Jom Click!

Friday, September 13, 2013

Pasang niat




Terbaca posting Ustaz Dato' Dr. Haji Mohd Fadhilah Kamsah di Facebook beliau. Salah satunya mengenai Pasang Niat.

"Orang yang pergi kerja tanpa pasang niat -- hujung bulan dapat gaji dan hujung tahun dapat bonus, tapi tak dapat pahala! Allah beri ganjaran berdasarkan niat! Justeru, pasanglah seberapa banyak niat yang baik setiap hari sebelum pergi kerja"

Bagaimana dengan kite? Adakah kite pasang niat setiap pagi bila melangkah keluar untuk bekerja? Jujur aku katakan aku tak pernah pasang niat. Hanya izin suami yang aku pegang untuk keluar bekerja. Cuma doa keluar rumah tu memang aku amalkan.



Lepas baca Doa Keluar Rumah tu aku tambah dengan Selawat ke atas Nabi dan dalam hati aku berdoa semoga perjalanan aku sampai dengan selamat ke destinasi. Dalam otak ni fikir satu perkara je, jangan la aku eksiden. Itu je la yang selalu kite takutkan tiap kali memandu, betul tak?

Jadi bila dah tau yang kerja kite sia-sia, mungkin rezeki kite pon sia-sia (mungkin boleh jatuh tak berkat) pagi tadi aku dah mula pasang niat sebelum keluar rumah. Lepas baca Doa keluar rumah di atas tu aku sambung "Sahaja aku keluar bekerja untuk mencari rezeki yang halal. Berkatilah rezeki yang Kau limpahkan kepadaku Ya Allah!"... nak gelak, gelak la dengan lafaz niat aku. Hehehehe.. ini niat nak keluar bekerja versi aku. Korang punya korang cipta la sendiri... hehehehe


Lepas dah pasang niat tu, kite berkawakkal kepada Allah. Berserah pada Allah maka yakinlah dengan Allah kerana Allah selalu bersama kite di masa pon kite berada. Yakin bahawa Allah telah merencanakan yang terbaik untuk kite.



** Niat yang baik, yakin dan berserah pada Allah

No comments:

Post a Comment