Salam...
Dah lama sangat aku tak update blog ni. Kerana kekangan masa dan aktiviti harian menyebabkan aku lupa nak jengok blog ni. Sampai aku macam terlupa yang aku ada blog yang sepatutnya aku update. Aku lupa pada 'Aku Janji'ku sendiri. Maafkan aku ye blogku...
Hari ni aku nak cerita sikit. Aku nak kongsi, dan aku nak ia menjadi kenangan yang bersejarah dalam lembaran hidup aku. Awal tahun ini aku menghadiri kursus keusahawanan. Sangat bertuah rasa menjadi salah seorang peserta kursus. Johor's Youth Entrepreneur Project adalah projek sulong Persatuan Belia Selatan. Banyak ilmu yang aku timba. Dengan berseragam sekolah, penuh semangat semua ahli mempelajari apa yang di sampaikan oleh 'cikgu-cikgu' kami.
Aku memang la degil. Pada mulanya pelbagai alasan aku ajukan pada persatuan untuk mengelakkan diri dari berpakaian seragam sekolah. Tapi ketegasan Cik Presiden kami, Cik Suraya maka terpaksalah aku mengalah. Cuak jugak aku takut takde saiz nak beli baju sekolah kan... nasib baik la ada saiz.. so kirakan aku ni takde la sasa sangat kan... hahahah
Dalam dewan.
Betul-betul macam dalam kelas, kan?
Bermula jam 8am kami register dan berakhir jam 5pm selama 3 hari kami belajar mengenai pelbagai perkara berkenaan keusahawanan. Ia merangkumi pelbagai perkara seperti perbankan, pendaftaran, cukai dan sebagainya.
Hasil projek berkumpulan.
Kumpulan F bergambar bersama Pengerusi Persatuan Belia Saudagar Selatan,
Cik Suraya Mohamed
Muka-muka usahawan berbaju sekolah
Hari kedua kami mengenakan T-Shirt Persatuan
Building Relationship!
Creating Healthy Business Communities!
- Saudagar Selatan -
Saya bersama Shasha,
pemilik Kimyana House of Confectioneries
Saya bersama sebahagian 'pelajar perempuan'
Bergambar bersama tenaga pengajar dari Jauhar Consultancy
'Terima kasih cikgu!!!'
Bergambar beramai-ramai bersama pelajar.
Turut serta bergambar ialah Dato Zulkurnain Kamisan, Exco Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor dan Tuan Abdul Aziz Bin Abdul Rahman, Pengarah Belia dan Sukan Negeri Johor
Nantikan update kursus kedua kami!!!
No comments:
Post a Comment