Jom Click!

Thursday, January 23, 2014

Kesabaran amat diperlukan di sini


Di keheningan malam sunyi, cengkerek pon malu nak berbunyi. Hanya bunyi kipas berpusing yang sesekali mengganggu pendengaran. Aku tak boleh nyenyak sebab si kecik Thea tak tido-tido lagi. Mata aku dah susah nak bukak. Pening dah menangkap ke dahi. Perghhh perit...

Sesekali aku bukak mata untuk memastikan dia di mana. Bila dia agak jauh dari aku, aku tarik dia ke sisi. Bila dia dah sampai pintu bilik, aku bangun dan angkat dia dan baringkan di tilam. Sejak dia lasak ni aku tak boleh tido kat atas katil. Tak pasal-pasal kang jatuh pulak budak bertuah tu.

Aku sumbat dia ngan susu. Layu jugak mata dia. Aku pon terlelap. Senyap. Sunyi. Aku terkejut! Teringatkan dia. Astaghfirullah!!! Patut la dia senyap. Habis buku aku dia kerjakan.. Uwaaahhhh.. Uwahhhh..

"Adikkkk... adik buat apa ngan buku bonda ni, dik???" aku dah separuh menjerit. Ye la.. kalau menjerit sampai nak keluar anak tekak pon bukan dia paham apa aku cakap.

Aku tarik pelan-pelan buku yang dia 'kerjakan' tu. 30% kulit buku tu lunyai dengan serpihan-serpihan gigitan dia bersepah kat atas tilam. Uwahhhhh.... Uwahhhh... Uwahhhh.... sedihnya tengok novel kesayangan aku hampir binasa sedemikian rupa.

"Adik kenapa gigit buku bonda? Bonda belum habis baca lagi, dik" aku letak novel tu kat atas meja kecik tepi katil dan serpihan-serpihan dia aku kutip dan masukkan dalam tong sampah kat bawah meja solek. Kang dia telan serpihan kertas tu pulak jadi lain pulak kang.

Aku baringkan dia semula kat atas tilam. Dia sengeh-sengeh sambil buat muka 'pandai tak saya?'. Sakit dada aku tengok dia buat muka macam tu. Dalam geram-geram kat dia, aku cium jugak si kecik tu. Ye la, dia tak salah. Yang salahnya aku. Dah tau si kecik tu pantang nampak benda-benda macam tu, lagi aku nak letak bersepah-sepah, kan? Memang padan la muka aku!

Korang mesti tau kan perasaan aku kan? Ye la.. novel tu baru beli. Dah la susah nak cari. Novel yang dah agak lama berada di pasaran baru sekarang aku nak cari. Bila dah dapat 'di lunyaikan' pulak oleh anak yang tak tau apa-apa. Kalau si Fiqa yang buat kerja tu, wajib aku kutil dia!


Ni la hasil kerja tangan Thea
Kreatif, bukan?




Sedihnya tengok novel ni yang dah tak chuantek 'muka' dia...
uwaaaahhhhhh


Sesungguhnya kesabaran amat di perlukan di sini...


Appreciation Lunch 2014

Salam...

Hari ni (23-1-14) company aku ada buat sedikit jamuan untuk kami kerana pencapaian yang agak memberangsangkan untuk tempoh 3 bulan terakhir 2013. Syukurrrr alhamdulillah. Rezeki di kongsi bersama. Ye la kan, berhempas pulas sama-sama jadi keuntungan pon di kongsi bersama la. Walaupon tak seberapa tapi aku tetap bersyukur.

Aku tau bukan banyak pon company aku untung. Nak demand lebih pon tak sampai hati. Hahaha... Dapat makan ramai-ramai macam ni pon dah buat kami happy!!!


Mr. Presiden of OSIO - Mr. Paul Morben
sedang memberi ucapan


Kami duduk di bawah canopy...


Ni geng-geng setable aku..


Engineering Team
Eh!! terselit sorang orang QA pulak


Aku dan Kak Ina


Kami lagi...
Actually gambar ni kiteorg ambik sebelum majlis bermula...


