Jom Click!

Friday, August 23, 2013

Khasiat Kurma Yang Mungkin Tidak Kite Ketahui


Gambar Hiasan

Subhanallah...banyaknya khasiat kurma. Kalau tau macam ni punya banyak khasiat kurma, pasti ramai orang akan makan kurma macam makan nasi. Tapi malangnya ramai antara kite yang tak suka makan kurma dengan alasan manis sangat lah, tak suka la, tak minat lah dan sebagainya. Dan ada juga yang makan kurma pada bulan Ramadhan sahaja sedangkan Rasulullah bersabda :

Sebuah rumah tanpa kurma seperti tidak mempunyai makanan


Gambar Hiasan


Berikut ialah khasiat buah kurma yang jarang diperkatakan :

  • Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia,
  • Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab, nescaya penduduk Jazirah Arab akan di serang pelbagai penyakit yang tidak di ketahui hujung pangkalnya kecuali Allah.
  • Tahukah anda orang yang makan kurma setiap hari tidak akan di dekati jin.
  • Tahukah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
  • Tahukah anda bahawa makanan dan ubat yang paling penting bagi angkasawan adalah kurma?
  • Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sihat dari kaviar?
  • Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
  • Tahukah anda bila kurma di rebus dan di minum seperti teh maka ia akan menggembirakan hati yang sedih?
  • Tahukah anda bahawa kurma bahri di anggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf.
  • Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori setara dengan 315 kalori yang terkandung di dalam setiap 100 gram madu?
  • Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
  • Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang di gunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi yang berani dan tidak takut akan kematian?
  • Tahukah anda bahawa terdapat sejenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya?
  • Tahukah anda ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?
  • Tahukah anda bahawa kurma mengandungi protien tumbuhan yang bagus dan mudah di cerna?
  • Tahukah anda bahawa kurma mengandungi sejumlah vitamin seperti Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, biotin, riboflavin, dan lainnya?
  • Tahukah anda bahawa kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada mengandungi zat besi dalam kadar yang tinggi?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandungi antiseptik dan antirematik?
  • Percayakah anda bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit?
  • Tahukah anda bahawa kurma dapat melindungi usus besar dari kanser?
  • Tahukah anda bahawa kurma adalah penggekang nafsu makan?
  • Tahukah anda bahawa jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ajwah Madinah, razizi, dan rabiáh?
  • Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapat tubuh yang ideal adalah Hulwah Haíl kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori?
  • Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi dari potasium dan besi adalah rabiah Madinah?
  • Percayakah anda bahawa kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi ketegangan saraf yang di akibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampau?
  • Percayakah anda bahawa kurma adalah makanan yang mudah di cerna tidak memberatkan tubuh?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat bagi orang yang berpuasa?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan dan mencegah konstipasi?
  • Tahukah anda bahawa kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal?
  • Tahukah anda bahawa kurma dapat membersihkan hati dari racun dan meredakan pergolakan saraf?
  • Tahukah anda bahawa kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan hamil dan menormalkannya ketika prakelahiran?
  • Tahukah anda bahawa kurma basah dapat membersihkan usus besar (kolon) sehingga bermanfaat untuk membantu dan memudahkan proses melahirkan?
  • Tahukah anda bahawa kurma di namakan dengan manjam (tambang) kerana mengandungi unsur mineral seperyi fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur dan klorin?
  • Tahukah anda bahawa kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin, 2.1% protein, 18% lemak, 73% gula 3% serat?
  • Percayakah anda bahawa kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging?
  • Percayakah anda bahawa kandungan nutrisi 1 kg kurma mentah setara dengan 3 kg makanan lain?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat memelihara kelembaban dan kecerahan mata serta menajamkn pandangan pada malam hari?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat memelihara kelembaban usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi?
  • Percayakah anda bahawa kurma membekalkan tubuh dengan zat besi yang di perlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir?
  • Percayakah anda bahawa kurma menyuplai tubuh dengan panas dan vitamin yang membantu pertumbuhan dan menguatkan saraf?
  • Percayakah anda bahawa kurma membantu menenangkan fikiran dan jiwa sehingga di sarankan kepada orang yang berpenyakit saraf dan panas baran?
  • Percayakah anda bahawa memakan kurma sebelum bersarapan dapat membunuh cacing?
  • Percayakah anda bahawa kurma di anggap sebagai makan terbaik di gurun sahara kerana tidak rosak walaupon di simpan dalam jangka masa yang lama?
  • Percayakah anda bahawa kurma memainkan peranan yang baik dalam membersihkan zat-zat beracun yang di hasilkan oleh proses asimilasi bahan makanan dalam tubuh?
  • Percayakah anda bahawa di antasa penduduk Sahara dan Oasis tidak menghidap kanser kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan asas?
  • Percayakah anda bahawa garam-garam alkali yang ada di dalam kurma berfungsi untuk membetulkan kemasaman darah yang di akibatkan oleh pengambilan makanan-makanan berlemak yang melampaui batas?
  • Tahukah anda bahawa kurma tidak mengandungi zat-zat yang dapat menghalango penyerapan zat besi?
  • Tahukah anda bahawa kurma juga dapat meningkatkan daya serap dalam tubuh, khususnya pada kanak-kanak?
  • Percayakah anda bahawa jenis zat-zat gula dalam kurma dapat di serap dengan cepat sehingga dapat terus sampai ke darah sel-sel tubuh?
  • Percayakah anda bahawa kadar serat dalam kurma pada fase ruthab sekitar 2% dan meningkat hingga 4% pada kurma yang di simpan?
  • Percayakah anda bahawa kurma mengandungi fosfor dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar fosfor dalam apricot, pir, strawberry dan anggur dan dalam setiap 100 gram kurma terdapat 40 miligram fosfor?

Gambar Hiasan


Di riwayatkan daripada Abdullah Bin Jaafar katanya :

Aku melihat Rasulullah Sallallah alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak


Di ceritakan oleh Jumaah Bin Abdullah yang di sampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir Bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan  Rasulullah Sallallah alaihi Wasallam bersabda :

Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal dari kejutan syaitan dan sihir pada hari itu








No comments:

Post a Comment