Jom Click!

Monday, September 2, 2013

Biar tak cukup makan, jangan tak cukup tidur







"Bonyok je muka Kak Ein." Tanya Firdaus, seorang rakan sekerja.
"Tak cukup tidur r Daus." Aku menjawab lemah

Mana nak cukup tidur kalau si kecik tu siang bantai tidur, malam pulak berjaga. Kalau berjaga diam takpe, ni dia melalak... huhuhu.. sabar je la aku. Aku dah macam hapa dah tidur sampai terlentok-lentok dengan dia kat atas riba.

Memang memerlukan kesabaran tahap tinggi, bukan? Memang..Memang.... Maklumla... dah lama 8 tahun tidur nyenyak...sekarang malam kene berjaga. Memang terasa la perbezaannya.

Tapi bila fikir-fikir balik, hanya kesabaran yang aku pinta dari yang di atas. Kerana aku tahu pahala ganjarannya untuk seorang ibu yang berjaga di malam hari untuk si anak.

Dari pagi tadi sampai ke petang ni hanya sebungkus mee goreng yang aku telan. Tak lalu makan mungkin sebab mata perit. Mengatuk yang amat. Tapi tak boleh tidur sebab ada kerja yang perlu di selesaikan. Duhai mata, sabarlah dikau. Semoga malam ni ada ganjaran yang manis untukmu (tidur sampai pengsan - kalau dapat la.... hahaha)

Memang betul orang kata, biar tak cukup makan jangan tak cukup tidur.


No comments:

Post a Comment