Jom Click!
Tuesday, August 27, 2013
Kembali Bekerja
Fuh!!! Habis jugak masa cuti bersalin aku. Mungkin orang lain nak lagi cuti panjang-panjang. Tapi aku pulak tak sabar-sabar nak naik keje. Stress aku duduk rumah lama-lama. Biar la aku buat keje kat kilang tu dari duduk rumah.
Sebenarnya duduk rumah lagi penat. Nama je 'duduk rumah' tapi aku nak duduk pon 'malammm sket'. Ada je benda nak buat. Macam tak pernah habis kerja kat rumah ni. Tak berhenti-henti aku buat keje, yang herannya.. tak pernah kemas-kemas pon rumah aku... asyik berkecahhhh je.... hahahaha...
Memang aku salute la surirumah sepenuh masa yang tahan duduk rumah kan. Aku baru 2 bulan duduk rumah dah mengeluh macam apa.
Cuma pagi tadi masa nak tinggal di kecik tu kat rumah babysitter agak risau jugak la. Sebab dia memang selalu 'menolak' bila aku kasi susu dalam botol. Puting kosong pon dia tak nak. Tak tau la mana silapnya. Berbanding dengan kakak dia dulu, ok je kasi susu botol atau puting kosong.
Tak pe la dik, biar la adik buat bonda risau time adik kecik ni. Jangan buat bonda risau bila adik dah besar nanti ye. Bukan senang nak jaga anak perempuan kan. Aku ada 2 orang pulak tu. Semoga aku tabah.
Labels:
Celoteh Aku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment