Jom Click!

Tuesday, April 30, 2013

April ~ Birthday Reetha

Hari ni kami sambut birthday lagi sorang kawan kami. Amreetha Bee yang ke 31. Eh salah!.. semalam dia cakap birthday yang ke 13... last year baru ambik UPSR kan Reetha kan? hahahahah... Apa2 pon selamat hari jadi ye Reetha. Semoga panjang umur dan di murahkan reseki. Semoga jodoh cepat2 sampai...Amin

Kami makan2 kat Paparich je...aku sampai pusing-pusing sesat tak jumpa tempat... sabar je la..


Berposing ssementara menunggu order sampai


Posing2 lagi


Reetha dengan hadiah dari kami


Kek... sedap!!!


Takde sorang pon bawak lighter.. so takyah bakar lilin.. terus potong je.....


Asam Laksa... aku punya....


Noodle apa benda ntah nama dia.... Esa punya....


Kari Laksa...Kak Amy punya


Nasi goreng apa ntah... Wawa punya...

Kuey teow goreng...reetha punya...sorry tak sempat nak ambik gambar sebelum makan tadi...


Nasi Goreng apa ntah...Leyla punya... ni pon tak sempat nak ambik gambar sebelum makan.. bz melantak...


Licin kami bedal.... memang menuaskan makanan kat Paparich...
Ada pulak Calon Parlimen Tebrau (BN) makan kat sini jugak... tu yang dapat pamplet ni...


Tengah makan tiba2 Leyla dapat call dari Nany. Dia eksiden kat Kulai. Langgar motor katanya. Motor tu tiba2 je kluar. Dia tak dapat elak dan terlanggar motor tu. Nasib baik xde apa2 yang teruk... Hmm...harap2 Nany ok... kepada menunggang motor di luar sana, tolong la hati2 sikit. awak tu naik motor umpana mentimun... kene langgar awak teruk, awak langgar pon awak teruk...kami yang bawak kereta ni pulak yang susah hati sampai menangis2 kawan saya tu... kesian Nany.


** Keluar dari Paparich ada 2 orang inspector sahab tunggu kat luar. mungkin dorang berjaga2 takut ada rusuhan kot coz orang BN ada kat dalam...

Monday, April 29, 2013

Bekal untuk lunch harini

Salam Isnin semua,

Harini bangun lambat pulak. Tengah malam terjaga lepas tu tak leh tido. So masak simple2 je la untuk bekal ke tempat kerja harini. Masak sotong je. Goreng campak2 je. yang penting ada benda untuk di makan lunch nnt kan.


Ni je bekalan aku harini....



Sayur pon dah tak sempat nak masak.


** Jemput makan semua!


Thursday, April 25, 2013

Resepi : Jemput-jemput Kucai

Salam,

2-3 hari lepas aku baca satu cerpen kat Penulisan2u. Ada pulak cerita tu cakap pasal jemput2 kucai. Aku tanya la kawan aku sedap tak eh jemput2 kucai. Dia kata sedap. Hmm... teringin pulak nk bikin kan...

Ni resepi aku sendiri. Biasa la, jemput2 je pon. Masukkan la apa yg kite nak kan. So ni bahan2 yg aku gunakan....


Bahan-bahan

500gm tepung gandum - ayak
100gm ikan bilis - cuci dan blend / tumbuk (aku tak tumbuk pon coz aku guna ikan bilis yg halus)
Secekak daun kucai - potong setengah inchi / ikut suka
1 biji bawang besar - potong dadu
1 biji lada merah - potong dadu
1 sudu teh bikarbonat
Separuh kiub ayam Knorr
Garam secukup rasa
Air ikut basah
Minyak masak untuk menggoreng

Cara masak

1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk

2. Tambah air.
3. Gaul rata. Jangan cair sangat atau keras sangat.
** Kawan aku kata lepas process ni biarkan kejap. Biar bikarbonat tu bekerja (kembangkan). Tapi aku tak tunggu pon. Terus je goreng. Hihihihi


4. Panaskan minyak.
5. Jemput adunan tepung tadi dan masukkan kedalam kuali. Mungkin ada orang pakai sudu. Mana2 pon boleh la. Ikut kan keselesaan masing2

