Jom Click!

Monday, March 16, 2015

Perasmian Joydec

Hi semua!!!


Macam aku cakap dalam posting sebelum ni, aku agak busy pada hujung minggu lepas... Pada hari Sabtu lepas, aku menghadiri perasmian Joydec yang di rasmiakan oleh Menteri Besar Johor, Dato' Mohammad Khaled Bin Nordin di Kompleks Belia dan Sukan, Larkin, Johor Bahru, Johor.



Kedatangan MB yang berbasikal di iringi sebuah kelab berbasikal (sorry, aku lupa nama kelab tu apa) tepat pukul 9pagi. Kayuhan basikal tersebut bermula dia pejabat UMNO Taman Suria, singgah dia Flat Larkin dan berakhir di Kompleks Belia Dan Sukan



Kami, ahli Persatuan Belia Saudagar Selatan seramai lebih kurang 30 orang untuk memberi sokongan atas usaha kerajaan memajukan para belia. Berbangga dengan mengenakan t-shirt persatuan, aku dan kawan-kawan pagi-pagi telah berkumpul di situ bagi memenuhi undangan dari Dato' Zulkurnain Kamisan, Exco Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan Dan Warisan, Keusahawanan Johor.




Kami bergambar di tempok perasmian yang telah di tandatangani oleh MB. Ceria masing-masing wajah kawan-kawan aku ni. 



Team kami berpeluang bergambar dengan VVIP yang hadir. Terima Dato' - Dato' kerana sudi bergambar bersama kami.
















No comments:

Post a Comment