Jom Click!

Sunday, April 14, 2013

Resepi : Nasi Lemak dengan Sambal Telur

Lama tak update blog ni. Hari ni aku nk share resepi çampak-campak aku masak nasi lemak dan sambal telur sempena hujung minggu ni.


Bahan-bahan untuk nasi lemak
4 pot beras (aku pakai beras wangi biasa je. kalau ada basmathi lagi sedap) - cuci sampai bersih
1 biji santan kelapa
1 biji bawang besar - di mayang
1 inchi halia - di hiris. kalau nk ketuk je pon boleh
3 helai daun pandan
air ikut sukatan korang la
1 sudu makan garam

Antara bahan-bahan

Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak dalam rice cooker. Senang....tinggal je


Bahan-bahan Sambal Telur

6-7 biji telur ayam - rebus dan goreng sekejap
200gm udang - buang kulit kecuali ekor (kalau letak banyak udang lagi best)
2 genggam lada kering - kisar
2 biji bawang besar - kisar
3 biji bawang putih - kisar
1 inchi halia - kisar
Air asam jawa
Garam secukup rasa
Aji secukup rasa
Gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak

Eksesari
Ikan bilis goreng
Kacang goreng
Timun

Cara-cara masak sambal telur

1. Panaskan minyak masak dan masukkan bahan kisar. 
2. Bila dah pecah minyak, masukkan garam, aji, gula dan asam jawa. Gaul sebati.
3. Masukkan udang
4. Macsukkan telur

Sedia di hidangkan

Siap... jemput makan




** Breakfast ngan nasi lemak, Lunch ngan nasi lemak, Tea break ngan nasi lemak, Dinner ngan nasi lemak, Supper pon ngan nasi lemak... mana la tak makin berlemak badan aku.....


No comments:

Post a Comment