Jom Click!

Wednesday, May 29, 2013

Dugaan di pagi hari


Hari ni macam biasa kalau Hencik Suami keje pagi aku pon bangun pukul 6, walaupon dah set alarm pukul 5.45 aku snooze...snooze... sampai pukul 6 baru la bangun. Dan macam biasa Hencik Suami pegi mandi aku pon gosokkan uniform dia. Punya la malaskan nak prepare awal-awal. Gosok malam tadi ke atau terus gosok lepas ambik dari ampai kan... hehehe.. korang jangan ikut perangai buruk aku ni ok! Lepas gosok uniform dia aku gosok pulak baju untuk aku pegi keje. Settle satu urusan.

Dalam pukul 6.20 Hencik Suami pon pegi keje. Dia kalau bersiap kejap je. Maklum la tak yah bermake-up kan. Aku pon lepas solat subuh mulakan lah operasi memasak aku untuk bekalan pegi keje.

Hiris-hiris tempe... hiris-hiris kentang. Panaskan minyak dan goreng tempe. Sambil tu aku siang ikan bilis kat depan tv. Tengok Motivasi Pagi kat TV3. Dengar Motivasi Pagi pon samar-samar je kat telinga aku. Kepala hotak ni pegi tempat lain.

Aku ni sekarang boleh di kirakan rajin jugak bawak bekal ke tempat keje. Kepala mula memikir. Kalau aku beli bekas mcm mangkuk tingkat kan senang kan. Hmmm.. fikir-fikir lagi..kalau bawak bekas macam tu daaaaaah macam warga asing bawak bekal pulak. Eh tapi apa salahnya kan. Hmm... bekas macam mana yang sesuai eh? Bukan apa tau, sekarang ni aku bawak bekal dalam bekas yang ada 2 compartment tu. 1 ruang untuk nasi. 1 ruang untuk lauk. Pastu untuk sayur aku letak dalam bekas lain. Aku ni kalau makan mesti nak lauk dan sayur. Walaupon simple-simple je pon tak kisah. Itu belum lagi kalau aku bawak ikan goreng atau ikan bakar, mesti nak kene ada sambal belacan lagi. Walaupon makan kat tempat keje, tapi aku buat macam makan kat rumah. heheheh...

Kejap-kejap aku bangun tengok tempe yang aku goreng tadi dah garing ke belum. Bila dah garing, aku goreng hirisan kentang pulak. Sambung balik siang ikan bilis. Biasanya aku beli ikan bilis yang dah siap siang. Tapi time aku nak beli aritu, ikan bilis yang dah siap di siang tak berapa cantik la. So aku beli je la yang biasa punya.

Dalam kepala fikir lagi, lepas ni kopek bawang dan blend. Cili kering tak payah siang sebab aritu dah beli cili giling siap-siap. Kalau cili giling ni aku suka beli jemana Maz. Sebab pada aku dia macam ori je. Macam buat sendiri. Ada sesetengah cili giling ni dia macam masam sket. Maybe untuk tahankan lebih lama. Tapi kalau jenama Maz ni tak masam. So kite boleh tambah asam, gula, garam semua tu macam biasa tanpa was-was la. Lepas masak sambal ni nak goreng sayur pulak, kepala masih memikir apa nak buat lepas ni. Tiba-tiba pluppppppp!.... GELAP... takde karen!!!!

Dok fikir jap...nak pasang lilin ke? Adoi... malas la pulak...korang tengok la.. aku ni nak pasang lilin pon malas. hahahah.. time tu Motivasi Pagi tak abis lagi. rasanya time tu dalam pukul 6.55. Lebih kurang la eh. Jadi demi melayan kemalasan aku tu, aku bukak la tingkap... bukak la pintu... jadi cahaya pagi dan udara segar masuk la dalam rumah...

Aku pon sambung masak. Lepas kentang tu dah masak, dah agak-agak garing aku goreng pulak kacang tanah. Kacang tanah ni tak boleh tinggal ye kawan-kawan kalau tak hangus nanti kang. Dan yang last sekali aku goreng ikan bilis. Ikan bilis kene la goreng last sekali. Sebab kalau kite goreng yang awal nanti kang abis minyak tu kotor dek kerananya. Goreng ikan bilis ni aku kurangkan quantiti minyak. Sebab lepas goreng tu nanti aku terus buang je minyak tu nanti. Sayang oooo... nanti minyak semua kotor. Goreng tempe, kentang dan kacang tu minyak bekas goreng tu tak kotor sangat, so boleh pakai balik.

Karen dah takde, so aku tumbuk ngan lesung batu je la bawang putih dan bawang merah tu. Nasib baik la cili kering tak beli yang siap-siap giling kan. Time ni la ingat tuhan.... dalam kepala fikir, agaknya tuhan bukakkan hati aku untuk beli cili giling ni aritu sebab untuk memudahkan aku masak hari ni. Syukur dalam hati.

Sambil menumis sambal tu, aku siang pulak sayur. Goreng sawi je. Ambik 1 lagi kuali dan panaskan kat stove sebelah. Campak-campak-campak... settle... Nasib baik jugak nasi sempat masak dah tadi sebelum karen ji'un (mati).

Ni la hasil sambal tempe + kentang + kacang + ikan bilis yang aku masak dalam kegelapan pagi


Sawi goreng


Ayamas Goreng. Ayam instant je
Ni seketul je sebenarnya.
Tapi aku potong-potong sebab selalunya kalau aku masak seketul dalam dia selalu mentah


So ni la bekalan aku untuk lunch nanti. Banyak kan aku makan? hehehehe

* Hari ni pegi keje tak pakai bedak pon. Dah rumah gelap, macam mana nak pakai bedak kan? hehehhe







Monday, May 27, 2013

AkuJanji


Dah lama rasanya tak mengentry blog aku ni. Bukan apa, takde cerita yang nak di ceritakan. Nak share resepi, 3-4 arini ni aku tak masak apa2 yang boleh aku share. Bukan tak masak langsung ok. Masak simple-simple asal boleh telan je. Takkan aku goreng sayur pon aku nk share resepi dia kat sini kan? Melampau la tu.

Aku tau aku ni baru je berjinak-jinak dengan penulisan blog ni. Dan yang sebenarnya aku bukan la seorang penulis yang selalu di banjiri idea-idea yang seronok nak di baca. Alahai... kalau setakat nak bercerita aktiviti harian aku, apa la sangat yang aku nak cerita. Hari-hari same je rutin harian aku. Kadang-kadang bosan jugak kan. Tapi nak buat macam mana, dah itu je yang aku boleh buat setakat ni. Dengan perut memboyot macam ni bertambah la membataskan pergerakan aku. Ni bukan mengeluh sebab tak suka ok, ni luahan perasaan je. Luahan perasaan seorang yang sering di serang sakit pinggang, punggung dan kaki sejak kebelakangan ni. Sabar je la.

Tapi dah alang-alang aku ada blog ni, alangkah baiknya kalau aku selalu mengupdate apa-apa yang patut kan? Hmm... nak kena ada target ni. Baik la... setelah aku fikir-fikir, aku rasa kalau dalam sebulan aku memberi perkongsian sekurang-kurangan 10 entry, boleh tak? ni sekurang-kurangnya tau...

Jadi Manifesto aku untuk blog aku ni ialah 'MINIMUM 10 ENTRY PER MONTH'... Haaaaa.......ingat parti politik je ke boleh ada AkuJanji ni. Kite pon kena ada jugak. Target kite dalam sesuatu perkara.... kan?

Ok... kite tengok seberapa lama aku boleh bertahan dengan AkuJanji aku ni. Harap-harap menjadi la ye...



Monday, May 20, 2013

Resepi : Kek Asam Manis - Chef Zubaidah


Kali ni aku nk cuba buat resepi Chef Zubaidah pulak. Harap-harap jadi la kan... Jom ikut aku mencuba resepi ni...
Bahan-bahan

325 gram mentega

250 gram gula kastor

300 gram tepung naik sendiri

6 biji telur

1 sudu teh esen vanila

100 gram asam manis - di potong halus


Cara-caranya

Sediakan loyang 8x8x3 inci. Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek. Panaskan kukusan dengan api yang besar. Aku takde loyang size tu so aku pakai loyang bulat je... Pakai je la apa yang ada kan...

Pukul mentega dan gula hingga sebati.

Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga rata.
Tengok tu sampai ada kuning telur yang pecah.
Nasib baik kek aku menjadi kan...

 Tambahkan esen vanila dan teruskan pukul.
Aku letak 1 penutup botol tu je.

Masukkan tepung.

Masukkan hirisan asam manis.
 Aku tak potong halus pon. Aku patah-patahkan dua je.
Degil tak aku ni? heheheheheh
Aku gaul dengan senduk kayu je....
Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang.

Tutup loyang dengan aluminium foil.

Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau hingga kek masak dengan sempurna.

Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai sebelum di potong dan di hidangkan
Aku sejukkan kt dalam loyang je..

Senang di potong.
Kadang-kadang kalau aku buat kek macam susah je nak potong.

Tak sangka jadi pulak aku buat resepi ni.
Tapi memang resepi ni mudah.
Kalau tak jadi tak tau la nak cakap apa

Korang cuba la...
InsyaAllah tak mengecewakan.
Terima kasih kepada Chef Zubaidah



Friday, May 17, 2013

Deretan HP versi HP sapa paling murah

Semalam sorang kawan aku, Salleh kepoh-kepoh kat sorang kawan aku lagi, Azmir. Hasut Azmir untuk apply rebet HP kat Digi. Dia tunjuk la satu wedsite Digi kat Azmir. Sebab Salleh sendiri tak layak nak apply. Azmir pon layankan je la.... sekali approved beb!!!

Lunch break je Azmir pegi la ambik HP tu kt Digi Taman Molek. Memang dah rezeki dia kan, semua berjalan lancar. Dari dia apply online sampai ke ambik HP tu kat counter rebet Digi tu semua smooth je kan...

Naik je lunch break, meja dia dah macam counter pertanyaan pulak. Ramai je orang kerumun. Tanya macam-macam. Dah la dia duduk sebelah aku... aku pulak yang naik jeles sebab aku tak layak untuk apply kan.. Ok.. nak bagitau ni.. syarat-syarat untuk apply ialah umur bawah 30tahun, ada pendapatan (bekerja), sebab tu dia nak no KWSP kite... tu je kot... So sapa-sapa kat luar sana cepat-cepat la rebut peluang.

Actually ada macam-macam jenis HP yang boleh di pilih. Tapi Azmir ambik yang paling murah je... HP tu FREE.. cuma perlu beli simkad berharga RM50 (internet plan)

Hari ni, pagi-pagi datang masih bercakap pakai HP tu lagi... Meja Azmir masih di kunjungi oleh rakan taulan... hahaah.. macam satu fenomena pulak aku tengok. Tiba-tiba Salleh letak HP baru Azmir sebelah HP aku. Lepas tu dia letak HP dia pulak. Susun ikut kebesaran skrin HP. Pastu kami (aku n Azmir) layankan je la... Kiteorang pon susun la HP-HP kami ikut kebesaran skrin masing-masing. Tak pasal-pasal Salleh kebas jugak Diari Abg Aizol... susun jugak kat situ.. cissss



Inilah hasil deretan HP-HP kami dan diari Abg Aizol yang tak bersalah. hahahahaha


Aku pon ambik la gambar. Dah tersusun cantik kan.... lepas tu kami ambik la HP masing-masing dan balik ke tempat masing-masing.

Dalam sejam lepas tu Abg Aizol bangun dari tempat dia untuk pegi meeting. Dia pusing kiri pusing kanan. Pusing belakang ke tempat Azmir sebab dia duduk depan Azmir.

"Mana diari saya?.... Mana diari saya?..."

Sekali dia tak perasan daaaaaa kami ambik ambik diari di tadi... hahahaha... Ampon bangggggg


** Lunch break tadi rakan taulan yang layak semua serang Digi. Dah macam kilang Nestronics pulak kat sana agaknya ye penuh ngan budak-budak Nestronics. Azmir kata dia happy tengok kawan-kawan happy dapat HP canggih (walaupon tak berapa canggih) dengan harga murah....




Nama saya Fiqa

Salam Semua,

Nama saya Fiqa. Saya lahir pada February 2005 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Saya anak ayah dan bonda. Nama ayah saya Aceh. Nama bonda saya Ein.

Ini gambar pertama saya. Time ni umur saya sehari. Tapi nampak macam saya dah besar kan?
Bonda saya cakap, balik dari hospital dia terus ambik gambar ni.


Ini pulak gambar saya lepas 40 hari. Rambut saya kene cukur. Kesian saya kan? daaaaah botak.
Tapi takpe. Kata nenek nanti tumbuh rambut baru yang lebih sihat.
Terima kasih pada Atok Rahim sebab cukurkan rambut saya.


Gambar ni pulak time umur saya dalam 3 bulan. Saya pakai baju cheongsam. Saya cuba control ayu time bonda ambik gambar ni sampai kembang hidung saya, macam hidung bonda.


Time ni saya dah mula lasak. Saya suka jerit-jerit dan cakap-cakap. Tapi takde sapa paham apa yang saya cakap. Umur saya time ni dah 6 bulan. Bonda selalu baringkan saya depan tv dengan alaskan tilam sebab bonda nak buat kerja rumah. Nanti kalau lama sangat bonda hilang saya mula jerit-jerit. Saya takut tinggal sorang-sorang. Lagi pon boring je main sorang-sorang, cakap sorang-sorang.