Ini hasilnya.
Jemput makan jemput2 kawan2.
Cecah ngan sos

** Sekilo pon boleh habiskan sorang kalau makan jemput2. Kawan aku cakap kalau letak udang lagi sedap.

Wednesday, April 24, 2013

Resepi : Ayam Masak Penang

Salam,

Hari ni aku nk share satu masakan dengan korang. Aku panggil masakan ni sebagai Ayam Masak Penang. Resepi ni aku dapat dari bapak aku. Bila aku tanya dia betul ke nama masakan ni Masak Penang, dia kata ntah... sebab kawan dia orang Penang yang ajar, katanya. Hahahaha...Aku ada jugak secing-secing kat Google resepi Masak Penang, memang ada. Tapi ada org panggil Masak Hitam ala Penang laaa, Masak Hitam laaa dan sebagainya. Kirakan betul la kot apa yang bapak aku namakan masakan ni. Wink! Wink!

Apa-apa pon ini versi bapak aku la. Mungkin agak berlainan sket ngan apa yang aku dapat dari Google tu. Biasa la, lain orang lain caranya kan.

Mari sama-sama kite tengok... Jom!!!


Bahan-bahan
Rempah tumis (kayu manis, bunga cengkeh, buah pelaga, bunga lawang)
Daun kari (tiada dalam gambar)

2 sudu makan rempah sup
3 sudu makan rempah kari

Campurkan dengan air. Gaul untuk jadikan paste

1 biji bawang besar - kisar
2 biji bawang putih - kisar
1 inchi halia - kisar
2 biji kentang - potong dadu
Karot - potong finger
5 sudu makan kicap manis
Garam, aji dan gula secukup rasa - jangan banyak sangat sebab dh letak kicap
3 sudu makan minyak masak utk menumis
Oh lupa bahan utamanya... Ayam.. aku nak masak sket je... dalam 3-4 ketul je

Cara Masak
1. Panaskan minyak dan tumis rempah tulis dan daun kari hingga naik wangi
2. Masukkan bahan kisar. Masak hingga naik minyak

3. Masukkan rempah paste.
Masak hingga naik minyak

4. Masukkan kentang dan sedikit air. Masak hingga kentang empuk.
5. Masukkan ayam dan karot.
6. Tambahkan air.
7. Bila dah mendidih, masukkan kicap, garam, aji dan gula.
** Warna akan menjadi hitam kerana kicap. Kalau agak2 warna tak cantik (kurang hitam) boleh tambahkan kicap

Biarkan hingga mendidih dan semua bahan sebati

Ini hasilnya.
Seperti biasa aku masukkan dalam bekas untuk bekalan aku ke tempat keje.
Hari ni aku tak makan dengan nasi. Aku cecah ngan roti je.. memang terangkat!!!


** Daging Masak Penang pon sedap




Tuesday, April 23, 2013

Resepi : Sup Bebola Ikan (Home Made) - Boyanese Style

Salam...

Hari ni aku nak kongsi satu resepi. Resepi ni ikut style orang-orang aku. Orang Boyan. Orang boyan ni makanannya simple-simple je. Tak perlu sedap-sedap sangat. Tak perlu mahal-mahal sangat. Yang penting kenyang. Tak iye toghellen? (Betul tak sedara?)

Bebola ikan ni aku buat sendiri. Mudah je.

Bahan-bahan bebola ikan

4 ekor ikan selayang. Ambil isinya saja.


4 sudu makan tepung ubi kayu
2 ulas bawang putih - tumbuk
Secubit serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Air ikut basah


Cara buat Bebola Ikan


1. Cuci ikan selayang tadi dan tumbuk
2. Masukkan bawang putih yang telah di tumbuk.
3. Masukkan garam dan lada sulah
4. Masukkan tepung ubi
5. Masukkan air
6. Gaul rata.
Pastikan adunan ini tidak terlalu keras
7. Jerang air di dalam periuk. Tunggu hingga mendidih


8. Uli adunan ikan tadi dan buat seperti yang aku buat dalam gambar di atas. Lepas dah jadi bulat macam tu, ambik dengan sudu dan masukkan kedalam air yang mendidih tu. Rebus hingga bebola ikan timbul. Macam masak kuih buah melaka, dah masak dia kan timbul.


Ini hasilnya. Sikit kan? cukup la untuk buat sup nnt.

Bahan-bahan Sup Bebola Ikan


Bebola ikan yang aku dah tunjukkan caranya dia atas.
Air rebusan bebola ikan


Kubis - potong kecik
Karot - potong finger


Setengah biji tomato - belah 4
Setengah biji bawang besar - hiris
1 biji lada merah - hiris


Setengah biji bawang besar - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
1/4 sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa
Aji secukup rasa

Setengah kiub pati ayam Knorr


Cara masak Sup Bebola Ikan
1. Panaskan air rebusan bebola ikan hingga mendidih
2. Masukkan bahan tumbuk. Biarkan rempah tu masak
3. Masukkan bebola ikan
4. Masukkan sayur-sayuran termasuk tomato, lada merah dan hirisan bawang
5. Masukkan garam, aji, lada sulah dan kiub ayam
6. Biarkan hingga sayur-sayuran masak


Ini hasilnya. Aku letak dalam bekas ni sebab aku nak bawak bekal pegi keje... hehehehe


** Sebenarnya aku terlupa nk beli daun sup. Tu yang macam pelik kan, masak sup tapi takde daun sup










Monday, April 22, 2013

Novel : Suami Aku Ustaz - Hannah Dhaniyah

Salam,

Hari ni aku nk share satu lagi novel. Novel ni memang best. Tak rugi aku beli. Banyak pengetahuan dan ilmu yang aku dapat dari novel ni. Kasih sayang dan tanggungjawab seorang suami, kesetiaan seorang isteri dan ketaatan anak kepada ibu bapa.



Berulang-ulang kali aku baca novel ni. Memang tak jemu. Macam seronok je baca kisah rumahtangga Ustaz Hafiz dan Lisa. Mereka ni sepupu dan di kahwinkan sebab mak dan ayah Lisa nak pegi haji. Padahal Lisa ni masih bersekolah lagi di tingkatan 5. Kawin time nk ambik SPM tuuu... macam mana la Lisa tak pening kan. Lepas tu Ustaz Hafiz ni pulak mengajar kat sekolah Lisa. Ustaz pada Lisa pulak tu yang mengajar Pendidikan Islam. Dah la kat rumah menghadap muka suami, kat sekolah pon kena menghadap muka suami jugak. Lebih kurang macam kite kalau keje satu tempat dengan suami la kan... lepas muka dia, muka dia... lepas muka dia, muka dia... Memang dah nasib Lisa sebagai anak tunggal agaknya kan, sebab tu mak ayah Lisa kawin kan dia sebab takde orang nak tengok-tengokkan Lisa sepanjang mereka kerjakan haji. Nak tau kisah selanjutnya, sila dapatkan novel ni ye...

Tadi aku dok secing-secing kat Google sebab nk dapatkan gambar novel ni (malas nk ambik gambar sendiri punya pasal), tiba-tiba 'ter'dapat tau pulak yang novel ni bakal di filemkan. Saya suka!!! Saya suka!!!.



Filem pertama Nur ADP Sdn. Bhd (kepunyaan Adi Putra) sekarang ni masih di dalam process. Tapi ini info dari tahun 2012 la.. tak tau la apa status dia sekarang. Harap kite sabar menunggu ye dan semoga hasilnya memuaskan seperti dalam novel. Kalau cerita nak melencong pon di harap jangan melencong jauh sangat.


** Tengok kat Google macam Nora Danish yang akan pegang watak Lisa.  





Sunday, April 21, 2013

Lunch Hari Ini - Sudut Selera Sri Cempaka

Hari ni aku tak masak untuk lunch sebab hencik suami kata nak tapau kat Kempas je. Aku pon ok je, macam la tak biasa tapau kan... kah kah kah...

Aku tak pernah pegi tempat ni. Ni la 1st time dia bawak aku. Itu pon dia kata member dia yang bawak dia datang tempat tu. Tempat tu kat Taman Cempaka, Kempas, Johor Bahru.

Ni la nama kedai makan tu

Bila sampai je... wahhhhh banyaknya lauk pauk pilihan! Saya suka!!! Saya suka!!! Memang rambang mata. Orang pon ramai. Mesti kedai ni memang dah popular kan, cuma aku je tak tau.. kikikiki

Lauk pauk yang ada

Sudut Ulam-ulaman. Sambal Tempoyak pon ada... musim durian la katakan...

Kat bawah ni lauk yang aku beli....
1. Seekor ikan jaket bakar. 
2. Kacang botol dan daun pegaga dengan sambal belacan. 

3. Ulam raja dengan sambal tempoyak. Aku kalau makan ulam raja ni bila ada sambal tempoyak je. Jadi tadi bila nampak sambal tempoyak, mata terus cari ada tak ulam raja. 

4. Ayam Black Pepper

5. Sambal goreng tempe.

Kami memang suka makan kering-kering macam ni. Jadi jangan pelik la bila takde satu pon lauk berkuah. 5 jenis lauk pauk semua ni di campaur dengan 2 kotak nasi putih hanya RM13.00... murah kan? Murah la kot.





** Memang puas makan lunch hari ni sebab dapat makan sambal tempoyak ngan ulam raja tu...




Novel : Biarlah YM Berbicara - Hanni Ramsul

Assalamualaikum

Aku memang suka baca novel atau cerpen. Nasib baik sorang kawan aku kenalkan aku dengan Penulisan2u. Satu laman web yang mengongsi pelbagai karya seni. Aku target cerpen dan novel je. Syair, sajak, puisi tu 'malam' sket heheheh.


Kat sini aku nk share satu novel yang pada mulanya aku baca di Penulisan2u tu. Tapi novel yang ni aku tak beli la. Sebab kawan aku dah beli, so aku pinjam dia punya je. hehehehe.





AKU cuma mampu tunduk, menyembunyikan wajah seboleh mungkin. Memang salah aku.
Takkan nak menjawab pula. Dia bos... aku ni?
“Awak ni kenapa? Ada masalah ke?”
Laju aku menggeleng sambil mempamerkan sedikit senyum yang tidak begitu manis. Apa lagi yang aku
mampu lakukan? Cuma senyum itulah buat menutup kecuaian sendiri.
“This is not the first time, you know? Hari ni dah tiga kali awak buat silap. Itu dengan saya, dengan orang lain,
tak tahulah! Cuba terus terang dengan saya, apa masalah awak sebenarnya?”
“Saya yang tak buat betul-betul. Memang salah saya. Maafkan saya Encik Firdaus. Lepas ni saya akan lebih
hati-hati…”
Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat aku hampir terduduk, di kerusi
di hadapannya. Sekali lagi aku tersenyum. Kali ini aku pasti akan rupa senyumanku. Senyuman gabra. Siapa yang tahan direnung jejaka sekacak Encik Firdaus?
“Saya keluar dulu ya, encik. Saya ambil file debtor yang encik minta tu.” Aku bersuara lemah. Hairan dengan
kecuaian sendiri. Kenapa perkara sebegini remeh pun, aku boleh silap?
Encik Fidaus diam. Dia memandangku dengan pandangan tidak mengerti. Perlahan aku menggaru kepala
yang tidak gatal. Cuba buang jauh-jauh perasan yang mula bertenggek di ranting jiwa. Janganlah pandang saya macam tu, encik. Perasan saya nanti! detik hatiku.
“Encik…” panggilku perlahan. Manalah tahu kalau-kalau Encik Firdaus sedang berangan. Tidak sedar sambil
berangan, matanya tertancap padaku. Aku tersenyum dalam diam.
“Hmmm… tak payah dulu. I nak keluar lunch. After lunch pass it to me. Okay!”
“Kalau macam tu, saya keluar dulu ya?”
Encik Firdaus mengangguk. Aku pula berundur perlahan. Tidak sabar untuk keluar dari bilik berhawa dingin yang tidak mendinginkan langsung itu! Cuma wajahku yang terasa pijar bila bertentang
mata dengan bos yang tampan itu.
“Diya…”
Langkahku terhenti. Terasa mahu gugur jantung tatkala mendengar Encik Firdaus memanggil namaku. Tidak
pernah dia memanggil singkatan namaku. Aku berpaling.
“Fail ni? This is not what I want. Isn’t? So, keep it back.”
Aku tersengih malu sambil mengangguk laju. Cepat aku mencapai fail yang dihulur oleh Encik Firdaus. Dan cepat
juga aku bergerak keluar dari bilik itu. Tidak sanggup untuk melihat senyum lucu Encik Firdaus.
Fail di tangan kuletak seketika di atas meja. Kejap lagilah aku simpan. Mataku tajam memandang skrin
komputer. Mencari-cari Window yang aku rindu. Tidak ada.
Aku mengeluh hampa. Mana dia pergi? Sudah hampir seminggu dia menghilang. Tidak mahu menjawab semua
pesanan yang aku titipkan. Marahkah dia padaku? Marahkah dia apabila terlalu sering aku menolak ajakannya untuk bertemu? Terdetik rasa hiba di hati. Terasa aku kehilangan sesuatu apabila tidak dapat membaca patah bicaranya di skrin komputer.
“Hei, Diya! Apahal?”
Aku tersentak. Mengerling sekilas pada teman di sebelah. Kemudian mataku terpaku kembali pada skrin
komputer.
“Bismillahirrahmanirrahim...” Perlahan aku klik pada ikon Yahoo Messenger di sudut skrin komputerku.
Melihat kalau-kalau dia online saat ini. Ada! Dia ada, tapi… kenapa pesanan dan sapaanku yang berbakul-bakul itu tidak dibalasnya? Sampai hati…. Sebak rasanya dadaku saat ini.
“Diya…”
Aku berpaling. Mengangkat kening tanda bertanya. Mulut terasa berat untuk kubuka. Sharifah tersengih.
“Apa hal?” soalnya sekali lagi.
“Apahal apa?” Soalannya kujawab dengan soalan juga. Tidak faham akan maksud pertanyaan teman sekerjaku
itu.

“Kenapa Encik Firdaus panggil kau?”
“Minta fail laaa.”
“Hari ni, dah empat kali dia panggil kau. Kenapa ek? Semenjak dua menjak ni… selalu sangat aku tengok dia
panggil kau.”
Aku tersengih. Mana tak selalu… aku asyik buat silap aja. Semuanya pasal mamat poyo yang tengah buat aku
sedih ni.
“Kenapa ek?” Sharifah bertanya lagi. Aku tidak terus menjawab. Masih menatap skrin
komputer di hadapanku. Mengharapkan ada keajaiban yang akan berlaku. Tak ada pun!
Aku sedikit terperanjat tatkala jemari Sharifah menolak perlahan bahuku. Aku menoleh. Sharifah
mengharapkan jawapan daripadaku rupa-rupanya.
“Entah… dia minat kat aku kut!” balasku selamba. Sebenarnya tiada mood untuk melayan celoteh Sharifah yang
memang tiada noktah itu.
“Ek hmmm…”
Suara itu membuatkan wajahku membahang. Aku tunduk memandang meja. Malunya! Kenapalah dia muncul
pada saat-saat ini? Kenapalah mulut aku cabul sangat? Ish, malunya aku!
Sharifah tersengih sambil mengetuk-ngetuk meja. Sengih yang mencabar kewibawaanku.
“Siapa yang minat kat awak?”
Aku mendongak perlahan. Dalam terpaksa, aku cuba untuk bertentang mata redup milik Encik Firdaus. Tak
guna punya mulut! Sanggup malukan tuannya sendiri. Lepas ni… kena hantar pergi sekolah ni. Ajar hormat tuan sikit.

“Errr… Mat Bangla kat production encik. Dia selalu kacau saya. Ha… betul tu… betulkan, Sherry,” ujarku
tergagap-gagap sambil memandang wajah Sharifah yang mengulum senyum.
Sharifah mengangguk laju menyokong kata-kataku. Sekali pandang, reaksi Sharifah nampak berlebih-lebih pula.
Encik Firdaus tersenyum manis. Aduh… dia tak tahu ke, senyumannya tu boleh buat orang tergoda?
“Tak keluar lunch ke? Jomlah, saya belanja,” pelawanya sambil tersengih.
“Errr... tak apalah! Dah kenyang encik…”
“Sharifah?”
“Encik belanja?”
“Yes. All on me. Jom la, ajak staf lain sama. And you… Diya, jom la!”
“Saya betul-betul kenyang. Terima kasih.”
“Sure?”
“Yes!”
“Kalau macam tu, nak buat macam mana, ya tak? Agaknya, tunggu Mat Bangla awak belanja ya?” gurau Encik
Firdaus.
“Eh, mana ada… tak adalah!” jawabku malu-malu. Sejak bila pula Encik Firdaus pandai bergurau dengan staf ni?
Ish… musykil betullah! Agaknya hati tengah senang kut?
“Sharifah… shall we?”
Sharifah mengangguk sambil mengangkat punggung.
Encik Firdaus bergerak ke ruangan penyambut tetamu.

