Jom Click!

Wednesday, April 30, 2014

Apa khabar semua?

Assalamualaikum,

Lama betul aku tak update blog ni. Dekat sebulan kot. Sangat sibuk di samping tiada bahan untuk di kongsi. Sibuk dengan kerja, sibuk dengan urusan rumah, sibuk dengan urusan anak-anak memang tak terlayan. Dengan penatnya badan lagi... hmmm... perlu mencari masa untuk diri sendiri kan? Tapi perlu ke? hahahaha...




Bulan lepas banyak juga isu-isu gempak berlaku di dalam negara. Di luar negara tak usah la aku ambik kisah sangat sebab isu di sekeliling aku je pon tak terlayan, kannnn? 8hb Mac 2014 negara gembar dengan kehilangan pesawat MH370 yang sampai ke hari ni pon masih belum dapat di kesan. Usaha mencari masih di lakukan di Lautan Hindu dengan bantuan negara jiran terdekat dan juga kuasa-kuasa besar tapi masih menemui jalan buntu.

Kemalangan bas pon macam berantai jugak. lepas satu kemalangan, di ikuti kemalangan yang lain dan ada juga mangsa pelancong dari negara luar. Memang dugaan untuk kite semua. Tapi macam biasa la, bila satu kejadian berlaku, banyak betul key-board warrior. hihihi.. aku pon pernah kene hentam jugak. Padahal aku cuma komen pasal ombak yang mengganas kat Lautan Hindi tu. Ramai jugak la yang suruh aku jadi sukarelawan membantu mencari pesawat tu.. adoiiii... apa lah dorang ni kan?






Baru beberapa President Amerika Syarikat mengakhiri lawatannya ke Malaysia. Banyak juga tempat yang beliau pergi termasuk Masjid Negara dan Makam Pahlawan. Dua tiga hari ni timbul pulak spekulasi mengatakan kehadiran Obama 'ada makna' pulak. Tok Najib jual aset negara kata dorang. Ntah la aku pon malas nak ambik pot. Kalau betul apa yang di kata aku cuma mampu berdoa semoga tiada apa-apa bencana berlaku ke atas Malaysia.

Setiap yang berlaku ada sebabnya. Baik buruk sapa kita untuk mengatakan apa-apa? Biar la mereka-mereka yang bertanggungjawab yang menyelesaikan masalah ni semua. Kita dengan kehidupan kita yang belum tau macam mana nanti saja. Kenapa sampai nak fikirkan masalah negara, kannnn?


** Aku banyak benda nak fikir, so yang lain-lain malammmm sket


Friday, March 28, 2014

Petua Imam Syafie


4 PERKARA

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara merosakkan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangkan kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR

1. Tidur para nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi

2. Tidur para ulama & ahli ibadah
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam

3. Tidur para raja yang haloba
Mring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak di makan

4. Tidur syaitan
Menelungkup / tiarap seperti tidurnya ahli neraka


Monday, March 10, 2014

Resepi : Shepherd Pie

Salam

Harini aku nak share resepi yang aku buat beberapa hari lalu
Dah seminggu kot dia duduk dalam draft ni
Tak sempat-sempat nak update
Hari ni ada free sket tu yang aku gunakan untuk update blog aku ni

Shepherd Pie ni febret Fiqa
Asalnya dia makan best fren aku punya yang berniaga kat Pasar Tani kat Larkin setiap Sabtu
Kalau nak rasa kawan aku punya boleh la cari gerai dia Mama Best Cookies
Nama je Mama Best Cookies tapi macam-macam dia jual
Kek, Cheese tart, Egg Tart dan macam-macam selain cookies untuk raya

Aku search kat internet resepi Shepherd Pie ni dan tokok tambah dan kurangkan untuk jadikan sesimple mungkin untuk percubaan pertama ni
Ok.. Jom r kite tengok aku masak pulak



1kg kentang
Rebus
Buang kulit
Lenyek kentang tu



1 cawan susu penuh krim
Masukkan ke dalam kentang lenyek tadi.
Lenyek / Gaul lagi hingga sebati



1 sudu makan butter
Pepper & Garam
Masukkan la sesuka hatimu
Lenyek / gaul lagi hingga sebati

Siap
Ketepikan


Bahan-bahan inti

400 gram daging kisar
Aku pakai Ramly punya je
Senang


Bawang Besar
Bawang Putih
Potong dadu


Panaskan minyak + 1 sudu butter untuk menambahkan aroma
Masukkan bawang besar dan bawang putih yang di potong dadu.
Bila bawang layu masukkan daging kisar



1 tin Sos Traditional Prego
Masukkan ke dalam periuk bila daging dah masak




1 tin Cendawan
Di hiris halus



Masukkan cendawan ke dalam periuk
Gaul...biar mesra la konon kannnn



Masukkan Black Pepper




Masukkan Oregano

Masukkan Garam dan serbuk perisa kalau korang rasa nak tambah.
Rasa la dulu kan.
Mana la tau tawar ke masin ke
Ikut citarasa masing-masing


Inilah adunan kentang dan inti



Griskan loyang dengan margerin
Masukkan inti



Taburkan mozarella cheese
Kalau tak nak letak cheese pon takpe
Ada juga yang letak sos putih
Aku tak sempat nak buat
Nantilah, di lain kesempatan aku buat lah ok

