Jom Click!
Tuesday, October 22, 2013
Jangan pukul anak kecil yang menangis
Memang fitrah anak kecik menangis untuk memberitahu keinginan sama ada lapar, sakit, tidak selesa, atau sekadar menarik perhatian ibunya. Kite ni kadang-kadang kurang sabar dengan kerenah anak kecil boleh jadi stress jugak kan. Tapi jangan la sampai memukul anak kecil tu. Dia tak tau apa-apa.
Baginda Rasulullah SAW bersabda :
Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun.
Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya ia bersyahadah Laa ilaaha illallah. Pada empat bulan kedua pula dia berselawat ke atas Nabi SAW dan empat tahun seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bondanya (H.R Abdullah Ibnu Umar r.a).
Baginda Rasulullah SAW menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan-Nya dan empat bulan kedua pula ia membaca selawat kepada Nabi-nya dan empat bulan seterusnya ia memohon istighfar untuk kedua ibubapanya.
Bersabda Rasulullah SAW :
Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuatnya daripada kebaikan maka di tulis untuknya dan kedua ibubapanya.
Dan apa yang di perbuatnya daripada kejahatan maka tiada di tulis untuknya dan pula tiada di tulis untuk kedua ibubapanya.
Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya iaitu segala amal baik atau buruknya.
(H.R Imam Anas Bin Malik r.a)
Jadi kepada ibubapa atau bakal ibubapa haruslah mempunyai kesabaran mendidik dan membimbing anak-anak yang masih kecil.
Labels:
Perkongsian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment