Dah terlalu lama aku tak posting di sini. Senyap terus. Bagai hilang di telan bumi, kan? Astaghfirullah.... aku masih ada... Alhamdulillah... masih di beri kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini. Mungkin agak busy dengan aktiviti aku yang ntah apa2 tu menyebabkan aku macam lupa untuk berceloteh di sini.
Hari ni aku nak kongsi sesuatu... ha haaaa... munculku bukan muncul kosong. Tetapi muncul ku membawa buah tangan.
Ok kat sini aku nak cerita sikit. Oleh kerana berat badan aku dah mencapai tahap merisaukan (risau sebab berat sangat bawak badan... tak larat nak turun naik tangga) jadi aku pon ingat nak diet sikit la. Dapat turun 3-4kg pon dah cukup manis la kan.
Aku terjumpa satu jenis amalan diet ni. Nama dia GM Diet. Mungkin agak asing di kalangan kita sebab aku pon tak pernah dengar. Kite hanya perlu mengamalkan diet ni selama 7 hari saja. Alaaaa 7 hari je? Halussss laaaaa....
GM Diet |
Haaa.. ni la dia amalan pemakanan GM Diet. Nampak senang kan? Haaaa... honestly, 1st day je aku dah failed. Bayangkan sehari suntuk hanya boleh makan buah-buahan saja. Pukul 3 petang aku dah gigil. Mata dah berbintang-bintang. Tak boleh tahan. Jadi aku surrender. Makan mihun goreng sepinggan.
Sambung hari ke dua, makan buah-buahan dan sayur saja. Yang ni ok sikit. sebab sayur kan kite boleh masak ikut suka kita. Seeloknya makan la sayur rebus atau masak bening saje.
Hari-hari berikutnya aku berjaya menahan diri dan ikut jadual pemakanan yang di tetapkan. Alhamdulillah setelah selesai 7 hari tu, berat badan aku turun la jugak walaupon sikit. tettttttttt!!!! tak perlu di sebutkan di sini turun berapa ye sebab aku belum puas hati dengan penurunan tu. hahahaha....
Hari ke-8 boleh makan mcm biasa. Cuma kalau boleh kekalkan lah makan makanan yang sihat, kurangkan pengambilan gula dan garam serta minyak. Kemudian boleh la mula kan balik setelah 3 minggu. Amalkan sebulan sekali pon jadi.
Mungkin kite berfikiran 'Puasa kan lebih baik'.... memang lebih baik kita berpuasa untuk menjaga perut. Cuma waktu berbuka tu cuba la kawal nafsu. Dannnnn bab tu la aku selalu faillllllllllll... Adoiiiii...
Note : Time kite berdiet ni la macam2 makanan sedap lalu depan mata.
No comments:
Post a Comment