Bestnyaaaaa duduk dalam troli ni. Time ni saya kat Jusco Permas Jaya.
Ayah ngan bonda bawak saya jalan-jalan.
Uncle Boboy pon ikut kami. Uncle Boboy tu kawan ayah. Dia selalu ejek saya 'anak cina... anak cina...' saya buat tak tau je sebab saya memang tak paham dia cakap apa.
Time ni umur saya 10 bulan.


Rambut saya dah panjang. Umur saya time ni 1 tahun 6 bulan.
Time ni saya selalu kene tinggal kat rumah nenek. Jujuk (moyang) yang jaga saya. sebab ayah dan bonda keje shift jadi lebih baik saya duduk kat rumah nenek je


Bonda nak ambik gambar saya. Jadi saya senyum. Senyuman paling manis yang pernah saya ada saya tunjuk kat bonda.
Tapi bonda saya cakap saya senyum macam ni muka saya semua ke tengah. Mata, mulut, pipi semua pegi ke hidung.
Time ni umur saya 2 tahun 3 bulan.
Time ni kami baru pindah rumah. Dulu kami tinggal kat rumah Atok Munah.
Sekarang kami dah pindah rumah lain tapi masih dekat dengan rumah Atok Munah.



Time ni umur saya 3 tahun. Saya main buai kat depan rumah Atok Munah.
Ayah yang ambik gambar ni. Ayah teman saya main buai. Ayah buai kan laju-laju.
Saya takut tapi saya seronok....

Umur saya 4 tahun. Rambut saya semakin panjang.
Ayah tak kasi saya gunting rambut saya.


Saya ikut Atok Sulhan ambik Aunty Yuni balik keje.
Aunty Yuni keje dekat Shopping Complex The Zone Johor Bahru.
Aunty Yuni pakaikan saya wig dan ajar saya posing.
Dia ambik gambar saya.
Saya suka!!!!
Tapi saya pakai t-shirt je la Aunty...
Tak matching...
Kesian saya......


Saya lepak-lepak tengok tv dengan bonda.
Bonda ambik gambar saya
Saya terkejut... tapi saya cuba tersenyum....
heeeeee


Sekarang umur saya 8 tahun.
Saya sekolah darjah 2.

Inilah serba sedikit kisah saya.
Tak lama lagi saya akan dapat adik.
Nanti bila adik saya dah kluar dari perut bonda saya cerita pulak pasal adik saya, ok?










Thursday, May 16, 2013

Serasi Burger

Malam tadi dah datang balik penyakit malas nak masak aku. Penat sangat kot agaknya. Tu pon nasib baik time balik keje jalan tak jem kalau tak memang nak patah pinggang duduk lama-lama dalam kete.

On the way balik tu terfikir-fikir nak makan apa. Bukan nak masak apa.. heheheh.. dah nama pon malas nak masak kan. Hmm... kalau fikir pasal nak beli makan kat luar ni kene fikir yang Fiqa memang takut nak makan pedas. Kalau makan kat rumah pon memang telur goreng ngan kicap je makanan dia... dari umur dia pandai makan sampai la 8 tahun dah sekarang ni memang itu je la makanan dia.

So fikir punya fikir... aaahhhhhh beli burger je la. Kat Kg. Melayu ni memang Serasi Burger ni je la tempat yang selalu aku pegi kalau nak makan burger. Pada aku burger dia sedap.



Ni menu yang di sediakan. Macam-macam ada.
Tapi aku biasa beli Benjo ngan Burger Daging atau Ayam je.
Heheheheh

Tu Mas tu tengah bakar untuk aku la tu.
Pekerja dia dari seberang.
Bukan owner dia eh...
Pernah jugak aku interview Mas ni
Dia kata siang dia keje buruh binaan, malam keje jual burger ni.
Rajin dorang ni kan sampai buat 2 keje nak cari duit


Preparation untuk order aku la ni
Aku order 2 Daging Special untuk aku dan Hencik Suami
Dan 2 Benjo untuk Fiqa dan sepupu dia
Mana la tau anak sedara aku sorang tu ada kat rumah nanti kang
baik aku belikan sekali kan
kalau dia takde biar kiteorg je yang makan
lalalalala
Oleh kerana Fiqa takut pedas, so memang Benjo kosong je la untuk dia.
Telur dan Mayo je. No sos, no vege