Aku, Santha dan Kak Ina


Aku dan Daus
Adik sorang ni pantang...
Ada majlis je mesti nak bergambar ngan aku
Padahal dia kata aku akak tiri dia
Garang sangat kot aku ni sampai dia gelarkan aku akak tiri


Ni 3 serangkai OSIE
Boleh di katakan macam Do Re Mi la
Dari kiri Azmir, Napie, Apai
Tiga-tiga gonjeng


Masing-masing berebut tempat
sampai ada yang berdiri


Ni aku makan
Dah tinggal sikit baru ingat nak ambik gambar.
Menu dia nasi beriyani, ayam masak merah, kambing masak beriyani, pencok


Cuci mulut
Eskrim, bubur pulut hitam
ada jugak tembikai tapi aku tak ambik



* Semoga company ni akan semakin berkembang. Amin...

Monday, January 20, 2014

Perkahwinan Afid


Alhamdulillah... sampai sudah jodoh sorang ahli keluarga aku. Kali ni 'seru' dah sampai untuk Afid. Aku pon lupa apa nama penuh dia. hahahha.. Boleh gitu? Dia ni kira Dua Pupu aku la.. Bapak dia sepupu bapak aku.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Cuaca pon baik semalam (19/01/2014). Dengan tertemakan Biru Pink adik aku sorang ni nampak makin hensem... dan isteri dia pon berseri-seri. Ini adalah majlis di pihak lelaki. Majlis perempuan di adakan di Taman Daya minggu lepas. Majlis belah lelaki ni pula di adakan di Dewan Serbaguna Harmoni, Taman Desa Harmoni, Johor Bahru.

Kepada pengantin, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...



Jom kite layan gambar sepanjang majlis dia...


Ni gambar kami ramai-ramai.
Ni kira sebahagian dari kami saje.
Sedara mara aku belah bapak aku
Keluarga Marhoma,
Keluarga Abdul Rahim,
Keluarga Masadi,
Keluarga Hosna,
Keluarga Saleha
And last but not least... Keluarga aku



Keluarga Abg Fatah
dan Kak Fairus


Lagi bergambar beramai-ramai
dari keluarga pengantin lelaki jugak
Makbapak pengantin pon ada sekali


Kak Fairus and the geng
Kak Fairus gambar atas kanan sekali
Terima kasih atas sumbangan gambarnya ye kak
dapat jugak memeriahkan blog ein ni.


Ni pakcik aku
Mamang Masadi
Pendekar Mustar versi moden
Pandai pakai spek mata itam dah
ngehhh ngehhh ngehhh


Ini bukan kumpulan Nasyid ye...
Ini adik beradik, sepupu sepapat pengantin lelaki

 
Biasa la kami berempat ni bila bersama kat mana pon sempat bergambar
Ein, Nana, Ina dan Oci


Berdiri tegak.
Rapatkan kaki kami berdua


Jatuhkan diri sambil support each other


Lepaskan sebelah tangan dan tarik sebelah kaki ke belakang
Taraaaa!!! Tiba2 muncul sorang lagi kepochi...
Mak Buyong nak jugak berkuch-kuch hotahe
Hahahaha



Wednesday, January 8, 2014

Resepi : Meatball Carbonara Cheese Baked Spagetti


Salam semua,

Penat sungguh rasanya hari ni. Tak tau la apa yang aku penat kan. Nak kata tidur tak cukup, tak jugak. Malam tadi awal jugak aku tidur. Sejak ambik Gamolex Gold keluaran D'Herbs ni sakit kaki aku makin kurang rasanya. Sakit tu masih ada, cuma tak rasa bisa-bisa macam selalu. Alahai Ein... umur belum sampai 40 tahun badan dah sakit-sakit. Macam mana nanti kalau dah tua, ye?

Sejak dah ada oven ni makan nak yang bakar-bakar aje hahahah. Takpe la kan, selagi ada.... ada mood.. ada idea.. nanti kalau dah penat dan takde mood tu bersarang agaknya oven aku ni. Harap-harap tak la ye. Gunakan segala kemudahan yang ada!!! Dan jangan sia-siakannya!!!

