Jom Click!

Monday, November 25, 2013

Dalam Kenangan - Abdul Yazid Bin Muhammad




Abdul Yazid Bin Muhammad


Pagi Sabtu yang lalu, lepas subuh aku terima SMS dari sorang kawan kerja, Abang Noh. SMS yang sungguh menyedihkan. Sorang kawan kami telah kembali ke rahmatullah pada Sabtu 23 Nov 2013 pada pukul 3pagi kerana sesak nafas pada usia 43 tahun. Beliau meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak yang masih remaja.

Sepanjang mengenali beliau, beliau adalah seorang yang periang. Selalu tersenyum walau menerima tekanan kerja. Kalau bercakap pon tidak pernah meninggikan suara. Orangnya peramah dan suka bergurau.

Memang sangat memeranjatkan dengan pemergian beliau. Kerana tiada tanda-tanda seperti kelakuan pelik yang beliau tunjukkan kepada kami. Cuma dari rakan-rakan, aku mendapat tau beliau hadir ke tempat kerja sehari sebelum pemergian beliau. Padahal hari tersebut adalah hari cuti umum di Johor ni (Hari Keputeraan Sultan Johor). Aku pasti akan merindui beliau, maklum lah kami menjaga projek yang sama jadi kami selalu juga berhubung.

Semoga rohnya dia tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah





Thursday, November 21, 2013

Patah Tumbuh Hilang Berganti



Hari ni dari pagi pagi sampai ke petang aku dok 'melepak' kat Customer site buat rework. Bukan aku pon buat...hehehe.. orang lain yang buat, aku dok mengepoh je... hehehe... tempat customer tu pon bukan jauh... 'melekat' je ngan kilang aku... heheheh... satu bangunan cuma lain pintu je...

Bila keluar je dari situ baru jap ni, ada la kontraktor buat signboard.. sedih pulak hati ni. Memang la aku belum lama keje sini. Tapi sedih jugak la sebab kilang aku dah kene 'makan' dengan kilang lain. Banyak suka duka bersama semua tinggal kenangan.


Signboard yang bakal di turunkan

Apa-apa nama pon, mana-mana management pon yang ambik alik cuma 1 je harapan kami. Kami mahukan yang terbaik untuk masa depan kami.




Signboard yang bakal di naikkan

Semoga dengan pengambil alihan ini, kita sama-sama lebih maju.





Tuesday, November 19, 2013

Menghitung Hari


Hmmm... sedih pulak hati aku bila fikirkan mak dan bapak aku. Bukan apa, dorang dah ambik keputusan untuk balik dan menetap di kampung. Kalau kampung aku dekat, boleh jugak aku balik selalu. Ini... kampung aku jauh. Kena naik kapal terbang... kapal laut... dan juga kene ada passport untuk sampai ke sana. Ye... kampung aku kat Bawean, Indonesia.

Dari kecik aku tak pernah berpisah dengan mak bapak aku. Masa aku kecik dorang bawak aku ke sini. Hanya aku sorang. Abang dan kakak aku dorang tinggal kat kampung bersama nenek aku. Dari kecik aku tak merasa ada adik beradik lain. Mungkin korang selalu bergaduh, menangis, bergurau dengan adik beradik. Tapi aku tak pernah rasa semua tu. Sebab aku sorang je kat sini. Dah mak bapak aku takde rezeki untuk beranak kat sini. Nak cakap apa, kan?

Sekarang bila dorang dah tua, dorang nak balik kampung. Menetap di kampung. Abang aku sebagai anak sulung bukan main lagi suka. Ye la, mungkin dia fikir, dia sebagai anak sulung, lelaki pulak tu yang sepatutnya jaga mak dan bapak.

Sekarang hanya ada beberapa hari lagi untuk aku meluangkan masa bersama dorang. Lepas ni tak de la tempat aku nak mengadu dan bermanja. Mak...Ein mintak maaf kalau selama ni ada dosa ein pada mak. Ein tau ein bukan anak yang baik untuk mak. Ein selalu melawan cakap mak. Selalu marah-marah mak. Ein mintak halalkan semua ye mak...Macam tu jugak dengan bapak...Ein mintak maaf... Ein mintak maaf sebab tak dapat jaga mak dan bapak.

 
Semoga ibubapaku selalu berada Rahmat-Nya
Amin....


** In shaa Allah kita jumpa lagi.....

Thursday, November 14, 2013

Kisah Benar : Abang tunggu mak di syurga, ya....


Pagi ni ada sorg kawan post kat moment WeChat. Kisah yang sangat sedih sampai kawan aku heran kenapa aku menangis...

Terasa bersyukur dengan nikmat yang Tuhan berikan. Anak-anak yang sihat dan menyenangkan hati aku dan suami. Alhamdulillah syukur pada-Mu Ya Allah...




Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).




dan inilah gambar2 adik iqbal ketika di ijn

ketika pembedahan inilah yang dikatakan jantung iqbal pernah terhenti...

masa dapat kek truck yg pertama iqbal masih mampu potong kek lagi

bila sampai truck yang kedua, iqbal dah tak berdaya..
 ya Allah, sungguh besar ujian yang Dikau berikan kepada keluarga ini. Semoga mereka terus tabah dalam menjalani kehidupan. Semoga adik iqbal berbahagia di sana..menanti ibunya...

