Jom Click!

Wednesday, September 11, 2013

Ingin menjadi yang lebih baik






Alhamdulillah semalam telah bertambah usiaku setahun lagi. Pejam celik, pejam celik dah 35 tahun umur aku. Fuhhh... cepat masa berlalu. Macam tak percaya umur aku dah banyak ni. Hahaha... bukan apa, perangai masih macam budak-budak. Tapi aritu aku pegi urut pon bidan tu tanya "umur adik berapa, dik? 26? 27?" so kira aku nampak muda lagi la kan? Lalalala

Setelah mencecah usia 35 tahun aku, terfikir jugak. Apa pencapaian aku setakat ni? Hmm... pekerjaan.. alhamdulillah aku masih mampu bekerja walaupon pendapatan tak la boleh membuatkan hidup mewah tapi syukur cukup makan pakai. Nak kan kerja yang boleh mendatangkan pendapatan lebih, kene la sedar diri yang tak ada apa-apa kelulusan tu kan. Jadi tetap la bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.

Kewangan...hmmm... lion-lion dalam bank memang takde. Bak kata aku tadi, cukup makan pakai pon dah syukur. Simpan bila ada lebih. kui kui kui. Korang jangan ikut aku pulak. Kite kene simpan 10% dari gaji kite tiap bulan dan anggap itu lah gaji untuk diri kite yang penat bekerja ni. Dan untuk keselamatan kite kene ada sekurang-kurangnya 6 bulan gaji kite sebagai simpanan. Hmmm..... korang ada? aku tak de.... hak hak hak...

Kesihatan aku hmmm... tipu la kalau aku cakap aku takde sakit langsung. Badan dah lama pakai kan, mesti la ada sakit sana sini. Tapi alhamdulillah aku takde penyakit yang menghendakkan aku makan ubat tiap hari ikut masa yang di tetapkan. Buat masa ni aku memang la ada makan 'ubat' tapi ubat yang kalau ingat makan, tak ingat, tak makan pon takpe... Hehehehe.. ubat jenis apa tu? Hahahaha... Suppliment la apa lagi...Vitamin-vitamin dan jamu-jamu... Jamu jangan lupa beb... Kalau nak awet muda kene la makan jamu. Tak kira la jamu apa... minum ke, pil ke... sekarang ni dah moden. Tak perlu nak rebus-rebus dah. Semuanya siap untuk di telan je. Macam-macam jenama ada sekarang ni. Cuba pilih yang sesuai dan serasi dengan kite dan yang paling penting...halal dan mendapat kelulusan.

Keimanan... macam mana aku nak ukur level keimanan dalam diri aku? Hmmm... sukar, bukan? Memang tak dapat nak mengukur keimanan dalam diri kita. Cukupkah hanya percaya kepada Allah dan Rasul? Itu hanya asas. Macam mana nak merealisasikan kepercayaan kite? Dengan solat? berselawat? Cukup ke? Ya Allah, aku hanya hamba-Mu yang lemah. Maka bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai. Amin


* Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.




No comments:

Post a Comment