Siap... tunggu bungkus je

Kat sini ada jugak Pau Roslan
Aku rasa kat JB ni Pau Roslan agak popular
Tak tau la Pau ni dah sampai ke luar ke belum
Pau dia lembut dan gebu dengan inti yang lazat
Tak caya? cuba la....
Kilang dia kat ujung Kg. Melayu menghala ke Larkin je tu

Pada sapa-sapa yang nak datang ke Serasi Burger ni, amat mudah.
Kalau dah masuk area Kg. Melayu tu memang senang la nak cari
Landmark yang paling senang ialah Masjid
Serasi Burger ni betul-betul depan masjid ni

Alahai.. teringat nostalgia lama... heheheh
kat masjid ni la aku dan Hencik Suami di nikahkan dulu


Landmark kedua pulak foodcourt yang bertentangan ngan masjid.
Kat foodcourt ni ada jual murtabak yang sangat popular kat Kg. Melayu ni
iaitu Murtabak Azo 96

Dan di sebelah foodcourt tu pulak ada kedar akseseri kete yang besarrrrrrr punya
Serasi Burger tu bertentangan ngan kedai ekseseri ni la


Memang senang nak cari stall burger ni. Selain kat lokasi yang aku tunjukkan ni, Serasi Burger ada beberapa cawangan lain kat Kg. Melayu ni. Yang aku tau, 1 kat depan sekolah agama, dan lagi 1 kat Jalan Utama. See... stall burger pon ada cawangan tau bukan McD je tau ada cawangan. hehehehe



Wednesday, May 15, 2013

Resepi : Mee Hoon Goreng Simple

Salam,
Macam biasa, aku nak kongsi resepi apa yang aku masak. Pantang memasak sekarang ni asyik nak masukkan je dalam blog. hehehehe... takpe la kan, mana la tau satu hari nanti aku lupa macam mana nak masak sesuatu tu, boleh la aku refer balik kat blog ni kan... hahahaha... boleh gitu????

Hari ni aku nak share resepi biasa-biasa je iaitu Mee Hoon Goreng... Mee Hoon goreng ni simple je. Selalu aku masak. Sebab Hencik Suami kureng sket makan nasi... so ini adalah salah satu 'makanan' dia....


Bahan-bahan


1 paket Mee Hoon - rendam dengan air panas lebih kurang 2 minit
lepas tu toskan. Kalau lama sangat kang masak melecur pulak mee tu karang.

1 paket tu aku masak untuk aku ngan Hencik Suami je makan.
ni confirm la untuk malam ni (ni aku buat malam tadi) dan untuk bfast esoknya...
Jangan membazir... masak banyak sket boleh 2-3 kali makan kan? heheheh
kalau la mee ni boleh tahan seminggu, agaknya berpek-pek aku masak sekalu gus.
boleh je kan dia tahan seminggu masuk je dalam esbok...
nak makan nanti panaskan la kan.. tapi macam tak syok pulak la kan hari-hari makan yang sama je...
kui kui kui

Bahan ni di kisar
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
25 batang lada kering - buang biji, rebus

Setengah kiub ayam Knorr

3 sudu makan kicap manis
3 sudu makan cili sos
2 sudu makan tomato sos
Sawi
Taugeh
Ikut korang la nak banyak mana. Aku suka taugeh banyak-banyak
200 gram udang - buang kulit kecuali ekor dia
200 gram sotong - siang dan bersihkan.
Ikur suka korang la nak siang macam mana
200 gram isi ayam
3 biji telur

Garam, gula dan aji secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara masak

1. Panaskan minyak
2. Masukkan bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak

3. Masukkan Kicap manis, cili sos, tomato sos, garam gula dan aji
4. Gaul lagi biar sekata


5. Masukkan segala rencah... ayam, sotong dan udang.
Kalau nak pakai rencah lain pon boleh. Daging, fish-cake atau apa saja la
Ini aje yang ada dalam esbok, so ini aje la yang aku taruk
6. Gaul lagi hingga rencah masak

7. Masukkan telur
8. Kacau sikit

9. Masukkan sayur
10. Gaul

11. Masukkan mee hoon
12. Gaul hingga semua sebati

Hasilnya..
Adoi.. aku memang fail la bab-bab menghias makanan untuk ambik gambar ni
hahahahah
ni pon aku tabur ngan bawang goreng je
bawang goreng buatan sendiri tau
memang nak kene improve la cara presentation aku ni kan
kalau orang tengok pon macam tak best je
macam tak sedap je...
hahahaha


Jemput makan semua!!!