Jom Click!

Tuesday, October 8, 2013

Resepi : Sambal Belacan Goreng

Salam,

Dah lama rasanya tak update blog ni. Rasa rindu pulak. Agak sibuk jugak 2-3 hari ni. Berhujung minggu di rumah mak. Bila balik rumah, sibuk pulak dengan aktiviti-aktiviti mengemas yang tak pernah habis.

Apa-apa pon aku nak kongsi satu resepi hari ni. Macam biasa, resepi aku semua yang simple-simple. Sesimple orangnya. Ehem.. hehehehe

Sambal Belacan Goreng ni amat popular sejak Nasi Ayam Penyet terkenal di Malaysia ni kan. Orang Jawa memang dah lama makan sambal belacan gorang ni. Dia ada pelbagai resepi. Yang aku buat ni adalah salah satunya. Nanti di lain kesempatan aku akan kongsi kan resepi yang lain pulak ye...

Jom kite tengok apa bahan-bahannya ok...


Bahan-bahan :


7 biji lada merah
2 genggam cili padi
2 biji bawang merah
3 biji tomato
2 inchi belacan
Minyak untuk menggoreng
Garam, aji, gula secukup rasa


Cara memasak :

1. Panaskan minyak
2. Masukkan semua bahan tadi kecuali garam, aji dan gula. Goreng hingga masak
** Kalau belacan korang dah goreng siap-siap macam aku punya, tak yah goreng sekali dengan badan-bahan ni. Tapi kalau belacan korang belum di goreng, boleh la di goreng bersama sekali


3. Angkat dan toskan minyak. Biarkan ia sejuk sedikit
4. Masukkan belacan di dalam blender di ikuti bahan-bahan yang telah di goreng. Masukkan garam, aji dan gula secukup rasa dan juga sedikit air untuk memudahkan proses mengisar. Air sikit je ye dalam suku cawan
5. Tekan butang mengisar sekali sahaja. Maknanya jangan lama sangat kisar tu.


Siap di hidangkan bersama ulam

Masukkan dalam telap dan boleh simpan dalam esbok buat stok.
Senang bila nak makan, ambil dalam pinggal je.
Kalau nak sedap lagi boleh panaskan untuk kuantiti yang kite nak makan time tu je





 







No comments:

Post a Comment