Alhamdulillah... Selesai sekali lagi menghadiri kursus anjuran Persatuan Belia Saudagar Selatan. Kali ini di EDC, Bandar Baru Uda Johor Bahru, Johor.
Sekali lagi kami seramai 60 orang di beri tunjuk ajar mengenai perniagaan. Kali ni dengan tajuk Jihad Belia Islam. Mengenai bagaimana perniagaan dalam islam. Tatacara dan peraturan, adap dan tatasusila berniaga. Berniaga cara nabi dan para sahabat serta jutawan2 saudagar islam yang berjaya. Mereka-mereka yang berjihad dengan harta kekayaan mereka untuk agama.
Tersentuk hati, tersentak fikiran dengan apa yang di sampaikan. Kadang-kadang bukan kita tak tau, cuma kadang-kadang lalai dengan apa yang kita ada. Hingga tidak menjalankan kewajipan pada ibubapa. Selama ni mungkin kita cakap "Alaaa ada lebih kasi la mak, kalau tak de tak pe la... mak pon tak pernah mintak" Ya, memang mak tak pernah mintak tapi kita kena kasi jugak rezeki yang kita dapat.
Walaupon sikit, tapi keberkatan yang kita dapat dari berkongsi dengan mak tu amat banyak. Bertambah-tambah rezeki yang akan kita dapat. Mungkin tak sangka dengan rezeki yang akan kita dapat pulak. Aku pon termanggu jugak. Maklum la.. macam terhantuk pulak... terkena batang hidung. hihihi.... Tapi Alhamdulillah, sejak jauh ngan mak ni, tiap bulan aku hantar mak duit dan memang betul, terasa makin bertambah-tambah rezeki aku. Terima kasih Tuhan!!!
"Mak kita tu, umpama lubuk emas untuk kita. Berbaktilah pada mak kita selagi mereka ada"
- Ustaz Halim Hafidz -
Dalam perniagaan ni, kita akan jumpa pelbagai jenis manusia. Memang la kan, tak berniaga pon kita memang akan jumpa pelbagai jenis manusia. Cuma mungkin sepintas lalu saja. Tapi kalau dah berniaga ni, memang kena menghadap orang. Sama ada supplier atau customer. Keyakinan diri tu kena selalu ada. Berketerampilan menarik setiap masa. Boleh ke aku? Wachaaaaaaaaa! Yakin diri hokeyyyyyyyy!
"Awak cantik ke?" OMG soalan apakah ini? Ni betul-betul soalan atau perli atau menyakat? "Cantik tu tak la, comel tu ada la sikit" seorang peserta kursus menjawab sepontan apabila di ajukan soalan tu. Mungkin tergamam dengan soalan tu. Aku yang tak di tanya pon rasa macam kena tampar apatah lagi dia. Oh Encik Rafee Mohamed!!! Memang bikin gempak. Encik Rafee kata "Kita kena yakin pada diri kita. Kata 'Ya saya cantik'.. kalau orang lain kata tak cantik 'Ada aku kisah?" Fuhhhhh.... memang yakin giler. Cuma yang hujung-hujung ayat tu dia ada la sebut, kita kena yakin pada diri, pada keterampilan diri. TAPI jangan la pakai baju biru, seluar kuning tudung hijau.... hahahahah... hokeyyyy pahammmm... Apabila hendak bertemu customer atau orang-orang kenamaan kita hendaklah pastikan kita memakai pakaian yang bersesuaian. Jangan la asal boleh hingga orang pandang 'iya tak iya je orang ni'
"Appreciate yourself. Kita dah bekerja keras. Ucapkan tahniah pada diri sendiri setiap hari"
- Encik Rafee Mohamed -
Kami berbaju sekolah lagi!!!!
Itu diaaaaaaaa
Mengambil kesempatan bergambar bersama Ustaz Halim Hafidz
Ikon Belia Johor
IM4U Brother Iman
Boleh follow Instagram UHH iaitu ustazhalimhafidz
Tunjuk perangai masing-masing
No comments:
Post a Comment