Jom Click!

Thursday, March 28, 2013

Putu Mayam

Keje banyak... tp mengantuk pulak.. biasa la kan dh petang2 mcm ni. tambahan pulak mlm td tak leh tido... mlm td lepas balik keje siap2 nk g tahlil. ada sedara meninggal kat kampung, adik atok sedara aku.. kira nenek sedara aku la... dh lama sakit la actually, dia ada kanser payudaya. dh operate pon cuma mungkin dh ajal dia kan. lepas 6-7 tahun operate pegi jugak dia menghadap Ilahi. semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan org2 yg beriman. Amin.

Lepas maghrib tu aku ngan anak aku, Fiqa pon bersiap2 nk g tahlil tu la. tp kene singgah (actually bukan singgah coz jalan yg berlainan utk g rumah atok aku tu) tempat keje hencik suami sbb dia tertinggal bag duit, hp dan segala bagai harta dia kat rumah. So aku ni sebagai isteri mithali (konon) pegi la hantar ke Pasir Gudang. Padahal rumah aku kat Kg. Melayu tu dan rumah atok aku pon kat Kg. Melayu jugak. Tp takpe, di sebabkan aku ni pemandu F1 versi Savvy so kejap je smp. Terima kasih pada kerajaan kerana telah membina Lebuhraya EDL. Pukul 8mlm aku keluar rumah, pukul 9mlm aku dh smp rumah atok aku. sejam je aku ambik masa utk Kg. Melayu-->Pasir Gudang-->Kg.Melayu. mungkin cuti sekolah kot sbb tu jalan tak jem.

Dalam perjalanan pegi tempat keje hencik suami tu aku mcm biasa la dok borak2 ngan anak dara aku tu. Macam biasa, aku tanya dia pagi tadi breakfast apa, lunch apa, dinnner memang dia akan makan kat rumah ngan bonda dia biasanya. Fiqa kata breakfast makan putu mayam, mama beli katanya. Mama tu akak ipar aku la. Babysitter dia. Tiba2 pulak aku mcm teringin nk makan putu mayam...

Pagi tadi, macam biasa sebelum pegi keje aku akan beli breakfast. Macam biasa Pasar Kg. Melayu menjadi pilihan utama. Dalam hati ni berharap sgt ada la uncle jual putu mayam tu. Maka aku pon ambik jalan menuju belakang pasar (Jalan Sekolah)... biasanya kalau uncle tu ada, dia akan ada kat pintu belakang pasar tu. Betapa senanggg dalam hati beta!!! uncle tu ada!!!! Yey!!! hehehehe


Sorry la... gambar tak berapa clear la... tp nmpk tak kat sebelah gerai buah tu ada uncle yg berdiri sebelah motor ada kotak kat belakang tu?


Lepas beli sebungkus aku pon gerak mencari parking... yang tadi tu parking tepi je kejap sebab takde parking kosong. Yang aku nk cari parking lagi tu kenapa pulak kan? bukan ko dh beli sarapan ke tu Ein??? hahahah.... takat putu mayam tu celah taik gigi je la aku makan. hahahahah.... nk kene beli breakfast lain.... lepas beli apa yg berkenan di hati (makanan lain) tu aku pon gerak g tempat keje...

Sampai je meja aku, aku pon bedal la....




3 keping putu mayam ngan eksesari dia... RM2.20 je....


Alhamdulillah.. dpt jugak makan putu mayam. tak kempunan baby dalam perut bonda ni.. heheheh... pasni tak makan putu mayam lagi pon takpe la coz dh dapat sekali pon cukup la kan....

Hmmm.. tp tiba2 teringat la pulak zaman sekolah dulu. Ingat lagi time tu aku Form 4. cikgu aku Cikgu Punitha buat open house sempena Deepavali. Dia jamu kami dengan putu mayam cicah kari ayam... sedap tu... tiba2 teringin pulak makan putu mayam cicah kari ayam.... hahahaha.... satu hal la pulakkkkkk


** Putu mayam cicah sambal tumis sedap tak eh agaknya?


No comments:

Post a Comment