Sharifah pula berlari-lari kecil sambil tersengih memandangku. Aku mengeluh perlahan sambil menongkat
dagu. Mataku kembali kaku memandang Yahoo ID yang kurindu. Manalah dia pergi? Kenapalah dia buat aku macam ni? Tidak tahukah dia betapa beratnya beban rindu yang kutanggung saat ini? I miss you sayang!!! jerit hatiku tibatiba. Sayang? Siapalah sayang tu? Hesy! Memang aku dilanda 
perasaan tahap kronik ni. Kalau dibiarkan boleh melarat jadi sakit jiwa ni. Tak nak!!!



** Beli....jangan tak beli ye....


Friday, April 19, 2013

Ainul Mardhiah


Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga.. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb).
Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Kisah…….

‘Ainul Mardhiah (mata yang diredhai) merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi ketika nabi memberi kata-kata semangat di  kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah, katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut…. tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.
Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi… tidur bersama-sama)
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya di manakah dia… lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah… lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia… di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu… tak pernah dilihat didunia ini… lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah… wanita itu menjawab ehh tidakk… saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai…lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab…eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini…ainul mardiah ada di atas mahligai sana,….. lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan. .. lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua…. dan tak pernah dia lihat di dunia…. lalu wanita itu berkata… akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku…. bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab… nantiii kamu belum syahid lagiiii….. .tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW… tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi… dalam menceritakan itu nabi menjawab benar… benar…benar. .. dalam sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga….

subhanallah..

Sunday, April 14, 2013

Resepi : Karipap Sardin dan kentang

Dari semalam teringin nak makan karipap buatan sendiri. Kalau aku buat karipap inti selalunya sardin la. Hmm... dah lama tak makan sardin sejak mengandung ni. Tak pe la, makan sebagai inti karipap ok kot. hehehe.. bukan apa, kawan-kawan selalu cakap makan sardin ni tak bagus nak-nak untuk pompuan mengandung ni....

Bagitau hencik suami aku nk buat karipap sardin, dia lagi la suka. Memang febret dia. So aku pon nyengseng lengan la buat karipap petang tadi.


Bahan-Bahan Inti

1 tin kecil Sardin
3 biji kentang - potong dadu
3 biji bawang besar - di mayang
3 biji bawang putih - potong dadu
1 inchi halia - potong dadu
2 biji lada merah - di hiris halus
Garam secukup rasa
Aji secukup rasa
Air asam secukup rasa
2 sudu minyak 
2 tin sardin air

Cara masak

1. Panaskan minyak. Masukan bawang besar, bawang putih, halia dan lada merah. Masak hingga layu
2. Masukkan kentang.
3. Masukkan Sardin. Masukkan 2 tin air (sukat pakai tin sardin). Aku pakai kentang kuning sebab tu aku letak 2 tin air. Kalau aku pakai kentang putih aku pakai 1 tin je. Kentang kuning lebih keras dari kentang putih.
4. Masak hingga air kering

Gambar ni anak aku yang ambik. Aku lupa nak ambik gambar. Ni pon dah nak habis aku pakai. 

Bahan-bahan kulit karipap

400gram tepung gandum
3 sudu makan majerin
1 sudu teh garam
Air sejuk (aku letak ice cube campur air)
Mintak untuk menggoreng

Cara-cara buat kulit 

1. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk.
2. Masukkan majerin dan garam. Gaul sebati.

Tepung yang di gaul dengan majerin dan garam

3. Masukkan air. Gaul hingga menjadi doh lembut

Dah jadi doh

4. Terap bulat. Letakkan inti dan klem.

Sebahagian yang dah siap

5. Panaskan minyak. Goreng dengan minyak perlahan. Jaga minyak supaya tidak terlalu panas. Kalau minyak panas sangat time nak masukkan karipap ke dalam kuali, karipap akan menggerutu macam bulan daaaa

Dah siap


** Makan cecah sambal telur balance sambal nasi lemak semalam. Sedap!!!