Lilin salah pon tak pe.. aku rela je...
"Kak ein...jom r kejap" tiba-tiba Linda muncul di meja aku. Toinggggg! Otak terus menangkap.
"Alaaa... ni mesti ko nak celebrate birthday aku kan?" aku serkap jarang.
"Jom r kejap. Linda nak cakap sikit ngan kak ein" sambil sengeh-sengeh sebab seprais tak menjadi la tu. Hahaha... Linda..Linda....
Saya suka!!! Saya suka!!
Mula-mula tadi Reetha Skype panggil aku. Lepas tu tiba-tiba dia menghilang. Tau-tau dorang dah berkumpul kat kantin.
Comel, bukan?
Apa-apa pon terima kasih teman-temanku Reetha, Leyla, Linda, Esa, Azmir, Nani dan Kak Amy kerana mengingati.
You Are A Star.... heh?
Nak-nak pada Nani dan Kak Amy, walaupon korang dah takde kat sini tapi masih ingat juga. Terima kasih banyak-banyak.
Bestnya!!!
Macam tau-tau je bag duit aku dah nazak. Memang aku tengah cari-cari bag duit tiba-tiba dapat pulak korang kasi. Korang ni macam tau-tau je apa ada dalam fikiran aku kan...
** Akan adakah tahun depan rezeki kite bertemu lagi?
No comments:
Post a Comment