Jom Click!

Wednesday, April 30, 2014

Apa khabar semua?

Assalamualaikum,

Lama betul aku tak update blog ni. Dekat sebulan kot. Sangat sibuk di samping tiada bahan untuk di kongsi. Sibuk dengan kerja, sibuk dengan urusan rumah, sibuk dengan urusan anak-anak memang tak terlayan. Dengan penatnya badan lagi... hmmm... perlu mencari masa untuk diri sendiri kan? Tapi perlu ke? hahahaha...




Bulan lepas banyak juga isu-isu gempak berlaku di dalam negara. Di luar negara tak usah la aku ambik kisah sangat sebab isu di sekeliling aku je pon tak terlayan, kannnn? 8hb Mac 2014 negara gembar dengan kehilangan pesawat MH370 yang sampai ke hari ni pon masih belum dapat di kesan. Usaha mencari masih di lakukan di Lautan Hindu dengan bantuan negara jiran terdekat dan juga kuasa-kuasa besar tapi masih menemui jalan buntu.

Kemalangan bas pon macam berantai jugak. lepas satu kemalangan, di ikuti kemalangan yang lain dan ada juga mangsa pelancong dari negara luar. Memang dugaan untuk kite semua. Tapi macam biasa la, bila satu kejadian berlaku, banyak betul key-board warrior. hihihi.. aku pon pernah kene hentam jugak. Padahal aku cuma komen pasal ombak yang mengganas kat Lautan Hindi tu. Ramai jugak la yang suruh aku jadi sukarelawan membantu mencari pesawat tu.. adoiiii... apa lah dorang ni kan?






Baru beberapa President Amerika Syarikat mengakhiri lawatannya ke Malaysia. Banyak juga tempat yang beliau pergi termasuk Masjid Negara dan Makam Pahlawan. Dua tiga hari ni timbul pulak spekulasi mengatakan kehadiran Obama 'ada makna' pulak. Tok Najib jual aset negara kata dorang. Ntah la aku pon malas nak ambik pot. Kalau betul apa yang di kata aku cuma mampu berdoa semoga tiada apa-apa bencana berlaku ke atas Malaysia.

Setiap yang berlaku ada sebabnya. Baik buruk sapa kita untuk mengatakan apa-apa? Biar la mereka-mereka yang bertanggungjawab yang menyelesaikan masalah ni semua. Kita dengan kehidupan kita yang belum tau macam mana nanti saja. Kenapa sampai nak fikirkan masalah negara, kannnn?


** Aku banyak benda nak fikir, so yang lain-lain malammmm sket