Jom Click!

Tuesday, July 22, 2014

Resepi : Biskut Coklat Chip

Assalamualaikum,

Dah lama aku tak kongsi resepi kan? Sebab aku dah lama tak masak hahaha... sempena nak raya ni, aku ingat aku nak kongsi satu resepi biskut raya. Biskut ni sebenarnya kegemaran Hencik Suami aku, tapi ni la 1st time aku buat. Kenapa? Sebab sekarang kan dah ada oven, jadi kena lah buat kan. Sebelum ni makan kat rumah mil and sil je.

Dari dengar aku berceloteh, baik tengok resepi aku kan? Jom....

Bahan-bahan

2 buku butter
Terima kasih pada makcik aku.. Cik Caca sebab bagi aku butter ni
Hihihi...
Yang sebenarnya mak cik aku kat Singapore yang kasi dia... thank you Cik Luk
ada jugak hasilnya aku buat biskut ni kan.... hihihi


4 Biji Telur
Oleh kerana aku pakai telur size kecik, so aku pakai 5 biji


2 Cawan gula perang

1 cawan gula halus

 
1 kg tepung naik sendiri


1 sudu teh esen vanila
Macam biasa, aku letak 1 penutup botol ni je.
Garam secukup rasa....syarat je


500 gram coklat chip
Lebih kurang 4 cawan kalau aku sukat pakai cawan
Ni aku pakai coklat chip yang kecik2
Terpulang la pada korang nak pakai size yg mana ok


250 gram Kacang atau Badam hancur
Aku guna badam... ikut la selera masing-masing ye

 

Cara buat 

1. Masukkan Butter, gula perang dan gula halus dalam bekas dan pukul hingga sebati


2. Masukkan telur satu persatu
Macam biasa...aku kan Tanggang... memang tak degil..
tak ikut resepi.. aku main letak semua je... hahahha
putar lagi hingga sebati

 
3. Masukkan esen vanila dan garam
Gaul lagi

 
4. Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit.
Kacau dengan spatula

 
5. Sememeh tepung aku kan... pakai mangkuk kecik sangat
Ye la.. nama pon 1st time buat so tak dapat agak mangkuk tu muat ke tak dengan adunan ni


6. Masukkan Coklat Chip
Gaul


7. Masukkan Badan hancur
Aku ke mangkuk yg lebih besar
hmm.. macam-macam kannnn

8. Tukar lagi ke mangkuk yang lebih besar
Hahahah...
Gaul sebati
Meriah coklat chip dia kan?
Mana tak nya.. setengah kilo tuuuu


9. Jemput-jemputkan di atas loyang
Jangan besar sangat sebab nanti dia kembang
Agak-agak la ye...


10. Bakar dalam oven yang telah di panas dulu dengan kepanasan
150°C selama 20 minit atau hingga biskut keperangan


 
11. Bila dah masak, biarkan hingga sejuk di atas loyang supaya tak lemau.

 
Sedia di hidang



** Terima kasih pada biras aku, Kak Suriayati Rajab sebab bagi resepi.... memang terbaik la Kak Suri... Thank you sifu


 




Monday, July 7, 2014

Alhamdulillah

Salam...

Dah lama sangat aku tak update blog aku ni. Ntah apa yang aku sibukkan, kan? Hihihi... Harini dah masuk hari ke-9 kita berpuasa. Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Berpuasa kepada rakan-rakan dan saudara mara aku.


Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi kesempatan untuk aku hidup, menghirup udara segar di bumi-Mu. Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi aku peluang merasa kasih sayang-Mu