Jom Click!

Wednesday, October 2, 2013

Rempit



Duhai anak..kenapa la mata tu segar bugar? Bonda dah tak larat mengantuk sangat ni. Sampai dah naik pening kepala bonda ni. Kenapa la malam ni adik tak mau tidur.

Memang dugaan bagi seorang ibu kan? Bersengkang mata menahan ngantuk, mengganggu tidur. Atau adakah aku seorang ibu yang kurang sabar? Yang selalu mengeluh?

"Nak bawak dia keluar jalan-jalan?" tanya Hencik Suami bila tengok aku dok menggendong anak kehulu-kehilir mendodoikan si kecik tu.

"Boleh jugak" jawabku pendek. Si kecik ni kalau masuk kereta senang sikit dia tidur. Nak kata sedap kene air-cond, dalam bilik ni pon berair-cond jugak. Tak paham betul la ngan budak-budak ni kan.

Maka kami pon bawak la si kecik tu jalan-jalan tengah malam ni. Pukul 1 lebih dah time tu. Hmm... orang kata tak elok budak kecik keluar malam-malam macam tu. Tapi itu je la cara untuk memudahkan dia lelap. Kami pusing-pusing kat bandar.

Aku naik heran kenapa la malam ni banyak pulak mat-mat rempit merempit. Ye la... hari Selasa. Kalau weekend mungkin la kot. Tapi rupa-rupanya Hencek suami kata weekend ke weekdays dorang bukan kira.

Jalan punya jalan, ada pulak JPJ buat roadblock sebelum bangunan Lot 1 tu. Selepas melepasi roadblock tu kami menyusuri jalan pantai Lido tu. Memang banyak motor malah kereta parking di situ. Ni mesti nak 'menonton' persembahan 'spiderman' dan 'superman' jalanan ni. Kami pon apa lagi... join sekali. Parking jugak bila nampak 'port' baeeekkk punya. Dari situ kami lihat macam-macam gaya dorang merempit ni. Macam tak sayang nyawa melayang pulak aku tengok. Mungkin yang aku tengok bukan lah yang hebat sangat sampai taraf  'wow!!!' tapi oleh kerana ini lah first time aku menyaksikan persembahan budak-budak ni merempit, memang la taksub kejap.

Anak pon dah lelap. dah dekat pukul 2 setengah dah time tu. Kami pon Sambung perjalanan jalan-jalan kami. U-turn menghala ke bandar balik. Mata aku terlelap. Tiba-tiba Hencik suami menjerit.. "Eh ada eksiden". Dengan sepantas kilat aku bukak mata. Di depan dataran, aku nampak kereta polis kemek di bahagian belakang. Serpihan-serpihan motosikal bersepah di situ. Seorang mat rempit terbaring di atas jalan. Tak bergerak. Hmm.. macam mana dia? Mati ke hidup ke aku pon tak pasti. Aduhai... macam-macam kat kepala ni. Apa mimpi dia malam tadi? Tuhan bagi alamat ke kat dia? Macam mana penerimaan ibubapanya bila polis atau hospital telefon. Ye la.. dapat panggilan anak kemalangan. Kemalangan langgar kereta polis time merempit pulak tu. Adoiiii....

Kami U-turn balik nak tengok lagi. Parking agak jauh dari tempat kejadian. Adalah dalam 20 minit kami tunggu. Ambulans tak sampai-sampai. Dorang ni tak call ambulans ke? Pelik pulak aku rasa. Bukan ke Hospital Sultanah Aminah kat sebelah Dataran tu je. Takkan la ambik masa lama sangat nak sampai.

Apa la nasib budak tu ye? Aku tak nampak darah masa lalu kat situ tadi. Pendarahan dalaman ke? Fuhhh.. penat nak fikir. Sapa pon dia, apa pon yang dia buat semalam, aku harap dia ok-ok saje. Doakan yang terbaik untuk dia. Semoga dia insaf dan tak buat benda yang merbahayakan nyawa macam tu lagi.




** Balik rumah si kecik terjaga. Sampai pukul 4 pagi dia tak tido lagi. Cobaaaaaan...


No comments:

Post a Comment