Thursday, November 7, 2013

Khasiat Daun Bismillah




Inilah rupa pokok Daun Bismillah. Ia adalah sejenis pokok renek yang di kenali juga dengan nama Pokok South Africa. Ia pahit seperti juga daun hempedu bumi. Ia dapat mengurangkan kandungn gula dalam badan dan amat sesuai di ambil oleh pesakit darah tinggi dan kencing manis



Cara mengubatan :

Ambik beberapa helai daun bismillah.
Rendam di dalam air panas untuk beberapa minit
Minum air rendaman tersebut.
Jadikan amalan setiap hari selepas sarapan pagi






Monday, November 4, 2013

Awal Muharram 1435



Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu di ambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Sempena tahun baru Maal Hijrah ni marilah kita sama-sama membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun.


DOA AKHIR TAHUN

Doa Akhir Tahun di baca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah binasakan aku satu saar jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"





DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun di baca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikay memeliharanya daripada fitnah Syaitan"




Amalan-amalan sunat :
1. Berpuasa.
Maksud Hadis : Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
Maksud Hadis : Barang siapa berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3 kali.
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali.

14 perkara sunat di lakukan pada hari Asyurah (10 Muharram)

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri. Fadhilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadhilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. Fadhilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah. Fadhilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sedadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil hingga ia mati. Di beri pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa di terangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadhilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
9. Bercelak. Fadhilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun tersebut.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadhilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat 4 rakaat. Fadhilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana  Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah di baca Qulhuwallah 11 kali.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadhilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilatnya - Di beri pahala seperti memberi sekalian orang islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat : "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala". Fadhilatnya - Di beri pahala syahid dan di haramkannya daripada neraka.




Resepi : Udang Galah masak lemak cili padi


Salam semua,

Malam tadi aku masak Udang Galah. Memang terbaik la udang ni. Tak la berapa besar dan tak la kecik sangat. Yang sedang-sedang saja. Udang Galah ni aku beli dari kawan aku. Dia pulak tolong kawan dia jual udang ni. Sekila RM25 je. Murah kan. Berbaloi-baloi.

Sejak aku kawin, dah sepuluh tahun.. ni la first time aku masak udang galah masak cili padi. Kesian kan laki aku. Ye la.. biasanya kalau udang, aku masak sambal je. heheheh

Dah la tak yah banyak celoteh lagi, jom r tengok apa aku letak untuk resepi ni.

Bahan-bahan :

Udang Galah
Siang dan cuci bersih


Bahan Kisar :

Bawang besar
Bawang Putih
Halia
Cili padi
Kunyit - aku pakai kunyit serbuk je

Serai - Titik je
Santan - Aku pakai santan kotak
Garam
Aji
Gula
Stok ayam Knorr
Minyak untuk menumis
Air

Bahan-bahan yang telah di kisar

Cara masak :


1. Panaskan minyak
2. Masukkan bahan kisar.
3. Masukkan serai yang di titik
4. Tumis sampai naik bau / pecah minyak
5. Masukkan udang
6. Masukkan garam, aji, stok ayam, gula
7. Masukkan air. Biarkan hingga memdidih
8. Masukkan santan
9. Gaul rata. Biarkan mendidih

 
Siap di hidang




** Terima kasih Azerin, pembekal udang galah ni.



Friday, November 1, 2013

Resepi : Roti Jala


Macam mengidam pulak nak makan roti jala buatan sendiri. Kadang-kadang tekak ni mengada, kan? Dah tau ada tempat yang senang nak dapatkan sesuatu makanan tu tetap nak yang di buat sendiri. Layankan aje. Terus aku Google resepi buat Roti Jala. Bukan tak pernah buat cuma saja nak tengok orang lain buat macam mana pulak kan.

Jadi setelah di tengok-tengok, di korek-korek resepi yang ada, aku pon cuba la buat malam tadi. Jom tengok....


Bahan-bahan :

2 cawan Tepung Gandum


½ cawan Santan
1½ cawan Air

1 biji Telur
Pewarna kegemaran - aku pakai warna kuning. Nak pakai warna lain takut nampak pelik pulak Roti Jalan ni kang...
1 sudu teh Garam
2 sudu makan minyak

Cara buat :

Campur semua bahan dan masukkan dalam blender.
Kisar hingga sebati


Masukkan dalam Mayonics Dispenser ni.
Lebih senang dari pakai acuan Roti Jala yang biasa tu.
Ni aku ambik gambar time tepung dah tinggal sket
Adunan ni ngam-ngam penuh 1 botol ni


Panaskan kuali. Aku pakai non-stick pan ni je.
Hajat di hati nak buat macam jaring ni.
Perghhh memang susah...sukar...dan payah...
Tak mahir la kata kan...
Atau mungkin kuali tu kene pakai yang leper tu la.. Hmmm
Nak gulung tu yang susah... tak cun
Mungkin kecik sangat agaknya...


Last-last buat macam biasa je...
Macam ni...


Dan macam ni..

Dan macam ni...
Ikutkan aje tangan ni...
  
Letak dalam pinggan

Lipat...
Memang susah nak gulung
Roti aku garing.. dan kecik
Nak buat macam mana kan...
Kuali aku tak berapa nak besar...


Hasilnya yang tak seberapa...
Ok la.. bukan selalu buat pon kan
Tapi memang senang la


Makan dengan Kari Ayam




** Boleh la buat selalu macam ni. Senang je.. Dulu pernah buat, tapi mak mertua yang bancuhkan tepung...hehehe