Dh tengahari baru aku gerak dari rumah. Gi ngan anak aku je. Hencik suami tido la..maklumla dia baru balik keje kan pagi tadi... mmg siakap RM4.90 sekor. so aku beli 3 ekor. kene pilih la.. biasa la barang offer mcm tu kan bukan elok sgt, nak2 dh last day kan.
Balik rumah aku pon masak la. Masak campak2 je. Yang penting kenyang kan. So kat sini aku nk sharekan resepi aku masak 3 rasa. biasa la masak2 mcm ni ikut korang la nk letak byk ke sikit ke rempahnya kan.
SIAKAP 3 RASA (SIMPLE)
Ni lah hasilnya...
Bahan2
1 ekor ikan siakap (siang n garam & kunyitkan)
1 biji bawang besar (potong dadu)
2 biji bawang putih (potong dadu)
7-8 biji cili padi (potong kecik2)
sepokok daun ketumbar (potong2 dlm setengah inci)
1 biji timun (potong jejari)
1 potong nenas (potong dadu) - biasa aku beli nenas potong2, sepotong singgit tu je
1 biji tomato (potong dadu)
5 sudu makan cili sos
2 sudu makan tomato sos
garam, aji, gula, kiub ayam/ikan bilik Knorr secukup rasa
Minyak utk menggoreng
Ikan yang dh di siang dan dh di garam kunyitkan
Ikan ni mcm biasa la kene deep fried dulu smp garing... baru best!
Setelah di goreng
Antara bahan yg aku guna. Oleh kerana aku tengah pregnant skrg, aku tak letak nenas. Tomato pulak lupa nk beli...hehehehe...boleh gitu?
Panaskan 2 sudu minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi
biarkan layu
Masukkan sos cili dan sos tomato. Gaul rata. Biarkan smp naik minyak / mendidih.
Time ni boleh masukkan garam, aji, gula, kiub ayam/ikan bilis knorr. Kalau ada nenas n tomato pon masukkan time ni. biar nenas n tomato tu layu.
Masukkan timun n daun ketumbar
Gaul rata. biarkan timun n daun ketumbar layu.
Dh siap dan boleh di curah di atas ikan. Senang kan? mcm aku ckp tadi, campak2 je...
Sedia untuk di makan!!! :)