Malam tadi tidur awal. Si kecik asyik merengek. Pujuk-pujuk nak tidurkan dia last-last aku tertidur sekali. Pukul 2.30am terjaga sebab dia merengek lagi. Lepas nyusukan dia bangan dan buat la apa yang patut. Sidai baju yang aku masukkn dalam washing machine lepas balik keje tadi. Siap-siapkan keperluan si kecik untuk ke rumah babysitter dia dan keperluan kakak dia untuk ke sekolah. Nasib baik si kakak dah pandai ikut jadual sendiri jadi kurang sikit kerja aku kan? lalalala...
Bukak Facebook. Bukak Blog. Bukak YouTube. Tamak kan? Tiga-tiga sekali bukak. Macam biasa, aku bukak Facebook untuk tengok apa aktiviti kawan-kawan aku. Nak tengok siapa pulak si comel loteh Murnita jumpa pulak hari ni... dia tu badan je kecik tapi aktif bukan main. hahaha...
Tapi yang aku nampak Raha and the gang buat pesta buah-buahan. Wahhhh bukan main eh korang. Meriah!!! Meleleh air liur aku tengok durian yang begitu menyelerakan. Aku nampak Fadzidah kat situ, Lama tak jumpa dia. Nor Eliana pon ada, Ntah dia kenal aku ke tak eh. Tak lupa jugak mak buyong kite, si Sue. Lagi sorang yg kecik-kecik tu aku lupa pulak nama dia. Time nak tulis kay sini boleh pulak hilang nama dia dari memori. Hehehe.. jangan marah ye fren... Cuma yang sorang pakai tudung tu aku memang tak kenal. Kawan kite jugak ke eh?
Meriah eh korang... sorry aku curi gambar korang sekeping ni ye...
Oooo jurukameranya Colin eh... kesian ko eh Colin. 1 pon gambo ko takde... 31st Aug ni In Sha Allah kite jumpa ye Colin. Time tu ko sure glemer kan. Pakai baju lip-lap-lip-lap. Nanti ambik la gambar banyak-banyak ok.
Panjang pulak aku bercakap pasal kawan-kawan aku ni. Yang sebenarnya ada benda lain yang aku nak cakap. Rasa terkejut dan happy sangat. Tak sangka makcik aku upload gambar aku masa kecik. Saya suka... saya suka...
Semasa baru menjejakkan kaki ke Singapura dari Indonesia
Makcik aku cakap gambar ni di ambik masa aku baru saja sampai di Singapura. Aku ni kan asal dari Bawean a.k.a Boyan, Indonesia. Dan berhijrah ke Malaysia. Tapi Dari Indonesia aku ke Singapura dulu sebab mak aku cakap time tu kiteorang takde sedara mara rapat kat Malaysia. Nenek dan atuk sedara aku ramai di Singapura. Jadi kami ke Singapura dulu sebelum mengambil keputusan untuk menetap di Malaysia
Makcik aku bawak kami jalan-jalan. Aku dah tak ingat tempat ni
Terima kasih pada makcik aku, Mariyani kerana mengupload gambar-gambar ni. Aku tau banyak gambar-gambar aku kat rumah dia dulu.
** Terasa diri ini comel... Lalalala
No comments:
Post a Comment