Jom Click!

Thursday, September 26, 2013

Resepi : Spagetti Sosej dan cendawan


Salam,

Hari ni aku nk share satu resepi spegetti yang sangat simple. Memang betul-betul simple dan betul-betul resepi campak-campak je. Jom tengok....


Bahan-bahan :

Secekak spagetti - rebus dengan sedikit minyak masak hingga lembut dan toskan

1 biji bawang besar
3 sudu makan minyak masak untuk menulis

4 batang sosej
tak kisah la perisa apa.
 Hiris-hiris ikut citarasa korang

3 biji cendawan
Rendam semalaman dan hiris ikut citarasa korang
Aku tak rendam pon tapi aku rebus.
Nama pon nak cepat kan
Kang tak makan pulak Hencik suami dan anak

3/4 balang pasta sos ni aku guna.
1st time aku cuba jenama Tesco ni
Boleh tahan la rasa dia
Biasanya aku guna Prego Tradisional


 Cara-cara masak :

1. Panaskan minyak masak
2. Masukkan bawang. Tumis hingga naik bau
3. Masukkan sosej dan cendawan
Gaul hingga masak

4. Masukkan pasta sos tu.
Tambah ½ cawan air
Tambah gula, garam sekiranya perlu.
Ikut selera masing2 la.
Sos ni agak masam sket.
Nama je Spice Pepper. Tapi aku rasa masam je lebih dari pedas
Gambar ni terlupa nak ambik. Tu yang nampak sikit sebab last-last baru ambik

5. Letakkan spagetti di atas pinggan dan tuang sosnya
6. Taburkan cheese (dalam gambar aku takde)

Siap di makan




** Spagetti tak menggemukkan... katanya la.... tapi kalau bantai sampai 3 pinggan macam aku mustahil tak gemuk kan? lalalala



No comments:

Post a Comment