Hencik suami ni febret dia kalau makan kat luar ialah Baked Rice. Oleh kerana konon-konon dia sekarang ni berpantang ngan nasi, jadi aku buatkan dia spagetti. Ala, semua bahan instant...aku lebur je semua dalam kuali, masuk dalam oven...settle...



Panaskan minyak dalam kuali. Potong-potong bawang besar dan bawang putih ni. Campak dalam kuali. Biarkan dia layu.


 

Campak je meetball ni. Gaul-gaul kasi dia masak sket walaupon sebenarnya memang dia dah masak kan.. Ye la.. kat kilang dia mesti dah kene rebus dulu kan? betul tak? tak ke? hahaha...


 

Bukak tin spagetti tu, tuangkan dalam kuali. Isi setengah tin tadi dengan air, curahkan dalam kuali. Biar dia berkuah sket dan biar meatball tu sebati dengan sos tu. Gaul-gaul biar rata. Biar sos tu bermesra dengan meatball tu.




Cess cesss cesss kan oregano. Aroma dia sedap kan? Memey la...



Cess cesss cessss kan pulak Black Pepper ni. Menambah ke hottan dia kan. Gaul dan biarkan mendidih sket.



Curahkan ke atas spagetti yang dah di rebus.



Yang ni Si Fiqa punya. Dia tak nak meatball. Takut makan daging sebab masa kecik-kecik dulu dia pernah makan daging tersekit kat gigi dia. Tak pasal-pasal dia pinjam kuku aku untuk congkel daging yang terselit tu. Hahahaha.. bukan sebab kuku aku panjang ye kawan-kawan, tapi sebab kuku dia jenis susah nak panjang sebab asyik dok gigit je.. haaaa tau rasa... korang boleh bayang kan rupa kuku orang yang selalu gigit kuku. Mesti korang tengah tengok kuku masing-masing kan sekarang ni? hahahahah


 

Taburkan Mozarella dan Parmesan cheese.



Pastu bakar la.. apa lagi kannn... bakar la dalam 180ºC selama 20-30 minit atau hingga cheese tu keperangan. Senang je kan.



Siap untuk di lantaki... ngehhh ngehhh ngehhh







Monday, January 6, 2014

Resepi : Jemput-jemput Sosej Mayonis


Salam semua,

Sejak dua menjak ni aku jadi lupa pulak hari ni hari apa. Maklumla sekarang ni kat Johor budak-budak sekolah cuti hari Jumaat dan Sabtu. Company aku tak ikut, kami masih lagi cuti Sabtu dan Ahad. Jadi otak ni blur kejap. Masih bingung gitu.

Semalam petang keluar berjalan kejap dengan Hencik Suami lepas Si Fiqa pegi sekolah lepas tu balik lambat sikit. Dia punya melalak sebab kat rumah takde orang. Hai laaa..kesian anak bonda... Itulah salah satu kesulitan yang akan kami hadapi kalau cuti tak sama ni. Belum lagi kalau ada majlis kawin atau kenduri lain... Hmmm.. mungkin belum biasa dengan keadaan ni. Nanti lama-lama boleh adjust dan di serasikan la... Bak kata pepatah, Alah bisa kerana biasa.

Tapi hari ni aku bukan nak cite pasal perubahan cuti hujung minggu ye. Aku nak share satu resepi yang sangat simple. Macam biasa la, semua resepi aku simple-simple belaka. Sesimple orangnya... well!!! ngehhh ngehhh ngehhh

Actually resepi ni aku ambik resepi kawan aku iaitu Kak Pizah. Tapi resepi asal Kak Pizah dia guna Finger Crab. Hari ni aku nak letak Sosej menggantikan Finger Crab tu. So mari tengok apa lagi yang aku letak!!!

