Salam semua,
Penat sungguh rasanya hari ni. Tak tau la apa yang aku penat kan. Nak kata tidur tak cukup, tak jugak. Malam tadi awal jugak aku tidur. Sejak ambik Gamolex Gold keluaran D'Herbs ni sakit kaki aku makin kurang rasanya. Sakit tu masih ada, cuma tak rasa bisa-bisa macam selalu. Alahai Ein... umur belum sampai 40 tahun badan dah sakit-sakit. Macam mana nanti kalau dah tua, ye?
Sejak dah ada oven ni makan nak yang bakar-bakar aje hahahah. Takpe la kan, selagi ada.... ada mood.. ada idea.. nanti kalau dah penat dan takde mood tu bersarang agaknya oven aku ni. Harap-harap tak la ye. Gunakan segala kemudahan yang ada!!! Dan jangan sia-siakannya!!!
Hencik suami ni febret dia kalau makan kat luar ialah Baked Rice. Oleh kerana konon-konon dia sekarang ni berpantang ngan nasi, jadi aku buatkan dia spagetti. Ala, semua bahan instant...aku lebur je semua dalam kuali, masuk dalam oven...settle...
Panaskan minyak dalam kuali. Potong-potong bawang besar dan bawang putih ni. Campak dalam kuali. Biarkan dia layu.
Campak je meetball ni. Gaul-gaul kasi dia masak sket walaupon sebenarnya memang dia dah masak kan.. Ye la.. kat kilang dia mesti dah kene rebus dulu kan? betul tak? tak ke? hahaha...
Bukak tin spagetti tu, tuangkan dalam kuali. Isi setengah tin tadi dengan air, curahkan dalam kuali. Biar dia berkuah sket dan biar meatball tu sebati dengan sos tu. Gaul-gaul biar rata. Biar sos tu bermesra dengan meatball tu.
Cess cesss cesss kan oregano. Aroma dia sedap kan? Memey la...
Cess cesss cessss kan pulak Black Pepper ni. Menambah ke hottan dia kan. Gaul dan biarkan mendidih sket.
Curahkan ke atas spagetti yang dah di rebus.
Yang ni Si Fiqa punya. Dia tak nak meatball. Takut makan daging sebab masa kecik-kecik dulu dia pernah makan daging tersekit kat gigi dia. Tak pasal-pasal dia pinjam kuku aku untuk congkel daging yang terselit tu. Hahahaha.. bukan sebab kuku aku panjang ye kawan-kawan, tapi sebab kuku dia jenis susah nak panjang sebab asyik dok gigit je.. haaaa tau rasa... korang boleh bayang kan rupa kuku orang yang selalu gigit kuku. Mesti korang tengah tengok kuku masing-masing kan sekarang ni? hahahahah
Taburkan Mozarella dan Parmesan cheese.
Pastu bakar la.. apa lagi kannn... bakar la dalam 180ÂșC selama 20-30 minit atau hingga cheese tu keperangan. Senang je kan.
Siap untuk di lantaki... ngehhh ngehhh ngehhh
No comments:
Post a Comment