Jom Click!

Saturday, May 17, 2014

Dropship Agen

Salam semua,



Dah lama betul aku tak update blog aku ni. Jangan hangat-hangat taik ayam ye Ein.... Nehi... Nehi.. Nehi... Aku akan cekalakan hati untuk terus menulis blog walaupon tak ramai yang baca. Sekurang-kurangnya kalau aku baca sendiri nanti, boleh la aku flash-back apa aktiviti aku yang lepas-lepas, kan?

Semenjak dua menjak ni, aku ada hobi baru. Actually hobi ni boleh menyebabkan orang 'lari' dari kita.. menjauhkan diri dari kita. Apalagi kalau bukan jual beli ni. Orang akan menjauhkan diri dari kita sebab takut kita nak 'sedut' duit dorang. Jangan macam tu ye kawan-kawan. Aku bukan nak sedut duit korang. Aku jual barang je, untuk kegunaan korang. Bukan nak paksa pon. Bukan MLM ye. Aku hanya jadi agen dropship je.



Orang sekeliling aku takkan tau yang aku ni Agen Dropship sehingga dorang tengok facebook aku, atau WeChat aku. Kenapa? sebab aku tak pernah bukak mulut pon pasal barang yang aku jual. Mungkin aku ni tak pandai nak promote barang kot. Hahahaha.. kesian. Suka berniaga tapi tak pandai nak promote. Tapi sekali orang dah tanya baru la aku bukak mulut, bagi cadangan dan sebagainya.

Apa barang yang aku jual? Boleh tahan jugak kepelbagaiannya tu. Sampai aku pon tak ingat harga. Hahahah.. bila orang tanya harga, aku kene tengok handphone dulu. Dan kene ingat supplier mana yang aku kene refer untuk barang yang orang tu tanya. Hmmm... Masih banyak perlu aku pelajari.

Mungkin tak perlu tamak-tamak. Mungkin Kene focus pada satu barang saja supaya tidak memeningkan kepala. Betul juga! Kalau dah banyak sangat, aku pon jadi blurr. Hahahah...



Aku bermula dengan menjual baju baby. Sambutan ok. Alhamdulillah. Tak sangka ramai yang suka dengan baju baby. Ye la, orang perempuan bila nampak yang comel-comel terus ingat kat anak, kan? Lagi satu, kadang-kadang malas nak kluar menyebabkan orang zaman sekarang ni prefer to shop online je. Barang dah ada depan mata tinggal pilih je nak yang mana.

Selain baju baby, ada jugak la barang lain seperti peralatan dapur, dress, handbag dan sebagainya. Sebab tu aku cakap mungkin aku kene focus pada satu produk je... Apa cadangan korang?




No comments:

Post a Comment