Kandungan dah masuk 33 minggu. Dah berapa kali asyik cancel je nak pegi scan baby ni. Asyik tak sempat atau kepenatan balik keje terus malas nak pegi. Tapi semalam pegi la jugak sebab nak tengok sangat condition dan jantina baby.
Ramai jugak pesakit kat Poliklinik Biosucinas, Bandar Baru Uda malam tadi. Kebanyakkan pesakit kanak-kanak. Lama jugak tunggu. Nasib balik la kat situ ada wifi service free. Boleh jugak godeh-godeh hp sambil menunggu giliran.
Sempat bergambar ngan Fiqa masa menunggu giliran
Tiba giliran aku, Hencik Suami dan anak kami pon masuk. Doktor tanya sakit apa, aku cakap la aku cuma nak scan baby. Pastu dia suruh aku baring atas katil. Kat situ ada perkhidmatan 3D scan tapi aku tak dapat buat la sebab doktor kata kandungan aku dh besar. So untuk pengetahuan semua, kalau nak buat 3D baby scan tu pada usia kandungan 26-28 minggu tu adalah masa yang sangat sesuai ye. Doktor kata kandungan aku dah besar so dah terlalu rapat dengan kantong baby. So memang susah nk tengok muka baby. Jadi doktor scan kandungan aku dengan scan biasa saje.
Ada juga dia cuba pakai 3D punya tapi memang tak jelas muka baby. Scanner tu boleh buat 3D dan biasa sekali. Aku ingat guna scanner yang berlainan. hehehehe
1st sekali doktor check kepala baby. dia ukur saiz kepala dan dapat tau bila due date aku. Dia tanya aku bila due date? (yang doktor kasi kat dalam muka merah). Aku cakap 4/7/13... dia ukur dan ukur sampai 3 kali... dia kata saya dapat 28/6/13. Ok la tu.. antara akhir bulan 6 dengan awal bulan 7 tak la jauh sangat bezanya kan?
Ukuran kepala : 8.29cm
Due Date : 28/6/13
Doktor check lagi. Aku pon tak tau apa yang dia check. Lepas tu dia tanya, nak tau jantina baby tak? Kami pon cakap nak. Dia check... dan check.. dia kata ok saya dah nampak... ni baby girl. Ok awak tengok sini eh katanya sambil tunjuk ke arah screen... yang ini peha dia... yang ini peha sebelah lagi.. awak tengok antara dua ni ada 2 kelopak... ni baby girl. Kalau baby boy dia takde kelopak macam ni. hehehehe...
Nampak tak yang bercahaya tu? Dekat dengan cursor tu ada 2 benda shining. Tu yang doktor kata 2 kelopak.... hehehhehe
Lepas tu doktor check lagi dan lagi dan lagi. Macam tadi, aku pon tak tau apa yang dia check. Lepas tu dia kata saya nak ukur kaki dia eh.. aku pon kata ok je la. Dia mesti ada sebab kan kenapa dia nak ukur semua tu kan.
Ukuran kaki : 6.39cm
Doktor kata normal. Alhamdulillah
Lepas tu doktor check lagi..dan lagi.. dan lagi.. dia kata sekarang saya nak tengok berapa berat dia eh... macam tadi aku pon iye kan je la.. sebab aku pon memang nak tau kan... hehehhehe
Berat baby : 2147gram
Doktor kata normal
Aku tanya jugak kedudukan uri betul ke tak, doktor kata ok. Lega sket aku dengar. Sebab kawan aku uri dia kat bawah... kalau tak berpusing jugak kene operate. hmm... semoga kali ni aku melahirkan anak ni dengan selamat.
Kite memang mengharap yang terbaik. Tapi kalau Tuhan berkata lain, apa yang kite boleh buat kan? Semoga semua urusan di permudahkan oleh-Nya. Amin
** Entry ni hanya sekadar koleksi peribadi aku. Bukan nak menunjuk-nunjuk atau apa. Sebab gambar-gambar ni aku rasa kalau aku simpan dalam blog ni lebih terpelihara dari aku simpan kat komputer atau kamera. Nanti bila anak ni dah faham, boleh jugak aku tunjuk kat dia macam mana dia berada dalam perut aku. Ye tak?
Alhamdulillah. seronok kn bile tau baby normal. harap akk dpt melahirkan dengan selamat.. amin...
ReplyDeleteThank you Eija
ReplyDeletebest best.. Baby girl baju cantik2
ReplyDelete