Masukkan adunan kentang di atas inti tadi
Ada juga orang buat tabur mozarella cheese kat bahagian atas ni
Tapi aku tak letak sebab aku nak rasa ke'pure'an dia la... kononnnnn
Hahahahah



Bakar dalam oven
100°C selama 40 minit
atau sehingga kentang keperangan



 
Aku tapau untuk sarapan ke tempat keje
Macam biasa, aku ni tak geti nak solek hidangan aku lagi
Hahahahah





Monday, March 3, 2014

Resepi : Oreo Cheese Cake


Hari ni aku nak share satu resepi yang pada aku sangat best.
Maklum la tak pernah buat
So memang happy sebab 1st time buat dan menjadi
Walaupon rupa dia tak la berapa cun tapi sedap dia tahap Secret Recipe memang superb
Heheheheh

Meh r tengok aku buat


Ni superstar kite ye
Macam-macam biskut aku campur
Hahahaha
Buang inti dia ye


30 Keping biskut di blend halus
Setengah cawan Butter di cairkan
Aku panaskan atas api je
Aku punya springform besar so aku pakai lebih dari 30keping
So kirakan di perlukan secukupnya la ye
  

Biskut yang di blend dan butter cair tadi di adun dan di tekap pada springform macam ni
sebagai base of the cake.
Springform tu di alas dengan baking paper dan di gris di sekelilingnya

Ok...ke tepikan springform ni dulu. Kita buat adunan kek pulak ye.
Sementara tu boleh la panaskan oven

 

500 gram Cheese Cream


 
½ Cawan gula halus



1 sudu teh esen vanila
Aku sukat pakai penutup botol tu je



Campur semua bahan tadi
Putar dengan kelajuan sederhana hingga sebati



2 biji telur
Masukkan satu persatu



½ Cawan Yogurt
Yogurt yg Natural je k
Bukan yang Stawberry
Bukan yang mixfruit
Kang lain pulak rasa dia kannnnn



Masukkan 1 cawan biskut oreo yang di patah-patahkan



Gaul adunan dengan spatula



Masukkan adunan ke dalam springform tadi
Yang dot-dot coklat tu aku campurkan 1 sudu teh serbuk coklat dengan saki baki adunan kek ni
Kemudian aku curahkan sesudu-sesudu kat atas adunan tu macam dalam gambar tu la



Kemudian hias la sesukamu
Memang tangan aku ni tak cun betul la bab menghias ni
Nak buat bentuk bulat jadi macam petak
kannnnnnnn



Lupa nak bagitau, springform ni kene balut dengan aluminium foil ye



Bakar dengan cara bake-bath selama 45 minit dengan 170°C
Api atas bawah
Lepas 45 minit gunakan api bawah sahaja
Bahagian atas tutup dengan aluminium foil
untuk elakkan warna kek perang

Aku kan degil
Tak nak dengar cakap cikgu
Aku tak tutup dengan aluminium foil
Memangggg perang kaler dia...
ngehhh ngehhh ngehhhh



Sejukkan dalam peti sejuk



Dah bukak springform
Rupa memang tak cantik kan?
Macam aku cakap, aku pakai springform size yg besar so kek jadi nipis
Tapi rasa dia memang sedap
Tq pada Ana kerana share resepi


Gambar dah potong tak cun pulak aku nak tunjuk
Next round aku tunjuk k...
Hehehehehhe


Tuesday, February 25, 2014

Thea at 19th World Kite Fastival 2014, Pasir Gudang



Aritu sorang kazen aku, Ain Whatsapp aku.
Ingat dia nak apa, rupa-rupanya dia nak pinjam Si kecik Thea
Hehehehe
Alahai
Takut pulak menyusahkan dia
Dia kata dia tak kisah
Hmmm dah dia tak kisah aku lagi la tak kisah
Kebetulan aku ada lunch date dengan kawan-kawan aku so memang umpama pucuk di cita, ulam yang datang ni

So pagi Ahad tu pag-pagi lagi adik aku ni dh sampai rumah nak ambik Thea.
Cepat-cepat aku siap-siapkan dia
Mandi bersih-bersih
Powdaaa banyak-banyak biar mangiiiii...

Si kakak menahan hati je tengok Aunty dia bawak Si kecik
Bukan Aunty tak nak bawak Fiqa sayang.... Tapi Fiqa kan sekolah
Tu la kesian kan budak-budak sekarang hari Ahad kene sekolah

Lepas hubby Ain balik keje tengahari tu baru dorang pegi ke Bukit Layang-layang, Pasir Gudang.
Aku memang malas nak layan benda-benda macam tu sebab sure jem.. sure parking susah
Biarkan dorang ni bawak anak aku merasa pergi tengok layang-layang walaupon anak aku tak paham apa-apa lagi... ngehhhh ngehhhh ngehhhh
Jom kite layan gambar-gambar mereka!!!


Poster tahun ni.
Kebetulan tahun ni adalah Tahun Melawat Malaysia kannnnn



Dalam kete
Dengan Aunty Ain




Alahai duduk bersimpuh
Ayunya anak bonda
Hehehehe
Semangat JDT ni


 
Memang ada tokoh jadi Mummy Daddy Thea
Hehehehe



Aunty-aunty Thea yang cun



Peaceeeee


Time balik la ni
Kepenatan
Bila dia dah penat macam ni tido malam aku pon nyenyak
Hehehehe