Jom Click!

Tuesday, March 3, 2015

Persatuan Belia Saudagar Selatan

Salam...

Dah lama sangat aku tak update blog ni. Kerana kekangan masa dan aktiviti harian menyebabkan aku lupa nak jengok blog ni. Sampai aku macam terlupa yang aku ada blog yang sepatutnya aku update. Aku lupa pada 'Aku Janji'ku sendiri. Maafkan aku ye blogku...

Hari ni aku nak cerita sikit. Aku nak kongsi, dan aku nak ia menjadi kenangan yang bersejarah dalam lembaran hidup aku. Awal tahun ini aku menghadiri kursus keusahawanan. Sangat bertuah rasa menjadi salah seorang peserta kursus. Johor's Youth Entrepreneur Project adalah projek sulong Persatuan Belia Selatan. Banyak ilmu yang aku timba. Dengan berseragam sekolah, penuh semangat semua ahli mempelajari apa yang di sampaikan oleh 'cikgu-cikgu' kami.



Aku memang la degil. Pada mulanya pelbagai alasan aku ajukan pada persatuan untuk mengelakkan diri dari berpakaian seragam sekolah. Tapi ketegasan Cik Presiden kami, Cik Suraya maka terpaksalah aku mengalah. Cuak jugak aku takut takde saiz nak beli baju sekolah kan... nasib baik la ada saiz.. so kirakan aku ni takde la sasa sangat kan... hahahah



Dalam dewan.
Betul-betul macam dalam kelas, kan?


Bermula jam 8am kami register dan berakhir jam 5pm selama 3 hari kami belajar mengenai pelbagai perkara berkenaan keusahawanan. Ia merangkumi pelbagai perkara seperti perbankan, pendaftaran, cukai dan sebagainya.

Hasil projek berkumpulan.
Kumpulan F bergambar bersama Pengerusi Persatuan Belia Saudagar Selatan,
Cik Suraya Mohamed

Muka-muka usahawan berbaju sekolah

Hari kedua kami mengenakan T-Shirt Persatuan

Building Relationship!
Creating Healthy Business Communities!
- Saudagar Selatan -


Saya bersama Shasha,
pemilik Kimyana House of Confectioneries

Saya bersama sebahagian 'pelajar perempuan'


Bergambar bersama tenaga pengajar dari Jauhar Consultancy
'Terima kasih cikgu!!!'



Bergambar beramai-ramai bersama pelajar.
Turut serta bergambar ialah Dato Zulkurnain Kamisan, Exco Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor dan Tuan Abdul Aziz Bin Abdul Rahman, Pengarah Belia dan Sukan Negeri Johor




Nantikan update kursus kedua kami!!!

















Sunday, November 9, 2014

E-Day my kazen

Salam...

Semalam 8hb Nov 2014 adalah hari bersejah dalam hidup seorang kazen aku. Dah jadi tungan orang. Tahniah pada Yuni Sulhan. Kak Ein doakan semoga kekal hingga kekal ke jinjang pelamin.

InsyaAllah majlis perkahwinan akan di adakan pada bulan Mac 2015... lagi beberapa bulan je lagi ni.

Jom layan gambar kenangan majlis semalam
Cantik Yuni di samping tunangnya, Ijan

Gaya yg manis dari orang berdarah manis... hihihi

Yuni bersama adik beradiknya.
Lima orang... Lima-lima perempuan semua kazen aku ni....

Perbincangan dua keluarga untuk menyatukan dua hati

Sebahagian hantaran dari pihak lelaki

Sempat berposing pulak mereka berdua ni. Sporting pulak bakal adik ipar aku ni... hihihi 












Thursday, October 23, 2014

Panjang umurnya serta mulia

Assalamualaikum semua...


Selamat pagi semua!!! Dah lama sangat tak update blog aku ni. So hari ni aku nak update gambar-gambar harijadi aku yang lepas. Fuhhhh lama betul dah kan... Tapi takpe la, bila dah tersimpan kat blog ni maknanya insyaallah boleh la tak kan kemana. Kalau simpan kat hp aku tu, memang alamatnya boleh hilang la...

 


Ni kawan-kawan aku kat ofis konon-konon buat satu kejutan kat aku.
Terima kasih la adik-adikku sekalian
Tahun depan terkejutkan lah aku lagi ok
Hahahahah


Beberapa hari sebelum tu, Hencik Suami belanja kami sekeluarga makan. Kat mana lagi... VIVO la... Kali ni kami try makan kat tempat baru pulak iaitu Vivo Setia Tropika. Terima kasih ye Hencik Suami. Semoga rezeki awak bertambah hihihihi

Ni antara menu yang kami makan
Fiqa tak habis-habis dengan Fish & Chips dia
Takpe la.. sekurang-kurangnya dia takde la mintak nasi telur dan kicap kannnnn
hahahahaha


Umur dah bertambah lagi setahun
Alhamdulillah
Terima kasih Ya Allah atas kurniaan-Mu pada hamba-Mu ini
Semoga aku menjadi yang lebih baik dari yang dahulu
Amin


Monday, August 25, 2014

Kacang Bendi Masak Celok - Boyanese Style

Salam Semua,

Sejak Thea dah tak makan bubur ni, aku kene selalu masak sayur atau lauk berkuah yang tak pedas. Bukan saja untuk Thea, tapi untuk si kakak Fiqa yang memang takut makan pedas. Pada ibu-ibu yang mengalami masalah macam aku ni, boleh la cuba resepi aku ni k. Resepi ni memang makanan Orang Boyan... ops sorry... start dari sekarang, aku nak tukar perkataan 'Boyan' kepada 'Bawean' setelah di sarankan orang tua2 aku. Bukan apa, untuk hilang menghilangkan Bawean itu sendiri sebab kite generasi muda ni lah yang kene mengekalkan keBaweanan kita... begitu lah kata mereka.

