Salam semua,
Sejak dua menjak ni aku jadi lupa pulak hari ni hari apa. Maklumla sekarang ni kat Johor budak-budak sekolah cuti hari Jumaat dan Sabtu. Company aku tak ikut, kami masih lagi cuti Sabtu dan Ahad. Jadi otak ni blur kejap. Masih bingung gitu.
Semalam petang keluar berjalan kejap dengan Hencik Suami lepas Si Fiqa pegi sekolah lepas tu balik lambat sikit. Dia punya melalak sebab kat rumah takde orang. Hai laaa..kesian anak bonda... Itulah salah satu kesulitan yang akan kami hadapi kalau cuti tak sama ni. Belum lagi kalau ada majlis kawin atau kenduri lain... Hmmm.. mungkin belum biasa dengan keadaan ni. Nanti lama-lama boleh adjust dan di serasikan la... Bak kata pepatah, Alah bisa kerana biasa.
Tapi hari ni aku bukan nak cite pasal perubahan cuti hujung minggu ye. Aku nak share satu resepi yang sangat simple. Macam biasa la, semua resepi aku simple-simple belaka. Sesimple orangnya... well!!! ngehhh ngehhh ngehhh
Actually resepi ni aku ambik resepi kawan aku iaitu Kak Pizah. Tapi resepi asal Kak Pizah dia guna Finger Crab. Hari ni aku nak letak Sosej menggantikan Finger Crab tu. So mari tengok apa lagi yang aku letak!!!
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 batang lada merah - hiris
1 batang lada hijau - hiris
1 biji bawang besar - potong dadu
3-4 batang sosej - potong dadu
1½ sudu makan mayonis
½ sudu teh serbuk lada putih (Optional)
Garam dan aji - secukup rasa
Air - ikut basah
Minyak untuk menggoreng
Cara masak :
1. Gaul hingga sebati.
Sorry la aku boleh lupa pulak nak ambik gambar lepas dah gaul tu
2. Jemput-jemputkan di dalam minyak panas.
3. Goreng hingga masak
Gebu....
Cecah ngan sos...
Best....
No comments:
Post a Comment