Jom Click!

Saturday, May 17, 2014

Dropship Agen

Salam semua,



Dah lama betul aku tak update blog aku ni. Jangan hangat-hangat taik ayam ye Ein.... Nehi... Nehi.. Nehi... Aku akan cekalakan hati untuk terus menulis blog walaupon tak ramai yang baca. Sekurang-kurangnya kalau aku baca sendiri nanti, boleh la aku flash-back apa aktiviti aku yang lepas-lepas, kan?

Semenjak dua menjak ni, aku ada hobi baru. Actually hobi ni boleh menyebabkan orang 'lari' dari kita.. menjauhkan diri dari kita. Apalagi kalau bukan jual beli ni. Orang akan menjauhkan diri dari kita sebab takut kita nak 'sedut' duit dorang. Jangan macam tu ye kawan-kawan. Aku bukan nak sedut duit korang. Aku jual barang je, untuk kegunaan korang. Bukan nak paksa pon. Bukan MLM ye. Aku hanya jadi agen dropship je.



Orang sekeliling aku takkan tau yang aku ni Agen Dropship sehingga dorang tengok facebook aku, atau WeChat aku. Kenapa? sebab aku tak pernah bukak mulut pon pasal barang yang aku jual. Mungkin aku ni tak pandai nak promote barang kot. Hahahaha.. kesian. Suka berniaga tapi tak pandai nak promote. Tapi sekali orang dah tanya baru la aku bukak mulut, bagi cadangan dan sebagainya.

Apa barang yang aku jual? Boleh tahan jugak kepelbagaiannya tu. Sampai aku pon tak ingat harga. Hahahah.. bila orang tanya harga, aku kene tengok handphone dulu. Dan kene ingat supplier mana yang aku kene refer untuk barang yang orang tu tanya. Hmmm... Masih banyak perlu aku pelajari.

Mungkin tak perlu tamak-tamak. Mungkin Kene focus pada satu barang saja supaya tidak memeningkan kepala. Betul juga! Kalau dah banyak sangat, aku pon jadi blurr. Hahahah...



Aku bermula dengan menjual baju baby. Sambutan ok. Alhamdulillah. Tak sangka ramai yang suka dengan baju baby. Ye la, orang perempuan bila nampak yang comel-comel terus ingat kat anak, kan? Lagi satu, kadang-kadang malas nak kluar menyebabkan orang zaman sekarang ni prefer to shop online je. Barang dah ada depan mata tinggal pilih je nak yang mana.

Selain baju baby, ada jugak la barang lain seperti peralatan dapur, dress, handbag dan sebagainya. Sebab tu aku cakap mungkin aku kene focus pada satu produk je... Apa cadangan korang?




Saturday, May 3, 2014

Rojak Boyanese Style

Salam,

Apa khabar semua? 1st May haritu Hencik suami request mintak buatkan rojak macam mak kata dia. Mak tu mak aku la. Dan rojak yang di maksudkan tu ialah rojak Boyanese style. Kalau orang Jawa panggil Gado-gado.

Jadi senang sikit kerja aku sebab hari ni dah ada menu untuk aku masak. Pagi-pagi dah pegi pasar. Beli bahan untuk buat rojak. Simple je bahan dia. Jom ikut aku masak.


Kacang tanah di goreng

Kacang panjang
Tauge
Sayur kangkung
Ketiga-tiga sayur ni siang, cuci dan celur

Timun

Lontong
Tak kisah la korang nak pakai lontong apa.
Lontong segera ke, lontong buat sendiri ke.
Kalau korang tak nak pakai lontong, pakai mi kuning pon sedap.

Cara buatnya pulak : 

Kiteorg, Orang Boyan memang buat pakai benda ni. 
Yang macam pinggan tu nama dia pelak. 
Yang kecik tu pulak nama dia ocek-ocek. 
Dulu masa baru kawin, dua benda ni la yang aku mintak kat mak aku.
Ishhhh mana boleh xde benda ni. Nak buat sambal belancan tak pakai benda ni macam tak sedap pulak sambal belacan tu nanti.

Sebelum guna make sure alas bawah pelak ni dengan kain. Takut pecah kang pelak tu. Sayang beb. Jauh tu import. Naik kapal terbang lagi.

Letak la dalam 2 genggam kacang tanah.
Cili padi ikut pedas mana korang nak la.
Garam
Ajinamoto
* Kalau ada petes Boyan lagi sedap
So sapa-sapa Orang Boyan yang tengok resepi ni, kalau korang ada petes Boyan boleh la letak k

Lepas tu boleh la 'ocek' atau haluskan dia dengan menekan 'ocek-ocek' tu ya.
Ada gaya tak aku buat benda ni?
Hahahaha
Ni kalau Orang Boyan tengok ni mesti complaint aku ni
Caya pegang tu ntah betul ntah tak
Tapi Bapak aku cakap, jari telunjuk tu kene lipat macam aku buat tu
Ada orang jari telunjuk dia kedepan, menahan 'ocek-ocek' tu
Bukan salah apa, Bapak aku ckp nanti tak sedap...
Hahahaha.. ada-ada je kan petua orang tua ni


Bila dah halus macam ni, boleh la letak air sikit
Jangan letak air banyak sangat
Air tu untuk membantu menghaluskan adunan kacang tu
Lepas tu ocek (tekan-tekan) lagi


Haaa see... kan kacang tu dah halus sikit

Lepas tu boleh la letak kicap
Sama juga ye, jangan letak banyak dulu
Kalau banyak sangat cecair nanti susah nak ocek lagi

Ok...bila kacang dh agak halus, boleh la tambah air dan kicap lagi hingga warna dia cantik macam kat atas tu.
Boleh la rasa, kalau kurang masin, boleh la tambah garam
Kalau kurang lemak, boleh la tambah ajinomoto
Kalau kurang 'nyaman' (sedap) maknanya fail la rojak kite tu ye... hehehehe


Lepas dah cukup rasa kuah kacang tu tadi,
boleh la masukkan lontong,
sayur kangkung,
kacang panjang,
taugeh,
yang kite dah celur tadi ye
jangan lupa juga masukkan timun
Lepas tu gaul la gunakan sudu atau senduk

Sedia untuk di hidang.
Kalau nak sedap lagi boleh la letak bawang goreng dan keropok ikan


Senang kan resepi ni?
Memang senang sebab memang simple
Selamat mencuba!