Baik lah, tanpa membuang masa jom tengok resepi aku yang sangat-sangat mudah.


Bahan-Bahan

Bawang merah
Lada merah
Lada merah tak perlu banyak sangat supaya tak pedas.
Nama pon untuk budak-budak
Kalau masak untuk orang dewasa boleh la kasi lebih sikit


Tumbuk bahan tadi

Air asam
Nama pon masak celok kan, mesti la rasanya celok
Celok = Masam

Lengkuas di titik

Kacang bendi
Biasanya aku cuci dulu sebelum potong
Sebab kalau potong dulu baru cuci kang berlendirrrrr

Potong kacang bendi yang dah di cuci seperti di atas

Garam
Aji
Gula



Cara Masak

Rebus air di dalam periuk sehingga mendidih


Masukkan bahan yang telah di tumbuk tadi


Masukkan kacang bendi
Masukkan lengkuas yang di titik tadi
Masukkan air asam
Masukkan garam, aji, dan gula secukup rasa


Siap di hidang
Rasa dia ada masam, manis sikit dan masin
Kalau makan dengan nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan fuhhhhhh gerenti bertambah aku makan


Seperti biasa setiap yang aku masak mesti ada cikgu kan...
Terima kasih pada makcik aku, Bik Marhoma, mak kepada my kazen Qinn Nana












Tuesday, July 22, 2014

Resepi : Biskut Coklat Chip

Assalamualaikum,

Dah lama aku tak kongsi resepi kan? Sebab aku dah lama tak masak hahaha... sempena nak raya ni, aku ingat aku nak kongsi satu resepi biskut raya. Biskut ni sebenarnya kegemaran Hencik Suami aku, tapi ni la 1st time aku buat. Kenapa? Sebab sekarang kan dah ada oven, jadi kena lah buat kan. Sebelum ni makan kat rumah mil and sil je.

Dari dengar aku berceloteh, baik tengok resepi aku kan? Jom....

Bahan-bahan

2 buku butter
Terima kasih pada makcik aku.. Cik Caca sebab bagi aku butter ni
Hihihi...
Yang sebenarnya mak cik aku kat Singapore yang kasi dia... thank you Cik Luk
ada jugak hasilnya aku buat biskut ni kan.... hihihi


4 Biji Telur
Oleh kerana aku pakai telur size kecik, so aku pakai 5 biji


2 Cawan gula perang

1 cawan gula halus

 
1 kg tepung naik sendiri


1 sudu teh esen vanila
Macam biasa, aku letak 1 penutup botol ni je.
Garam secukup rasa....syarat je


500 gram coklat chip
Lebih kurang 4 cawan kalau aku sukat pakai cawan
Ni aku pakai coklat chip yang kecik2
Terpulang la pada korang nak pakai size yg mana ok


250 gram Kacang atau Badam hancur
Aku guna badam... ikut la selera masing-masing ye

 

Cara buat 

1. Masukkan Butter, gula perang dan gula halus dalam bekas dan pukul hingga sebati


2. Masukkan telur satu persatu
Macam biasa...aku kan Tanggang... memang tak degil..
tak ikut resepi.. aku main letak semua je... hahahha
putar lagi hingga sebati

 
3. Masukkan esen vanila dan garam
Gaul lagi

 
4. Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit.
Kacau dengan spatula

 
5. Sememeh tepung aku kan... pakai mangkuk kecik sangat
Ye la.. nama pon 1st time buat so tak dapat agak mangkuk tu muat ke tak dengan adunan ni


6. Masukkan Coklat Chip
Gaul


7. Masukkan Badan hancur
Aku ke mangkuk yg lebih besar
hmm.. macam-macam kannnn

8. Tukar lagi ke mangkuk yang lebih besar
Hahahah...
Gaul sebati
Meriah coklat chip dia kan?
Mana tak nya.. setengah kilo tuuuu


9. Jemput-jemputkan di atas loyang
Jangan besar sangat sebab nanti dia kembang
Agak-agak la ye...


10. Bakar dalam oven yang telah di panas dulu dengan kepanasan
150°C selama 20 minit atau hingga biskut keperangan


 
11. Bila dah masak, biarkan hingga sejuk di atas loyang supaya tak lemau.

 
Sedia di hidang



** Terima kasih pada biras aku, Kak Suriayati Rajab sebab bagi resepi.... memang terbaik la Kak Suri... Thank you sifu


 




Monday, July 7, 2014

Alhamdulillah

Salam...

Dah lama sangat aku tak update blog aku ni. Ntah apa yang aku sibukkan, kan? Hihihi... Harini dah masuk hari ke-9 kita berpuasa. Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Berpuasa kepada rakan-rakan dan saudara mara aku.


Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi kesempatan untuk aku hidup, menghirup udara segar di bumi-Mu. Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi aku peluang merasa kasih sayang-Mu