Jom Click!

Friday, June 14, 2013

Resepi : Kentang Goreng Telur


Haaaaa... lagi satu resepi aku nak kongsi arini. Sangat simple tapi sangat aku suka. Boleh buat untuk sarapan pagi atau minum petang. Resepi ni dari nenek aku. Aku pon tak tau dari mana dia ambik resepi ni. Nenek aku suka buat time bulan puasa. Juadah berbuka. Boleh sebagai hidangan utama atau pencuci mulut.

Actually aku pon tak tau apa nama dia. Jadi aku pandai-pandai sendiri la namakan masakan ni. Mari kite tengok apa bahan-bahannya.....tapi sorry ye sebab aku tak ambik gambar bahan-bahan mentahnya. Sebab sangat simple dan mudah di dapati di dapur kite.


Bahan-bahan :

4 biji kentang  - Rebus dan potong dadu. Jangan potong dadu kecik-kecik, potong la dalam ½" x ½"
1 biji bawang merah - Hiris
1 biji bawang putih - Hiris
1 biji lada merah - Hiris
1 biji telur
2-3 tangkai daun sup - Potong halus
Lada sula, garam dan aji secukup rasa
2 sudu minyak masak

Memang simple dan mudah di dapati di dapur kite kan? Sebab tu aku suka masak kentang ni. Rebus kentang malam, esoknya nak pegi keje baru aku goreng. Boleh la buat untuk sarapan. Kenyang sampai tengahari.

Cara Masak :

1) Panaskan minyak.
2) Goreng bahan hiris hingga layu
3) Masukkan kentang. Gaul sebati
4) Masukkan lada sula, garam dan aji secukup rasa
5) Masukkan telur. Gaul rata
6) Masukkan daun sup. Gaul

Siap di hidang. Sooo simple.


Aku bawak bekal ke tempat keje untuk sarapan pagi tadi














Resepi : Avocado Juice

Salam semua...

Beberapa hari yang lalu Hencik Suami pegi Tanjung Pinang, Indonesia. Siang-siang aku dah order kat dia suruh belikan Alpukat a.k.a Avocado. Orang Indonesia sebut Alpukat. Kite kat Malaysia ni sebut Avocado. Family aku memang suka jus avocado ni. Lemak berkrim di gemari ramai. Mula-mula kawin dulu Hencik Suami geli geleman nk minum. Kenapa kaler hijau? kata dia. heheheh.. Pada aku itu la yang nikmat. Dengan baunya yang tersendiri... Tak lena tido kalau tau dalam esbok tu ada avocado. Rasa nak abiskan cepat je.

Kalau kat supermarket, harga dia boleh memcecah RM4.99 sebijik. Saiz pon kecikkkk je. Sebab tu bila Hencik Suami cakap dia nak pegi Tanjung Pinang, aku cepat-cepat order avocado sebab kat sana buah ni boleh di katakan murah. Lagi pon saiznya yang besar dan pelbagai bentuk.

So hari ni aku nak share satu resepi, Avocado Juice. Memang terangkat la. Anak aku, Fiqa pon suka sangat. Jom kite tengok apa resepi aku...

Bahan-bahan (Semua bahan aku tak letak sukatan ok. Ikut korang la nak banyak ke sikit ke) :

Buah Avocado
Susu Cair
Air gula
Ketulan ais
Air masak
Sirap Coklat

Kalau nak buat smoothie boleh la tambah aiskrim dan yogurt

Cara buat (Sorry aku tak ambik gambar step-step buatnya) :
1) Belah 2 buah Avocado tu. Buang biji dan korek isinya masuk dalam blender
2) Masukkan susu cair
3) Masukkan air gula
4) Masukkan ketulan ais
5) Masukkan air masak, sikit je (untuk mudahkan blend)
6) Blend hingga halus
7) Picit sirap coklat di sekeliling gelas. Curahkan Jus Avocado tu. Kalau tak nak letak coklat pon tak pe. Minum macam tu pon dah sedap.
8) Boleh letakkan ketulan ais kalau nak lagi sejuk


Aku suka coklat jadi aku letak coklat dia banyak-banyak...


Aku buat kat rumah MIL aku, so kene buat lebih-lebih sebab kat sana ramai orang.



* Selamat mencuba! Buah Avocado ni bagus untuk kulit ye kawan-kawan. Boleh gebukan kulit. So sapa nak kulit gebu macam aku, jadikan lah amalan memakan buah Avocado ni. Auwwww!!! Perasannyaaaa. Ahaks!

Thursday, June 13, 2013

Novel : Projek Memikat Suami - Hanina Abdullah


Sinopsis Novel :

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

Sinopsis aku :
Best sangat cerita ni. Mula-mula baca kat Penulisan2u je. Macam biasa la, bila cerita best, tu yang aku beli novelnya. Sebab nak tau ending dia macam mana kan.

