Jom Click!

Monday, April 22, 2013

Novel : Suami Aku Ustaz - Hannah Dhaniyah

Salam,

Hari ni aku nk share satu lagi novel. Novel ni memang best. Tak rugi aku beli. Banyak pengetahuan dan ilmu yang aku dapat dari novel ni. Kasih sayang dan tanggungjawab seorang suami, kesetiaan seorang isteri dan ketaatan anak kepada ibu bapa.



Berulang-ulang kali aku baca novel ni. Memang tak jemu. Macam seronok je baca kisah rumahtangga Ustaz Hafiz dan Lisa. Mereka ni sepupu dan di kahwinkan sebab mak dan ayah Lisa nak pegi haji. Padahal Lisa ni masih bersekolah lagi di tingkatan 5. Kawin time nk ambik SPM tuuu... macam mana la Lisa tak pening kan. Lepas tu Ustaz Hafiz ni pulak mengajar kat sekolah Lisa. Ustaz pada Lisa pulak tu yang mengajar Pendidikan Islam. Dah la kat rumah menghadap muka suami, kat sekolah pon kena menghadap muka suami jugak. Lebih kurang macam kite kalau keje satu tempat dengan suami la kan... lepas muka dia, muka dia... lepas muka dia, muka dia... Memang dah nasib Lisa sebagai anak tunggal agaknya kan, sebab tu mak ayah Lisa kawin kan dia sebab takde orang nak tengok-tengokkan Lisa sepanjang mereka kerjakan haji. Nak tau kisah selanjutnya, sila dapatkan novel ni ye...

Tadi aku dok secing-secing kat Google sebab nk dapatkan gambar novel ni (malas nk ambik gambar sendiri punya pasal), tiba-tiba 'ter'dapat tau pulak yang novel ni bakal di filemkan. Saya suka!!! Saya suka!!!.



Filem pertama Nur ADP Sdn. Bhd (kepunyaan Adi Putra) sekarang ni masih di dalam process. Tapi ini info dari tahun 2012 la.. tak tau la apa status dia sekarang. Harap kite sabar menunggu ye dan semoga hasilnya memuaskan seperti dalam novel. Kalau cerita nak melencong pon di harap jangan melencong jauh sangat.


** Tengok kat Google macam Nora Danish yang akan pegang watak Lisa.  





No comments:

Post a Comment