Jom Click!

Monday, September 2, 2013

Selamat datang September!!!






Pejam celik pejam celik dah masuk September. Lagi 4 bulan dah masuk tahun baru. Cepat sungguh masa berlalu, bukan? Rasa macam baru je sambut tahun baru aritu, ni dah nak sambut lagi.


Kenapa dalam banyak-banyak bulan aku seakan 'mewelcome' September? Jeng...Jeng...Jeng... Sebab pada bulan September umur aku naik satu angka!!!! Adoiyaiii... dah bertambah umur. Alhamdulillah... Syukur pada-Mu Ya Allah... Kerana memberikan aku kehidupan yang sempurna sehingga kini.





Kalau di tanya apa pencapaikan terbaikku sepanjang tahun ini, apa yang boleh aku katakan? Boleh aku katakan pencapaian terbaikku ialah kelahiran anakku yang kedua pada Jun lalu. Syukur sangat-sangat kerana anakku lahir dengan sempurna. Semoga Athirah menjadi anak yang solehah, yang taat pada perintah Allah dan menghormati orang tuanya. Amin

Semoga aku di beri kekuatan untuk menempuh kehidupan dan lebih sabar dengan apa jua ujian yang mendatang. Semoga Allah melimpahkan kesihatan yang berpanjangan dan rezeki yang melimpah dan jangan sesekali Kau palingkan aku dari-Mu Ya Allah.

Amin..Amin..Amin.. Ya Rabbal'alamin.


No comments:

Post a Comment