Suka cara Husna pikat suami dia dengan masakan tapi geram pulak dengan sikap Zahrain yang kejap ok kejap tak ok tu.

Korang mesti beli novel ni. Tak rugi punya.





Wednesday, June 5, 2013

Macam tau-tauuuu je kan....


Dua tiga minggu lepas tiba-tiba aku teringat satu kuih ni tau. Alaaaa kuih kaler merah yang di buat guna sagu bijik tu la.. pastu lulur ngan kelapa. Mungkin korang kata ala kuih tu tak best. Tapi kalau tekak kite dah terasa nak makan kan... asyik dok terbayangkan macam mana kalau kuih tu masuk mulut ni kan.. aduhhh.. meleleh air liur ni kan..

Terus aku tanya sorang akak ni kan.. akak rakan sekerja ni...

'Kak... apa eh nama kuih sagu bijik yang kaler merah tu kan? Alaaaa yang sakut kelapa tu kan'

'Oooo...kuih tu... apa eh nama dia...'

'Tu r... Ein memang tak tau apa nama dia... tapi dari kecik memang dah makan kuih tu. Cuma sekarang ni macam dah lama tak makan so macam teringin pulak kan... rasa nak buat sendiri la kak'

'Alaaaa.. apa eh nama dia.. akak pon lupa la nama dia... ala..senang je buatnya Ein... awak rendam sagu tu, pastu bla bla bla bla'

Akak tu terangkan pada aku macam mana nk buat kuih tu... Haaaa cari kat internet la... heheheh... tapi tak tau apa nama dia, macam mana eh nk cari? Hmmm... hentam jek la...Aku pon mula mengGoogle... aku type la Resepi Kuih Sagu...Enter.... klik kat Image... Taraaaa.... Maka keluar la gambar-gambar yang berkenaan... hehehehe.. Saya suka! Saya suka!


Ni salah satu gambar yang aku ambik dari Mr. Google. Tingkiu Mr. Google

Lepas tu aku klik kat Web balik. Nak tengok resepi dia pulak. Oooooo ada orang panggil dia Kuih Bronok. Buruk betul nama dia kan. Bronok pon bronok la... lepas aku tengok dua tiga resepi aku tengok ada pelbagai cara orang buat kuih ni. Ada yang masak terus... gaul hingga sagu tu masak dan tuang dalam dulang. Ada pulak yang kukus... Ooooo macam tu rupanya...Aku pon ambik la satu resepi ni dan simpan dalam draf kat blog aku ni. Mana la tau nanti dah betul-betul nak buat, bahan semua dah ada, senang kan... refer je kat resepi yang aku dah save tu je kan.. heheheh... Malangnya sampai ke harini aku belum buat..
kui kui kui

Malam tadi Hencik Suami pegi rumah mak dia. Aku tak ikut. Sejak badan dah membuyong macam ni aku memang malas nak berjalan sangat. Dia balik pon dah lambat. Aku dah masuk tido dah time tu. Tapi dia kejutkan jugak...

'Anje...Anje... bangun... ni mak ada kasi kuih ni... bangun la makan dulu kuih ni'

'Hmmmm'... Hmmm je aku jawab.. malasnya nak bangun

Dalam setengah jam jugak la aku tak bangun-bangun... lepas tu aku bangun. Tapi bukan niat nk makan kuih tu pon. Aku bangun sebab aku nak g toilet. Lepas g toilet aku terpandang bekas bersalut plastik merah kat atas meja kat ruang tamu. 'Kuih apa la yang mak kasi ni eh' Hati aku berdetik. Mak mertua aku ni memang pandai masak. So kalau tak rasa apa yang dia masak amat rugi... hehehe.. so aku pon bukak la plastik tu.. kuih apa ni? kaler hijau.. berkuah... aku pon bukak la penutup bekas tu.. OMG.... sengehan aku dah sampai ke telinga. Aku pon ambik sudu dan terus ngap... Nikmatttttt...


Ni la dia kuih yang mak mertua aku kasi

1st time aku makan kuih bronok yang macam ni. Hmmm.. apa eh agaknya nama dia? Hmmm... aku namakan dia Bronok Berendam je la... suka-suka aku je kan nak namakan dia apa... hehehehehe... Dua ketul aku ngap.... itu pon aku stop sebab hidung aku berdarah.... Adehhh.. Asyik berdarah je la hidung aku semenjak dua menjak ni. Mungkin sebab cuaca panas sangat kot.


* Time kasih mak... sedap kuih mak ni... Ein suka!