Jom Click!

Sunday, May 15, 2016

JDT Muncul Juara Piala FA 2016

Assalamualaikum,

Lama sungguh aku tak bersiaran. Tiba-tiba malam ni bukak lappy ni dan bukak la blog aku dah berhabuk ni, hahahah.... Sebenarnya aku baru balik delivery order dari customer ni. Ye... malam-malam ni baru hantar tempahan. Macam ni la kalau cari makan, kan? #bukansenangnaksenang

Sebelum aku keluar hantar tempahan customer tadi, sebenarnya mengadap TV. Malam ni Final Piala FA 2016. JDT melawan PKNS. Dan JDT telah muncul sebagai JUARA!!!! Walaupon aku bukan la follow sangat pasal bola ni, tapi aku semangat la jugak sebab JDT menang




Gol telah di jaringkan hasil tendangan penalti oleh kapten pasukan JDT iaitu Safiq Rahim di awal-awal permainan setelah PKNS telah mendapat 1 gol pendahuluan juga hasil tendangan penalti oleh  Gabriel Miguel Guerra. Gol kedua JDT pula telah di jaringkan oleh penyerang JDT iaitu Jogre Peyrera Diaz. Tiada serangan balas dari PKNS dan alhamdulilahhhhhh ini menjadikan JDT sebagai JUARA!!!!




* Pertama kali aku bercakap pasal bola. huhuhu