil bimbingan dan semangat dari Persatuan Belia Saudagar Selatan aku lebih bersemangat dan boleh merancang hala tuju perniagaan aku ni.







Terima kasih semua!!!!