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum

1 batang lada merah - hiris
1 batang lada hijau - hiris

 
1 biji bawang besar - potong dadu

3-4 batang sosej - potong dadu


1½ sudu makan mayonis

½ sudu teh serbuk lada putih (Optional)
Garam dan aji - secukup rasa
Air - ikut basah
Minyak untuk menggoreng


Cara masak :

1. Gaul hingga sebati.
Sorry la aku boleh lupa pulak nak ambik gambar lepas dah gaul tu

 
2. Jemput-jemputkan di dalam minyak panas.
3. Goreng hingga masak


Gebu....



Cecah ngan sos...
Best....




Thursday, January 2, 2014

Nasib Tak Baik di Awal Tahun Baru



Adehhh!!! Sakit dada aku...
Pagi-pagi bangun awal dari biasa sebab nak pergi hantar barang kat rumah org nak kirim kat mak kat kampung.
Cepat-cepat siapkan barang-barang anak untuk ke sekolah dan ke rumah babysitter.
7.30am keluar rumah. Kira awal la tu pada aku.. hehehe...
Ala rumah orang tu dekat je dari rumah aku.

Tak sampai sepuluh minit dah sampai rumah dia.
Dalam pagar rumah dia ada 2 bijik kete
Biasa aku hantar bapak aku ke situ takde pon kete-kete tu jadi aku terus masuk dan cari kedudukan kete aku untuk senang nk kluar nanti.
Ini dah 2 bijik kete kat dalam, macam mana aku nak park kete aku ni?
Last-last aku stop kat luar pagar je dan hantar barang.
Time nak kluar aku masuk bontot kete dulu... kalau nak kluar kan kete 3 penjuru macam ni memang aku expertttt...

Sekali aku libassss bontot belakang tak lepasss...
zereeeettttt bergesel tembok katanya...
Tepuk dahi aku
Hmmm.... $$$$$... fly fly fly
Sabar aje la aku...



Sampai ke sportrim aku jadi mangsa geseran.
$$$$ fly fly fly
Dah la tayar tak berkilat.
Body kete pulak bersopak
$$$$ fly fly fly




Meeting frens on New Year 2014



Rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014. Apa azam tahun baru korang? Azam aku? Hmmm.. apa ekkk.... Aku cuma mengharapkan segala-galanya lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Kesihatan yang lebih, rezeki yang lebih, kesabaran yang lebih, saiz badan yang lebih jangan ye... ingat Ein!!! ingat Ein!!! turunkan berat badan tu.. badan makin lama makin lebar je tu... jaga-jaga Cik Salmah, kata Samdol.

Cuti persekolahan berakhir 1hb Jan 2014 dia Johor Bahru. Apa lagi, projek menghantar anak ke sekolah la jawabnya. Tapi lepas settle uruasan tu, sempat lagi aku meeting my buddies... yeyyyyyy!!!


Di sini lah kami berdating... ngehhhh ngehhhh neghhhh

Rindu betul kat mereka-mereka ni. Aritu dorang ada gak buat gethering kat rumah Kak Pizah tapi aku tak dapat join. So dah free-free ni dapat la jumpa dorang ni. Memang banyak cerita yang keluar... Sesi luahan hati la katakan... Biasa la.. bila dah lama tak jumpa masing-masing update cerita masing-masing. Tapi aku rasa aku jadi tukang ketawa je kot.. muehehehehe.... pecah perut dengan cerita Mek Nah (Angie Ng)... Amoi tu memang, jangan kasi dia bercakap. Sekali dia bercerita... none stop! Eh..masalahnya boleh ke orang tak kasi dia bercakap? Nanti dia wachaaaaa!!!! hahahha




Aku ngan Mek Nah je bawak anak... yang lain-lain berlenggang


Sempat bergambar di depan Tea Garden, Setia Tropika


L & Kak J...



Aku & Mek Nah



Kak J & Ajebb



 
We are buddies!!!
Takkan terpisah...


Dari belakang pon si L boleh ambik gambar kiteorg...
Sakitkan dada aku tengok gambaran belakang ni...
Adehhh!!! dah macam mak-mak dah badan masing-masing...
Eh!!! bukan ke masing-masing dah jadi mak?
Wakakakaka



Last but not least...
2 orang mak orang yang perasan chuantekkk niiii...
Tak kuasa bibikkkkkkk