Jom Click!

Monday, March 3, 2014

Resepi : Oreo Cheese Cake


Hari ni aku nak share satu resepi yang pada aku sangat best.
Maklum la tak pernah buat
So memang happy sebab 1st time buat dan menjadi
Walaupon rupa dia tak la berapa cun tapi sedap dia tahap Secret Recipe memang superb
Heheheheh

Meh r tengok aku buat


Ni superstar kite ye
Macam-macam biskut aku campur
Hahahaha
Buang inti dia ye


30 Keping biskut di blend halus
Setengah cawan Butter di cairkan
Aku panaskan atas api je
Aku punya springform besar so aku pakai lebih dari 30keping
So kirakan di perlukan secukupnya la ye
  

Biskut yang di blend dan butter cair tadi di adun dan di tekap pada springform macam ni
sebagai base of the cake.
Springform tu di alas dengan baking paper dan di gris di sekelilingnya

Ok...ke tepikan springform ni dulu. Kita buat adunan kek pulak ye.
Sementara tu boleh la panaskan oven

 

500 gram Cheese Cream


 
½ Cawan gula halus



1 sudu teh esen vanila
Aku sukat pakai penutup botol tu je



Campur semua bahan tadi
Putar dengan kelajuan sederhana hingga sebati



2 biji telur
Masukkan satu persatu



½ Cawan Yogurt
Yogurt yg Natural je k
Bukan yang Stawberry
Bukan yang mixfruit
Kang lain pulak rasa dia kannnnn



Masukkan 1 cawan biskut oreo yang di patah-patahkan



Gaul adunan dengan spatula



Masukkan adunan ke dalam springform tadi
Yang dot-dot coklat tu aku campurkan 1 sudu teh serbuk coklat dengan saki baki adunan kek ni
Kemudian aku curahkan sesudu-sesudu kat atas adunan tu macam dalam gambar tu la



Kemudian hias la sesukamu
Memang tangan aku ni tak cun betul la bab menghias ni
Nak buat bentuk bulat jadi macam petak
kannnnnnnn



Lupa nak bagitau, springform ni kene balut dengan aluminium foil ye



Bakar dengan cara bake-bath selama 45 minit dengan 170°C
Api atas bawah
Lepas 45 minit gunakan api bawah sahaja
Bahagian atas tutup dengan aluminium foil
untuk elakkan warna kek perang

Aku kan degil
Tak nak dengar cakap cikgu
Aku tak tutup dengan aluminium foil
Memangggg perang kaler dia...
ngehhh ngehhh ngehhhh



Sejukkan dalam peti sejuk



Dah bukak springform
Rupa memang tak cantik kan?
Macam aku cakap, aku pakai springform size yg besar so kek jadi nipis
Tapi rasa dia memang sedap
Tq pada Ana kerana share resepi


Gambar dah potong tak cun pulak aku nak tunjuk
Next round aku tunjuk k...
Hehehehehhe


No comments:

Post a Comment